Pages

Perjanjian Taat Setia

Daripada 'Ubadah bin Al-Samit, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Berjanji setialah kamu akan daku bahawa janganlah kamu mempersekutukan dengan Allah akan sesuatu, dan janganlah kamu mencari, dan janganlah kamu berzina, dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu, dan janganlah kamu mendatangkan dengan dusta yang kamu adakannya di antara hadapan dan di belakang kamu, dan janganlah kamu menderhaka pada kebajikan.
Maka barangsiapa yang menyempurnakan daripada kamu maka pahalanya atas Allah dan barangsiapa yang membuat daripada yang demikian akan suatu maka diseksa dia di dalam dunia dan seksaan itu menjadi kafarah baginya.
Dan barangsiapa yang membuat daripada yang demikian itu akan suatu, kemudian Allah menutupi akan dia maka terhapuslah dosanya dari pandangan Allah; jika Ia kehendaki Ia memaafkan daripadanya dan jika Ia kehendaki Ia seksa akan dia.
Kemudian maka telah kami mengikat persetian di atas perkara yang demikian itu.

(Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah - hadith pilihan dari kitab sahih Imam Al Bukhari)
Terbitan Dewan Pustaka Fajar

Kebaikan Yang Diberikan Kepada Orang Yang Faham Agama

Daripada Mu'awiyyah ia berkata: Aku mendengar Nabi SAW bersabda:
Barangsiapa yang Allah kehendaki kebajikan baginya, diberikan faham kepadanya dalam agama dan hanya aku ini pembahagi dan Allah pemberi.

(Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah - hadith pilihan dari kitab sahih Imam Al Bukhari)
Terbitan Dewan Pustaka Fajar

Orang Yang Allah Kehendaki Kebaikkannya

Al Bukhari berkata: Rasullullah SAW bersabda:
Barangsiapa yang dikehendaki Allah kepadanya akan kabaikan, diberikan faham (pengertian) kepadanya dalam agama, dan hanya pengetahuan itu dengan belajar.

(Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah - hadith pilihan dari kitab sahih Imam Al Bukhari)
Terbitan Dewan Pustaka Fajar

Perbelanjaan Untuk Rumahtangga

Daripada Abi Mas'ud dari Nabi SAW sabdanya:
Apabila seseorang lelaki berbelanja untuk ahlinya (rumahtangganya) hal keadaan ia ikhlaskan (di dalam perbelanjaannya) maka perbelanjaan itu sedekah baginya.

(Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah - hadith pilihan dari kitab sahih Imam Al Bukhari)
Terbitan Dewan Pustaka Fajar

3 Perkara Membolehkan Seseorang Mendapat Kemanisan Iman



Daripada Anas Radiyallahu 'anhu dari Nabi SAW ia bersabda:
3 perkara; barangsiapa yang ada 3 perkara itu padanya nescaya ia mendapat akan kemanisan iman, iaitu

  1. Adalah Allah dan RasulNya terlebih kasih kepadanya daripada yang lain dari keduanya.
  2. Dan bahawa ia kasih akan seseorang, tiada kasihnya itu melainkan kerana Allah Ta'ala.
  3. Dan bahawa ia benci akan kembali kepada kufur sebagaimana ia benci bahawa ia akan dicampakkan ke dalam neraka.

(Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah - hadith pilihan dari kitab sahih Imam Al Bukhari)
Terbitan Dewan Pustaka Fajar