Pages

Jazakallahu Khairan...

Dasar penggunaan Jazakallahu Khairan terdapat dalam Hadits yang diriwayatkan Dari Usamah bin Zaid r.a, bahwasanya Rasulullah SAW bersabda :

 

عَنْ أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « مَنْ صُنِعَ إِلَيْهِ مَعْرُوفٌ فَقَالَ لِفَاعِلِهِ جَزَاكَ اللَّهُ خَيْرًا فَقَدْ أَبْلَغَ فِى
الثَّنَاءِ ».

Usamah bin Zaid berkata: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang dibuatkan kepadanya kebaikan, lalu ia mengatakan kepada pelakunya: “Jazakallah khairan (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka sungguh ia telah benar-benar meninggikan pujian."

(HR. Tirmidzi dan dishahihkan oleh Al Albani di dalam Kitab Shahih Al jami’, no. 6368)

Erti Jazakallahu Khairan adalah Semoga Allah Membalasmu dengan Kebaikan.

Jazakallah khairan digunakan sebagai bentuk rasa Terima Kasih seorang Muslim terhadap sesama Muslim lainnya yang telah melakukan suatu kebaikan.

#HadisRasulullahSAW #AlwaysBackToAllah 

Puji Pujian...

Dulu masa saya kecik-kecik, saya selalu dapat no 1 dalam kelas tadika dan sekolah rendah...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....
Dulu saya dapat 5A UPSR...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya...

Dulu saya dapat tawaran masuk MRSM...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya...

Dulu saya dapat 8A dalam PMR...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya...

Dulu saya dapat tawaran buat kursus medic kat Indonesia...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya...

Tapi bila saya buang semua keduniaan itu dan berikrar untuk turut berjuang menjadi kebanggaan Rasulullah, saya bawa beg dan merantau ke seluruh dunia, saya berhenti di Afrika untuk belajar ilmu agama, dan balik ke Malaysia dengan kesan-kesan Sunnah Rasulullah di badan saya...

Semua orang mencemuh dan memandang rendah kepada saya....

"Ada ke patut budak lulusan MRSM masuk pondok? Dah la sijil tak diiktiraf, belajar jauh-jauh sampai Afrika pulak tu? Nanti nak makan apa? Bodohnya... Memalukan mak bapak, peluang besar jadi orang besar dilepaskan pulak..."

Kata mereka....

Tapi...

Pada suatu Subuh...

Saya pergi ke masjid bersama ibu saya di mana saya merupakan imam di masjid itu...

Saya bacakan surah Abasa...

Dan sebak ketika sampai ayat:

Yaumayafirrul mar'umin akhih.....

Wa ummihi...wa Abih....

Selesai solat, semasa perjalanan pulang...

Ibu bertanya kenapa saya sebak ketika sampai di ayat itu?

Saya jelaskan....

Ayat itu menceritakan tentang huru hara mahsyar sehinggakan seorang insan itu akan lari daripada saudaranya...

Ibunya...

Ayahnya....

Isterinya...

Anak-anaknya...

Saya katakan...

Di dunia ini, bila kita jadi kaya, orang puji kononnya kita berjaya...

Bila kita gunakan dunia untuk mengejar akhirat, orang akan kata kita gila...

Sedangkan di mahsyar nanti, semua "kata-kata orang" tu langsung tak
bernilai kerana ibu, bapa, anak, isteri, saudara yang di dunia ni sangat rapat dengan kita pun, kelak di mahsyar mereka akan saling melarikan diri daripada berjumpa kerana takut dituntut......

Maka saya sebak kerana saya risaukan apa keadaan saya di mahsyar kelak...

Pujian orang ramai selama berbelas-belas tahun tu langsung tak bagi manfaat pada saya...

Kejian selama bertahun-tahun kerana mengorbankan dunia demi agama juga  tak bagi mudarat pada saya...

Lalu kenapa manusia masih mengejar pujian orang ramai dan takut dengan celaan mereka?

Ibu sekali lagi memeluk saya, tersenyum sambil menangis dan berkata....

"Sejuk perut mama dapat anak macam bangcik..."

Maka itulah kali pertama dalam hidupku saya berasa sangat gembira akan "pujian" ibuku...

Pelbagai pencapaian demi pencapaian yang saya dapat DULU, saya tidak pernah merasa gembira seperti ini walaupun dulu juga saya dipeluk cium ibu dan dipuji....

Wahai hamba Allah...

Apa sebenarnya yang kalian kejar?

Apa pula sebenarnya yang kejar kalian?

Mengapa kalian masih mengejar pujian sia-sia manusia...

Sedangkan malaikat maut pula tidak pernah lelah siang malam mengejar kalian?

Wahai  saudaraku...

Apakah kalian sedar nafas kalian hanya berbaki beberapa lagi?

Sebelum lubang kubur kalian akan digali?
Apa yang aku dan kalian ada.. untuk Allah dan Rasul bangga?

*self-reminder*
Masalah KITA yg masih bernyawa ni....dah ambik bekal kah belum...atau masih leka dengan mainan2 sekeliling kita.....

Bak kata kalam
saiyidina Ali r.a...."Hidup di dunia ini ramai yg terlena, akhirat nanti baru terjaga."

Jangan kita masuk dalam golongan yg "ramai" tu....sebab yg ramai tu kononnya 'normallah' di akhir zaman ni...

Masuklah dlm golongan yg sedikit...sbb yg sedikit itu akan masuk syurga...selama2nya.....
"pesanan utk KITA...saya sekali yg banyak dosa ni"

#MutiaraKata

Doa Ibu Bapa Untuk Anak Menghadapi Peperiksaan


DOA IBU BAPA UNTUK ANAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak anak kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Ikhlaskan hati anak anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang mereka lakukan ini semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah.

Ya Allah,

Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu Mu ya Allah.

Ya Allah,

anak anak kami akan menduduki peperiksaan SPM dan peperiksaan2 lain ya Allah. Kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah anak anak kami dalam peperiksaan yang akan mereka hadapi ya Allah.

Ya Allah,

Peliharalah kesihatan anak anak kami dihari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka
menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan,jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan.

Ya Allah Ya Tuhan Kami

Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu.

Jadikanlah anak anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang
di akhirat. Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.

Ya Allah, jadikanlah anak anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertakwa.

Ya Allah,

Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak anak sahabat ku ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Ya Allah,

Sesungguhnya, anak kami inilah harapan kami. Kami mahu mereka Berjaya dalam redha Mu ya Allah.  Berikanlah taufik dan hidayah Mu yang berkekalan ya Allah.

Ya Allah,

Jadikanlah anak kami anak yang soleh ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah. Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.

Ya Allah,

Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.

Ya Allah,

Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini. Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan  mendengarnya. Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.

#HimpunanDoa

Jom Berselawat...


Sudahkah kita berselawat hari ni...
JOM BERSELAWAT....
ِ
اللهم صل على محمد وآل محمد

"Allahumma shollii wa sallim 'alaa 
nabiyyinaa Muhammad"

Ya Allah, limpahkanlah shalawat dan 
salam kepada Nabi kami Muhammad SAW

Nikmatnya Hidup Sentiasa Berselawat

#HadisRasulullahSAW #AlwaysBackToAllah 

Sunnah Rasulullah SAW # 5

بسم الله الر حمن الر حيم

#simplesunnah
1) Masuk tandas dgn memakai alas kaki
2) Buang air dgn duduk
3) Jangan lama didalam tandas
4) Jangan makam atau minum didalam tandas

Sunnah Rasulullah SAW # 4

بسم الله الر حمن الر حيم

#simplesunnah
1) Datang awal ke masjid
2) Berjalan kaki ke masjid
3) Berwuduk dari rumah
4) Membaca doa masuk & keluar masjid

Sunnah Rasulullah SAW # 3

بسم الله الر حمن الر حيم

# simplesunnah
1) Minum dengan tangan kanan
2) Minum duduk
3) Minum niat kerana Allah & membaca Bismillah

Sunnah Rasulullah SAW # 2

بسم الله الر حمن الر حيم

#simplesunnah
1) Kibaskan tempat tidur
2) Permulaan tidur dgn mengiring sebelah kanan
3) Kepala mengadap kiblat
4) Membaca doa tidur

Sunnah Rasulullah SAW # 1

 بسم الله الرحمن الر حيم

#simplesunnah
1) Masuk tandas dgn kaki kiri & keluar dgn kaki kanan
2) Tutup kepala bila masuk tandas

Permulaan Kiraan Tahun Hijrah


Bilakah 1 Muharam Tahun 1 Hijri

Setelah kedatangan Islam, ketiadaan asas tahun yang tetap dalam empayar Islam yang berkembang luas  merumitkan urusan pentadbiran dan kerajaan. Oleh itu peristiwa hijrah Rasullah s.a.w telah ditetapkan sebagai asas tahun dalam takwin Islam yang kemudiannya dikenali sebagai takwim Hijri. Penetapan ini telah dibuat semasa pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab selepas 17 tahun berlakunya peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w. Kalendar hijrah dimulakan pada tahun ke16 hijrah, dikatakan juga mula digunakan pada tahun 17 hijrah di zaman pemerintahan ‘Umar ibn al-Khattab r.a.

Terdapat beberapa sebab yang menjadikan ‘Umar r.a. memulakan pengiraan kalendar Islam, antaranya riwayat daripada al-Sya’bi tentang peristiwa Abu Musa menulis surat kepada ‘Umar, dimana beliau telah menerima beberapa pucuk surat daripada ‘Umar yang tidak mempunyai tarikh, sehingga beliau tidak mengetahui bilakah surat itu diutuskan kepadanya. Lalu ‘Umar r.a. menghimpunkan para sahabat Nabi saw untuk membincangan tentang permulaan kalendar Islam. Sebahagian mereka mencadangkan dimulakan pengiraan kalender Islam sempena pengutusan Nabi saw. Sebahagian yang lain mengatakan kita mulakan dengan (tahun) hijrah. Lalu Umar r.a. berkata: “Hijrah itu memisahkan antara kebenaran dengan kebatilan, maka kiralah darinya.” Peristiwa ini berlaku pada tahun ke 17 hijrah. (fath al-Bari, 7/376)

Setelah mereka bersetuju untuk memulakan pengiraan kalender Islam pada tahun hijrah, sebahagian mereka mencadangkan dimulakan pengiraan kalendar dengan bulan Ramadhan, lalu ‘Umar r.a. berkata: “Bahkan mulakan dengan Muharram, kerana ketika itu manusia selesai dari menunaikan haji.” lalu mereka semua bersetuju. Di dalam riwayat yang lain menyatakan yang mencadangkan pengiraan bermula dengan tahun hijrah itu ialah ‘Ali r.a. lalu dipersetujui oleh ‘Umar

Ganjaran Syurga.

بسم الله الر حمن الر حيم

Ganjaran Syurga Membuang Kayu Dijalan

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَقَدْ رَأَيْتُ رَجُلًا يَتَقَلَّبُ فِي الْجَنَّةِ فِي شَجَرَةٍ قَطَعَهَا مِنْ ظَهْرِ الطَّرِيقِ كَانَتْ تُؤْذِي النَّاسَ

“Aku telah melihat seseorang yang bersenang-senang di dalam syurga kerana dia telah membuang kayu yang berjuntai dijalan dan kayu tersebut menganggu orang yang lalu”
HR Muslim No 4745

Pengajaran:

1. Islam menuntut umatnya melakukan amal kebaikan dalam apa jua keadaan dan situasi termasuk membuang kayu di jalan yang boleh menganggu keselamatan dan kesejahteraan orang lain

2. Menghilangkan kayu dari jalan juga membawa maksud, setiap muslim hendaklah berusaha menjauhi atau menghilangkan sesuatu yang memudaratkan sama ada pada dirinya atau pada orang lain.

3. Tabiat membuang sampah dari kenderaan di atas jalan boleh menganggu kesejahteraan dan keselamatan pengguna. Hindarilah perbuatan yang boleh menyusahkan orang lain. 

4. Jangan memandang remeh suatu amalan yang kecil kerana dengan Rahmat Allah ada yang masuk syurga kerana melakukan amal membuang sesuatu yang membahayakan pengguna jalan raya

#HadisRasulullahSAW 

La Tahzan - Usahlah Bersedih

1. Andaikata anda dikhianati atau dilukai oleh mereka yg mempunyai talian kekeluargaan dgn anda, usahlah bersedih. Ingatlah peristiwa Yusuf as, yg dikhianati oleh saudara2nya...

2. Andaikata orang tuamu, atau mereka yg anda kasihi, menentang anda ketika anda berjalan di atas jalan kebenaran, usahlah bersedih. Ingatlah peristiwa Ibrahim as, yg dilemparkan ke dalam api oleh ayahnya sendiri...

3. Andaikata anda buntu di dalam permasalahan dan tidak nampak jalan keluar, usahlah bersedih. Ingatilah kisah Yunus as, yg terjerat di dlm perut ikan...

4. Andaikata anda didatangi penyakit, dan seluruh anggota badan anda dilanda kesakitan, usahlah bersedih. Ingatilah kisah Ayub as, yg ditimpa kesakitan dan bermacam-macam penyakit, disamping kehilangan ahli keluarganya...

5. Andaikata anda melihat akan adanya kekurangan atau kelemahan pada diri anda, usahlah bersedih. Ingatlah kisah Musa as, yg tidak dapat bertutur dgn sempurna...

6. Andaikata anda difitnah dan dicaci oleh manusia di sekelilingmu, usahlah bersedih. Ingatilah kisah Aisyah ra, yg sabar setelah difitnah sehingga satu kota memperkatakannya...

7. Andaikata anda rasa kesunyian dan keseorangan serta tiada yg membantu, usahlah bersedih. Ingatilah kisah Adam as, yg diturunkan ke muka bumi bersendirian sebelum bertemu kembali dengan Siti Hawa...

8. Andaikata anda rasakan tidak ada kewajaran akan apa yg perlu anda lakukan, serta detikan hati tertanya mengapa ianya terjadi, usahlah bersedih. Ingatilah kisah Nuh as, yg tanpa keluh dan tanpa tahu sebabnya, terus membina bahtera yg besar tanpa soal...

9. Andaikata anda diherdik dan dicerca oleh saudara mara kamu sendiri lantaran kamu memilih agama dan kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia, usahlah bersedih. Ingatilah kisah Muhammad saw, yg dipulaukan dan diperangi oleh keluarganya yg terdekat...

Subhanallah... Masya Allah.. Allahu Akbar...

Allah swt mewujudkan personaliti yg hebat2 ini sebelum kita, dan mendatangi mereka dgn brrmacam-macam ujian dan rintangan, dgn tujuan agar satu hari nanti, manusia spt saya dan anda, bila mana berhadapan dgn sebarang musibah dan tribulasi, tidak perlu berkata "KENAPA AKU?"...

Alhamdulillah untuk segala-galanya ya Rahman..............

Sempurna Didunia & Akhirat.

Daripada Saidina Khalid bin Al-Walid RA berkata:
“Telah datang seorang Arab Baduwi kepada Rasulullah SAW dan dia menyatakan tujuannya:

Wahai Rasulullah...!
Kedatanganku untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku didunia dan akhirat.”

Rasulullah berkata kepadanya:
“Tanyalah apa yang engkau kehendaki.”

Arab Baduwi itu berkata:
Aku mahu menjadi orang alim.

Baginda menjawab:
"Takutlah kepada Allah SWT"

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu menjadi orang paling kaya.”

Rasulullah menjawab:
“Jadilah orang yang yakin pada diri.”

Bertanya lagi Arab Baduwi itu:
“Aku mahu menjadi orang yang adil.”

Lalu dijawab oleh Rasulullah:
“Kasihanilah manusia lain seperti engkau kasih pada diri.”

Dia bertanya:
“Aku mahu menjadi orang paling baik.”

Baginda menjawab:
“Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat.”

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu menjadi orang istimewa di sisi Allah.”

Dan dijawab oleh Rasulullah:
“Banyakkan zikrullah.”

Arab Baduwi itu bertanya:
“Aku mahu sempurnakan imanku.”

Baginda menjawab:
“Perelokkan akhlakmu.”

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsini (baik). “

Baginda menjawab:
Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya dan jika engkau tidak berasa begitu, sekurang-kurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau.”

Arab Baduwi bertanya lagi:
“Aku mahu termasuk dalam golongan yang taat,”

Lalu dijawab baginda:
“Tunaikan segala kewajipan yang difardukan.”

Dia bertanya lagi:
“ Aku mahu berjumpa Allah dalam keadaan bersih daripada dosa.”

Rasulullah menjawab:
“Bersihkan dirimu daripada najis dosa.”

Dia terus bertanya:
“Aku mahu dihimpun pada hari kiamat di bawah cahaya.”

Baginda menjawab:
“Jangan menzalimi seseorang.”

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari kiamat.”

Baginda berkata:
“Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain.”

Dia bertanya:
Aku mahu dihapuskan segala dosaku.”

Baginda menjawab:
“Banyakkan beristighfar.”

Dia berkata:
“Bagaimana pula aku mahu menjadi semulia-mulia manusia,”

Lalu baginda menjawab:
“Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain.”

Dia bertanya:
“Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia.”

Baginda menjawab:
“ Sentiasa menyerah diri (tawakal) kepada Allah.”

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah.”

Baginda menjawab:
“Sentiasa berada dalam keadaan bersih (daripada hadas).”

Dia bertanya:
“Aku mahu termasuk dalam golongan yang dikasihi Allah dan rasul-Nya.”

Baginda menjawab:
“Cintailah segala yang disukai Allah dan Rasul-Nya.”

Dia bertanya:
“ Aku mahu diselamatkan daripada kemungkaran Allah pada hari kiamat.”

Baginda menjawab:
“Jangan marah kepada orang lain.”

Dia bertanya lagi kepada Rasulullah:
“Aku mahu diterima segala permohonanku.”

Baginda menjawab:
“Jauhilah makanan haram.”

Dia bertanya:
“ Aku mahu Allah menutupkan segala keabianku pada hari kiamat.”

Baginda pun menjawab:
“Tutuplah keburukan orang lain.”

Dia bertanya:
“Siapa yang terselamat daripada dosa?”

Rasulullah menjawab:
“Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, meraka yang tunduk pada kehendak-Nya dan meraka yang ditimpa kesakitan.”

Dia terus bertanya:
“Apakah sebesar-besar kebaikan disisi Allah?”

Baginda menjawab:
“Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala).”

Dia bertanya lagi:
“ Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?”

Baginda menjawab:
“Buruk akhlak dan sedikit ketaatan.”

Dia bertanya:
“Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat?”

Baginda menjawab:
“Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak diketahui) dan menghubungkan kasih sayang.”

Dia bertanya lagi:
“Apa yang akan memadamkan api neraka pada hari kiamat?”

Baginda menjawab:
“Sabar didunia dengan bala dan musibah.”

Dan telah berkata Imam Mustaghfirin: “Aku tidak pernah menemui hadis sebegini lengkap merangkumi kesempurnaan agama dan kehidupan selain hadis ini.”

Sombong, Bongkak dan Angkuh

بسم الله الر حمن الر حيم

Sukarnya hati bila dikuasai bongkak angkuh dan kesombongan...
Terhijab dari kebenaran...tiada lagi berlapang dada...tiada lagi mengasihi dan menghargai orang lain..samaada sahabat mauhupun kawan...

عن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:
لا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ، قَالَ رَجُلٌ: إِنَّ الرَّجُلَ يُحِبُّ أَنْ يَكُونَ ثَوْبُهُ حَسَنًا، وَنَعْلُهُ حَسَنَةً، قَالَ: إِنَّ اللَّهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ، الْكِبْرُ بَطَرُ الْحَقِّ، وَغَمْطُ النَّاسِ
( مسلم، الترمذي، أبو داود، ابن ماجه، أحمد )

Dari Ibnu Mas’ud RA semoga Allah meridhainya berkata Rasulullah SAW bersada

“Tidak akan masuk kedalam syurga orang yang di hatinya ada kesombongan walaupun seberat biji sawi.

Lalu ada yang bertanya : sesungguhnya seseorang itu sangat suka kepada baju dan kasut yang bagus?
Maka Baginda SAW bersabda : Sesungguhnya Allah Maha Indah dan mencintai keindahan. Sombong itu adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia“.
(HR Muslim)

#HadisRasulullahSAW 

Ketaqwaan.

بسم الله الر حمن الر حيم

Jiwa kuat

Jiwa manusia jadi kuat ....bila HATI..

Ada ketaqwaan ........

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُون ﴿١٠٢﴾

“Hai orang-orang beriman bertaqwalah kalian kepada Allah dengan sebenar-benarnya taqwa.”

Ali Imran: 102

Perintah bertaqwa adalah perintah yang mestilah dijunjung oleh mereka yang beriman kerana taqwa membentuk dan mencorak keseluruhan hidup dalam melaksanakan seluruh perintah Allah ta'ala dan meninggalkan seluruh laranganNya.

قال الغزالي في البداية الهداية :

والتقوى، عبارة عن امتثال أوامر الله تعالى، واجتناب نواهيه

Kata Imam Al Ghazali dalam kitab Bidayatul Hidayah :

" Bermula taqwa itu ialah satu ibarat dalam menjunjung seluruh perintah-perintah Allah dan menjauhi seluruh larangan-laranganNya."

Taqwa satu kekuatan yang menarik pertolongan dan rezki dari Allah dalam keadaan yang tidak disangka-sangka.

وَمَن يَتَّقِ اللَّـهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا ﴿٢﴾ وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۚ ... ﴿٣﴾

Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar(2) 
Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya..(3)

At Thalaq : 2-3

Kekuatan taqwa menjadi kekuatan sebenar para penolong agama Allah dalam menghadapi mehnah dan tribulasi hidup dan perjuangan.

أَلا إِنَّ أَوْلِيَاءَ اللَّهِ لا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلا هُمْ يَحْزَنُونَ .الَّذِينَ آمَنُوا وَكَانُوا يَتَّقُونَ

Ingatlah sesungguhnya para penolong agama Allah tiada ketakutan atas mereka dan tiada lah mereka bersedih hati , orang-orang yang beriman dan adalah mereka bertaqwa

Yunus : 62-63

Mereka yang mendapat petunjuk kemudian berusaha memelihara dan menambahkan petunjuk yang ada, maka akan diberi kekuatan taqwa dalam diri mereka

وَالَّذِينَ اهْتَدَوْا زَادَهُمْ هُدًى وَآتَاهُمْ تَقْوَاهُمْ ﴿١٧﴾    محمد ١٧

Dan orang-orang yang mau menerima petunjuk, Allah menambah petunjuk kepada mereka dan memberikan balasan ketakwaannya.(17)

Muhammad : 17

Ketaqwaan yang menambah dan mengukuhkan ketenangan dan iltizam dalam kehidupan dan perjuangan.

فَأَنزَلَ اللَّـهُ سَكِينَتَهُ عَلَىٰ رَسُولِهِ وَعَلَى الْمُؤْمِنِينَ وَأَلْزَمَهُمْ كَلِمَةَ التَّقْوَىٰ وَكَانُوا أَحَقَّ بِهَا وَأَهْلَهَا ۚ وَكَانَ اللَّـهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمًا ﴿٢٦﴾   الفتح  ٢٦

..lalu Allah menurunkan ketenangan kepada Rasul-Nya, dan kepada orang-orang mukmin dan Allah mewajibkan kepada mereka kalimat-takwa dan adalah mereka berhak dengan kalimat takwa itu dan patut memilikinya. Dan adalah Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.(26)

Al Fath : 26

فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ وَاسْمَعُوا وَأَطِيعُوا وَأَنفِقُوا خَيْرًا لِّأَنفُسِكُمْ ۗ وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ﴿١٦﴾

“Maka bertaqwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu dan dengarlah serta taatlah dan nafkahkanlah nafkah yang baik untuk dirimu. dan barangsiapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, maka mereka itulah orang-orang yang beruntung.”

At-Taghabun :16

Ketaqwaan membawa panduan dalam jiwa mukmin serta membersihkannya dari segala keburukan dan dosa.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تَتَّقُوا اللَّهَ يَجْعَل لَّكُمْ فُرْقَانًا وَيُكَفِّرْ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ۗ وَاللَّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ﴿٢٩﴾

“Hai orang-orang yang beriman, jika kalian bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan menjadikan pembeza bagi kalian, menghapus kesalahan kalian dan mengampuni kalian. Dan Allah memiliki kemuliaan yang agung.”

Al-Anfal: 29

Taqwa menarik kecintaan Allah.

بَلَى مَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ وَاتَّقَى فَإِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَّقِينَ      آل عمران  ٧٦

(Bukan demikian), sebenarnya siapa yang menepati janji (yang dibuat)nya dan bertakwa, maka sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertakwa.(76)

Ali 'Imraan : 76

إِنَّ اللَّهَ مَعَ الَّذِينَ اتَّقَوْا وَالَّذِينَ هُمْ مُحْسِنُونَ     النحل ١٢٨

Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan(128)

An Nahlu : 128

Taqwalah harga diri manusia yang jadi ukuran di sisi Allah ta'ala

إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّـهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّـهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ﴿١٣﴾

Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.(13)

Al Hujurat : 13

Abu Hurairah RA meriwayatkan bahwa ada yang bertanya kepada Rasulullah SAW :

يا رَسُول اللَّهِ مَنْ أَكْرَمُ النَّاسِ؟ قَالَ: أَتْقَاهُمْ قَالُوْا: لَيْسَ عَنْ هَذَا نَسْأَلُكَ. قَالَ: فَيُوْسُفُ نَبِيُّ اللَّهِ بْنِ نَبِيِّ اللَّهِ بْنِ نَبِيِّ اللَّهِ بْنِ خَلِيْلِ اللَّهِ قَالُوا: لَيْسَ عَنْ هَذَا نَسْأَلُكَ. قَالَ: فَعَنْ مَعَادِنِ الْعَرَبِ تَسْأَلُوْنِي؟ خِيَارُهُمْ فِي الْجَاهِلِيَّةِ خِيَارُهُمْ فِي الإسْلاَمِ إِذَا فَقِهُوْا

“Ya Rasulullah, siapakah orang paling mulia?” Beliau menjawab, “Orang yang paling bertaqwa di antara mereka.” Orang itu berkata lagi, ‘Bukan tentang ini kami bertanya.’ Beliau menjawab, ‘Yusuf bin Nabi Allah bin Nabi Allah bin Khalilullah.’ Mereka bertanya, ‘Bukan tentang ini kami bertanya.’ Beliau menjawab, ‘Apakah kalian bertanya tentang kantong-kantong daerah Arab? Sebaik-baik kalian di Jahiliyah adalah yang terbaik di dalam Islam jika mereka berilmu.”

Muttafaq 'Alaihi

Abu Sa’id RA meriwayatkan dari Rasulullah SAW:

إِنَّ الدُّنْيَا حُلْوَةٌُ خَضِرَةٌ، وَإِنَّ اللَّهَ مُسْتَخْلِفُكُمْ فِيْهَا فَيَنْظُرُ كَيْفَ تَعْمَلُوْنَ، فَاتَّقُوْا الدَّنْيَا، وَاتَّقُوْا النِّسَاءَ فَإِنَّ أَوَّلَ فِتْنَةِ بَنِي إِسْرَائِيْلَ كَانَتْ فِي النِّسَاءِ

“Sesungguhnya dunia itu manis dan hijau (menyenangkan) dan Allah mengangkat kalian sebagai pimpinan di dunia. Maka Dia akan melihat apa yang kalian kerjakan. Maka bertaqwalah kalian dalam hal dunia dan bertaqwalah dalam hal wanita. Fitnah pertama yang menimpa Bani Israel adalah wanita.”

HR Muslim

Ibnu Mas’ud meriwayatkan bahwa Nabi SAW pernah berdoa,

اَلَّلهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu petunjuk, ketaqwaan, iffah, dan kekayaan.”

HR Muslim

Abu Umamah Shadi bin ‘Ajlan Al-Bahili RA berkata, “Aku pernah mendengar Rasulullah SAW berpidato di Haji Wada’,

اِتَّقُوْا اللَّهَ وَصَلُّوْا خَمْسَكُمْ، وَصُوْمُوْا شَهْرَكُمْ، وَأَدَّوْا زَكَاةَ أَمْوَالِكُمْ، وَأَطِيْعُوا أُمَرَاءَكُمْ، تَدْخُلُوْا جَنَّةَ رَبِّكُمْ

”Bertaqwalah kalian kepada Allah, shalatlah yang lima waktu, puasalah di bulan kalian, tunaikan zakat harta kalian, dan taatilah pemimpin kalian, niscaya kalian akan memasuki surga Tuhan kalian.”

HR Tirmidzi

اتَّقِ اللَّهِ حَيْثُمَا كُنْتَ ، وَأَتْبِعْ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا، وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ

“Bertaqwalah kepada Allah di mana pun engkau berada. Iringilah perbuatan buruk dengan kebaikan, maka perbuatan baik itu akan menghapuskannya, dan bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik

Hadis Riwayat Imam at-Tirmidzi no: 1987

عن أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ  ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " الإِسْلامُ عَلانِيَةٌ ، وَالإِيمَانُ فِي الْقَلْبِ " ، ثُمَّ يُشِيرُ بِيَدِهِ إِلَى صَدْرِهِ : " التَّقْوَى هَاهُنَا ، التَّقْوَى هَاهُنَا " .

رواه احمد

Dari Anas bin Malik ia berkata, Sabda Rasulullah SAW : " Islam terbuka ( dapat dilihat ), Iman itu di dalam hati", kemudia Rasulullah SAW menunjuk ke dadanya dan bersabda : " Taqwa itu di sini ..taqwa itu di sini ".

HR Ahmad

عَنْ أَنَسٍ قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ ،فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي أُرِيدُ سَفَرًا فَزَوِّدْنِي ، قَالَ : (( زَوَّدَكَ اللَّهُ التَّقْوَى ،قَالَ :زِدْنِي ، قَالَ : وَغَفَرَ ذَنْبَكَ ، قَالَ : زِدْنِي بِأَبِي أَنْتَ وَأُمِّي ، قَالَ : وَيَسَّرَ لَكَ الْخَيْرَ حَيْثُمَا كُنْتَ))     رواه الترمذي .

Dari Anas ia berkata, telah datang kepada Nabi SAW lalu berkata " Wahai Rasulullah sesungguhnya aku ingin bermusafir maka bekalkanlah aku." Sabda Nabi SAW " Allah membekalkan engkau dengan taqwa ". Lelaki itu berkata " Tambahilah untukku ". Nabi SAW bersabda lagi " Dia mengampuni dosamu ". Lelaki itu berkata lagi " Tambahilah lagi demi bapa dan ibuku. " Nabi SAW bersabda " Allah memudahkan urusan kau di mana pun engkau berada".

HR Tirmizi

قال علي بن أبي طالب رضي الله عنه :

Sayyidina Ali bin Talib RA berkata:

(( التقوى هي الخوف من ا لجليل ، والعمل بالتنزيل ، والقناعة بالقليل ، والإستعداد ليوم الرحيل )).

Taqwa itu ialah takut kepada Allah SWT Yang Maha Agung, beramal dengan apa yang diturunkan (al-Quran), redha dengan yang sedikit, dan bersedia untuk hari kematian.

Tidak mungkin seorang mukmin yang tinggi ketaqwaannya boleh lemah jiwanya ....

#HadisRasulullahSAW #TerjemahanAlQuran

Qailullah (Tidur Sebentar Waktu Siang)


Rahsia disebalik tidur sejenak sebelum solat Zohor

فوائدالقيلولة الصحيحة
قال النبي صلى الله عليه وسلم: (قيلوا فإن الشياطين لا تقيل
قال الجوهري:هي النوم في الظهيرة والمعروف أنه من شروطها أن تكومن قصيرة.
وقد أتى العلم الحديث ليؤكد فوائد القيلولة في زيادة إنتاجية الفرد،ويحسن قدرته على متابعة نشاطه اليومي.

Maksud Hadis:

syaitan tidak melakukan Qailulah, Oleh itu itu orang-orang Mukmin yang melakukan Qailulah atau tidur sejenak sebelum solat Zohor selama 10-40 minit akan memperolehi kerehatan yang cukup, sehingga membolehkannya melakukan ibadat dengan sempurna sepanjang hari.

Sabda Rasullah s.a.w "Lakukanlah Qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani Qailulah" (Riwayat ai-Tabrani)

Apa itu Qailulah ?
Qailulah ialah tidur sebentar pada siang hari.

Bila waktu paling sesuai untuk amalkan Qailulah ?
Mengikut pengalaman mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, waktu paling baik ialah antara pukul 12 tengahari sehingga sebelum Zohor. Namun boleh juga dilakukan selepas Zohor.

Apakah kelebihan atau Kebaikan Qailulah ?
Mengikut kajian, 1 minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam. Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, kita sudah boleh bangun solat malam tanpa rasa mengantuk, insyaAllah.

Qailulah @ tidur sekejap waktu tengahari akan memudahkan kita untuk bangun malam dan berqiamulail.

Orang barat memanggil Qailulah sebagai "nap". Di negara barat biasanya "nap" dilakukan dari pukul 2-4 petang. Hasil kajian menunjukan amalan "nap' waktu tengahari dapat mengelakkan penyakit jantung.

Menurut kajian lagi, manusia perlu berehat setelah 6-8 jam berjaga. Kita orang Islam akan bangun seawal jam 5.30 pagi untuk solat subuh. kalau dikira dari waktu subuh hingga pukul 12-1 tengahari, ia sudah cukup 7-8 jam kita berjaga. Jadi Qailulah @ nap ini adalah sangat-sangat berpatutan untuk dilakukan pada masa itu. Ia sangat sesuai denga fitrah badan manusia.

Menurut mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, sebaik bangkit dari Qailulah, kita mungkin akan pening sedikit selama 5-20 minit. Tetapi selepas itu, kita akan mendapati perubahan mendadak dari segi emosi, kecerdasan dan fokus.

#HadisRasulullahSAW 

Solat.... Jagalah Solat.

Assalamualaikum wbt..
Sedikit perkongsian tazkirah:

Hidup kelam kabut datang dari solatnya yang kelam kabut,
Hidup tak menentu datang dari solatnya yang tak menentu,
Hidup yang celaru datang dari solatnya yang celaru,
Hidup tiada keberkatan datang dari solat yang tak diberkati,
Hidup serba lengkap tapi hati tak pernah puas dan tenang, datang dari solat yang tak lengkap (ponteng dan tinggal),
Hidup tertekan datang dari solatnya yang tiada tama'ninah,
Hidup bermasalah datang dari solatnya yang bermasalah.
Hidup yang cemerlang datang dari solatnya yang cemerlang,
Hidup yang tenang datang dari solatnya yang tenang,
Hidup yang diredhai datang dari solatnya yang diredhai.

"Sesungguhnya BERJAYALAH orang2 yg beriman. Iaitu mereka yg KHUSYUK dalam SOLAT yg mereka lakukan"
- Al-Mu'minuun:1-2

Jom perbaiki solat kita dan ingatan ini terutama utk diri saya yg kdg2 melewatkan solat sbb urusan dunia.

Pesanan Seorang Ibu

PESAN IBU TENTANG AYAH:
Anakku…
Memang ayah tak mengandungmu..
Tapi,
Darahnya mengalir didarahmu. Darinya kau diwarisi namanya, kedermawanan & kerendahan hati.

Memang ayah tak melahirkanmu...
Tapi,
Suaranya-lah yang pertama mengantarkanmu pada Allah ketika kau lahir.

Memang ayah tak menyusuimu...
Tapi,
Dari keringatnyalah setiap suapan yang menjadi air susumu.

Ayah memang tak menjagaimu setiap saat...
Tapi,
Tahukah kau dalam do’anya tak pernah terlupa namamu disebutnya.

Tangisan ayah mungkin tak pernah kau dengar...
Kerana,
Dia ingin terlihat kuat agar kau tak ragu untuk berlindung di lengannya dan dadanya ketika merasa tak aman.

Pelukan ayahmu mungkin tak sehangat dan seerat ibu...
Kerana,
Cintaannya dia takut tak sanggup melepaskanmu.
Ayah mu ingin kau kuatkan semangat agar ketika kami tiada kau sanggup menghadapi semua sendiri.

Ibu hanya ingin kau tahu...
Bahawa,
Cinta ayah kepadamu sama besarnya seperti cinta ibu.

Anakku dari dirinya juga terdapat surga bagimu.
Maka,
Hormati dan sayangi ayahmu.
Kerana,
Ibu adalah tulang rusuk-nya.
Jauh dilubok hatinya dia hanya ingin mampu membanggakan mu di mata Allah, menjadi penolong di Padang Mahsyar serta menjadi hijab dari api neraka.

Berbahagialah yang masih punya ibu & Ayah.
Dan Dia Pun Berdoa "Ya Tuhan, Tugasku Telah Selesai Dgn Baik..
Bahagiakah Lah Putera Puteri Kecilku Yg Manis Bersama Pasangannya".
Setelah Itu Ayah Hanya Akan Menunggu Kedatangan Kita Bersama Cucu-cucunya Yg Sesekali Dtg Untuk Menjenguk..Dengan Rambut Yg Memutih Dan Badan Yang Tidak Kuat Untuk Menjaga Kita..

Itulah Pengorbanan Seorang Ayah.. Apakan Kita Masih Belum Sedar? Masih memandang Kemarahan Ayah Itu Alasan Untuk Kita Benci Dia? Percayalah.. Dia Orang Yang Paling Rindukan Kita Walaupun Kerinduan Ayah Terhadap Kita Mungkin Melebihi Kerinduan Ibu Dekat Kita..

Kita Cium Pipi Ibu, Ayah Hanya Tersenyum Melihat..Tahukah Kita Yang Kita Telah Berlaku Tidak Adil Terhadap Ayah?
Apakah Ayah Tak Layak Mendapat Ciuman Sama Yang Kita Berikan Dekat Ibu?
Kamu Lupa Masa Kamu Kecil, Ayah Mendukung Kamu Dan Mencium Kamu??

JANGAN MENANGIS SELEPAS MEMBACA KISAH INI