Pages

Uwais al-Qarni

Uwais al-Qarni

Ada seorang pemuda bermata biru, rambutnya merah, pundaknya lapang panjang, berpenampilan cukup tampan, kulitnya kemerah-merahan, dagunya menempel di dada selalu melihat pada tempat sujudnya, tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya, ahli membaca Al Qur’an dan menangis, pakaiannya hanya dua helai sudah kusut yang satu untuk penutup badan dan yang satunya untuk selendangan, tiada orang yang menghiraukan, tak dikenal oleh penduduk bumi akan tetapi sangat terkenal di langit. Dia, jika bersumpah demi Allah pasti terkabul. Pada hari kiamat nanti ketika semua ahli ibadah dipanggil disuruh masuk surga, dia justeru dipanggil agar berhenti dahulu dan disuruh memberi syafa’at, ternyata Allah memberi izin dia untuk memberi syafa’at sejumlah qobilah Robi’ah dan qobilah Mudhor, semua dimasukkan surga tak ada yang ketinggalan karenanya. Dia adalah “Uwais al-Qarni”.

Dia asalnya berpenyakit sopak, badannya putih, putih penyakit yang tidak digemari. Walaupun dia sopak tetapi dia seorang yang soleh, terlalu mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Dia telah begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya. Bapa dia meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi. Dia sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaga dia sampai dia dewasa.

Satu hari ibunya memberitahu kepada Uwais bahawa dia ingin sangat untuk pergi mengerjakan haji. Dia menyuruh Uwais supaya mengikhtiarkan dan mengusahakan agar dia dapat dibawa ke Mekah untuk menunaikan haji.

Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang untuk pergi haji dari Yaman ke Mekah mereka menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang diatasnya “Haudat”. Haudat ini seperti rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan, selesa dan perbelanjaannya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan yang demikian, unta pun dia tidak ada, nak sewa pun tidak mampu.

Ibu Uwais semakin uzur maka ibunya mendesak dan berkata kepada anaknya “Anakku mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji”.

Uwais mendapat suatu ilham, dia terfikir apa nak dibuat. Dia membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan dah habis menyusu. Dia membuat sebuah rumah kecil (pondok) di atas sebuah “Tilal” iaitu sebuah tanah tinggi (Dia buat rumah untuk lembu itu di atas bukit).

Apa yang dia lakukan, pada petang hari dia dukung anak lembu untuk naik ke atas “Tilal”. Pagi esoknya dia dukung lembu itu turun dari “Tilal” untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia beri lembu itu makan.

Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang kata dia ini gila. Memang pelik, buatkan rumah untuk lembu diatas bukit, kemudian setiap hari usung lembu, petang bawa naik, pagi bawa turun bukit.

Tetapi sebenarnya niatnya baik. Kalau lembu kita buat begitu pagi sekali petang sekali daripada lembu yang beratnya 20kg, selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot (muscle) tangan dan badan Uwais menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit.

Selepas lapan bulan dia buat demikian telah sampai musim haji, rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekkah dengan kedua tangannya. Dibelakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang berat sekitar 50kg. Dia membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.

Setelah pulang semula ke rumah dia di Yaman, Ibu dia berkata kepada dia “ Uwais, apa yang kamu berdoa sepanjang kamu berada di Mekah?”. Uwais menjawab “Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu”. Ibunya bertanya lagi “Bagaiman pula dengan dosa kamu”. Uwais menjawab “Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga, cukuplah ibu redha dengan saya maka saya juga masuk syurga”.

Ibunya berkata lagi “Ibu nak supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini”. Uwais kata “Saya keberkatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah ta’ala”. Ibunya menanbah “Kalau nak masuk syurga, kena taat kepada perintah ibu, Ibu perintahkan engkau berdoa”.

Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais berdoa seperti yang ibu dia minta supaya Allah sembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu. Tetapi kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya dia berdoa “Tolonglah Ya Allah kerana ibu aku suruh aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkan sedikit”

Allah swt. sembuhkan serta merta, hilang putih sopak diseluruh badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit syiling ditengkuknya. (Kalau bagi nabi, baginda ada Khatam Nubuwah iaitu tanda kenabian, tanda pada nabi bersinar) Tanda tompok putih pada Uwais sebab dia mintak agar jangan dibuang kesemuanya, kerana ini (sopak) adalah anugerah, maka nabi sebut kepada Umar dan Ali akan tanda ini. Tandanya kamu nampak dibelakang dia ada satu bulatan putih, bulatan sopak. Kalau berjumpa dengan tanda itu dialah Uwais al-Qarni.

Selepas tidak lama Uwais berdoa yang demikian, ibunya telah meninggal dunia. Dia telah menunaikan kesemua permintaan ibunya. Selepas itu dia telah menjadi orang yang paling tinggi martabatnya disisi Allah. Doa dia cukup makbul hatta penyakit sopak pun boleh sembuh. Mengikut al-Quran, Nabi Isa Alaihisalam yang pernah berdoa untuk kesembuhan penyakit sopak dizamannya.

Berbalik kita kepada point asal, Sayidina Umar dan Sayidina Ali dapat berjumpa dengan Uwais ini minta satu sahaja iaitu minta supaya doakan supaya Allah swt. mengampun semua dosa-dosa mereka.

Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Umar dan Ali, dia berkata “Aku datang ini dari Yaman ke Madinah kerana aku nak tunaikan wasiat nabi kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku. Aku datang ini nak tunaikan wasiat itulah”. Maka Uwais pun telah mendoakan untuk mereka berdua.

Setelah itu Sayyidina Umar, yang ketika itu memegang jawatan Khalifah, bertanya kepadanya: “Anda hendak pergi ke mana?” “Kufah”, jawab Uwais. Sayyidina Umar bertanya lagi: “Mahukah aku tuliskan surat kepada Gabenor Kufah agar melayanimu?” Uwais menjawab: “Berada di tengah-tengah orang ramai sehingga tidak dikenali lebih aku sukai.”

Demikianlah kisah Uwais Al-Qarni yang amat taat dan kasih kepada ibunya.

Waktu-waktu Yang Mustajab Untuk Berdoa

Pada dasarnya semua masa adalah baik untuk melakukan ibadat kerana dalam Islam tidak ada waktu yang buruk atau waktu sial bagi mengerjakan atau memulakan sesuatu pekerjaan, yang ada dalam Islam ialah masa yang lebih baik untuk beribadat. Demikian juga ada masa-masa yang lebih baik dari masa-masa yang lain untuk berdoa di antara masa tersebut ialah :

a) Waktu Malam.

Waktu malam adalah waktu yang paling baik untuk beribadat kerana waktu tersebut sunyi sama sekali. Semua makhluk tidur setelah penat bekerja keras di siang hari. Bagi mereka yang insaf dan sedar, mereka tidak melepaskan peluang di waktu malam dengan beribadat dan berdoa.
Allah s.w.t memperkenankan doa hambanya pada waktu malam dan para malaikat turun ke dunia untuk menyampaikan rahmat Allah s.w.t kepada semua makhluk pada waktu malam. Bukankah Nabi Muhammad s.a.w kita di Israk dan Mikraj pada waktu malam, oleh itu memang selayaknya kita gunakan waktu malam untuk berzikir dan berdoa kepada Allah s.w.t.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, " Sesungguhnya di waktu malam ada satu masa yang apabila seorang muslim meminta kebaikan kepada Allah tepat pada waktu itu, nescaya Allah memberinya". ( tafsir Yasin, Hammamy)

Waktu-waktu yang paling baik untuk berdoa pada malam hari ada empat waktu iaitu :
  1. Waktu tengah malam, iaitu apabila sudah lebih separuh malam (mulai pukul 1.00 malam).
  2. Waktu bahagian kedua daripada sepertiga akhir malam.
  3. Waktu sepertiga daripada sepertiga akhir malam.
  4. Waktu sahur iaitu sedikit masa sebelum terbit fajar.
Jelas di sini waktu separuh malam sehingga terbit fajar adalah merupakan waktu yang berkat, waktu yang baik untuk memajukan permohonan.

b) Waktu pagi - dikala matahari sedang naik (waktu dhuha)

c) Waktu petang - selepas sembahyang Asar

d) Pada hari Jumaat

Hari yang paling baik diantara hari-hari dalam seminggu ialah hari Jumaat. Ia merupakan saat-saat dikabulkan doa. Abu Huraurah meriwayatkan apabila Rasulullah s.a.w menceritakan tentang keutamaan hari Jumaat beliau bersabda : " Pada hari itu ada suatu saat, tiada seorang muslim yang sedang sembahyang bertepatan dengan saat itu, kemudian memohon kepada Allah melainkan dapat dipastikan Allah dapat memberinya".
Imam Muslim meriwayatkan dari hadith Abu Burdah bin Musa Al-Asy'ari bahawa saat yang paling mustajab pada hari Jumaat ialah saat diantara duduknya imam di atas mimbar hingga selesai sembahyang Jumaat".

e) Bulan Ramadhan 

Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan rahmat dan kemuliaan dari awal Ramadhan hingga ke akhirnya. Sabda Allah s.w.t yang bemaksud, " Apabila tiba bulan Ramadhan, maka terbukalah pintu-pintu langit". ( riwayat, Mutafaq Alaih)
Pintu langit terbuka maksudnya Allah s.w.t mencurah-curahkan rahmat kepada hamba-hambanya yang memohon, berdoa dan beribadat kepadanya.
Diantara kemustajaban bulan Ramadhan terdapat satu saat yang paling mustajab iaitu di saat turunya Al-Qadr. Allah akan memakbulkan setiap permohonan hambanya di saat tersebut dan barang siapa beribadat pada malam Lailatul Qadar sama seperti beribadat seribu bulan.

f) Malam Nisfu Sya'aban

Iaitu pada malam 15 hari bulan Syaaban di mana pada malam tersebut Allah s.w.t menukar buku catatan amalan setiap hari dari yang lama kepada yang baru, sudah selayaknyalah digunakan malam tersebut untuk berdoa dan memohon ampun dari Allah s.w.t.

g) Malam Dua Hari Raya

Iaitu malam hari raya Aidil Fitri dan raya Aidil Adha.
Pada malam tersebut selain memperbanyakkan takbir digalakkan juga berdoa.

h) Bulan Rejab
 
Iaitu malam pertama bulan Rejab di mana malam tersebut sangat mustajab untuk berdoa. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, " Ada lima malam yang tidak ditolak permintaan (doa) iaitu : malam pertama daripada bulan Rejab, malam Nisfu Sya'aban, malam Jumaat dan dua hari raya".

i) Ketika Sembahyang dan Selepasnya

Dalam sembahyang banyak lafaz doa, oleh itu perelokkan sembahyang, mudah-mudahan Allah memakbulkan permintaan dan permohonan ketika dalam sembahyang.

j) Selepas Membaca Al-Quran terutama selepas khatam Al-Quran

k) Majlis Zikir atau Tahlil

Selepas berzikir digalakkan berdoa kerana masa tersebut penuh dengan rahmat Allah

l) Selepas mengangkat air sembahyang

m) Selepas azan sembahyang

n) Selepas Iqamah

Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Al-Hakim bermaksud "Tidak ditolak doa di antara azan dan iqamah". para sahabat bertanya " Apakah yang harus kami baca ya Rasulullah s.a.w? Rasulullah s.a.w menjawab " Mintalah kepada Allah s.w.t kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat".

Pengertian Najis

Najis terbahagi kepada 3:

1) Najis Mughallazah - iaitu najis anjing, babi, dan keturunan yang lahir daripada keduanya atau salah satu daripada kedua-duanya dengan binatang lain

2) Najis Mukhaffafah - iaitu air kencing kanak-kanak lelaki yang belum sampai umurnya 2 tahun dan tidak makan sesuatu kecuali susu ibunya sahaja.

3) Najis Mutawassitah - iaitu semua najis-najis yang lain daripada najis mughallazah dan mutawassitah seperti segala jenis darah (kecuali hati dan limpa), bangkai-bangkai selain daripada bangkai manusia , ikan, belalang. Segala jenis muntah, nanah, sesuatu yang keluar daripada dua jalan kecuali mani. Demikian juga susu-susu binatang yang haram dimakan dagingnya dan lain-lain lagi.

Sopan-Santun Waktu Datang Menyempurnakan Solat

Daripada Abu Qatadah ia berkata: Sedang Kami masih bersolat beserta Nabi SAW, tiba-tiba mendengar ia suara gerak geri orang lelaki. Maka tatkala ia telah selesai solat, ia bersabda:
"Apakah keadaan kamu?"
Mereka berkata:
"Bergopoh-gapah kami kepada solat."
Bersabda ia:
"Maka janganlah kamu perbuat (demikian) apabila kamu datang kepada solat, tetapi hendaklah (kamu datang) dengan tenang dan sopan-santun. Apa yang kamu dapati maka bersolatlah kamu, dan apa yang luput kepada kamu maka sempurnakanlah"

Keterangan:
Janganlah bergopoh-gapah ketika datang menyempurnakan solat, datanglah dengan tenang dan sopan-santun. Rakaat yang dapat berserta Imam, maka lakukan solat itu bersama-sama Imam, dan rakaat  yang ketinggalan maka sempurnakanlah ia setelah Imam memberi salam.

(Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah - hadith pilihan dari kitab sahih Imam Al Bukhari)
Terbitan Dewan Pustaka Fajar

Ganjaran Solat Berjemaah

Daripada Abu Hurairah RA katanya : Nabi SAW bersabda :
“Pahala solat jemaah bagi seseorang lebih daripada solat bersendirian, sama ada di tempat kerjanya (di pasar) atau di rumahnya dengan gandaan dua puluh lima darjat. Kerana orang yang telah menyempurnakan wuduk kemudian pergi ke masjid dengan tujuan untuk bersolat semata-mata, maka setiap langkah perjalanannya itu diberi satu darjat (pahala) dan dihapuskan satu dosa sehingga dia masuk ke dalam masjid. Dan apabila dia berada di dalam masjid dia dianggap seperti orang yang bersolat selagi dia menunggu untuk berjemaah. Dan para malaikat mendoakan untuk seseorang selagi dia berada di tempat solatnya dengan doa : Ya Allah ya Tuhanku, rahmatilah dia, ampunilah dia, terimalah taubatnya selama dia tidak menyakiti, dan tidak berhadas di tempat itu.”

Kelebihan Azan dan Saf Pertama, Kelebihan "Isya' dan Subuh Berjemaah

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Kalau mengetahui oleh manusia sesuatu yang ada pada azan dan pada saf pertama, kemudian mereka tiada mendapatinya melainkan mereka membuang undi nescaya mereka membuang undi itu, dan kalau mereka mengetahui tentang faedah bersegera kepada solat nescaya mereka berlumba-lumba kepadanya dan kalau mengetahui mereka apa yang ada pada solat "Isya" dan Subuh, nescaya mereka datangi keduanya sekalipun dengan mengesot"

(Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah - hadith pilihan dari kitab sahih Imam Al Bukhari)
Terbitan Dewan Pustaka Fajar

Berdiri Imam Apabila Dilakukan Iqamah

Daripada Abu Qatadah ia berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW:
Apabila didirikan "Iqamah" solat, maka janganlah kamu berdiri hingga kamu melihat aku dan hendaklah kamu berlaku tenang, sopan-santun dan berlemah-lembut"

(Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah - hadith pilihan dari kitab sahih Imam Al Bukhari)
Terbitan Dewan Pustaka Fajar

Orang Yang Meninggalkan Solat Kerana Lupa

Daripada Anas Ibnu Malik dari Nabi SAW ia bersabda:
"Barangsiapa lupa akan solat, maka hendaklah ia solat apabila ia ingat akan dia. Tiada kafarah baginya melainkan yang demikian itu.

Keterangan:
Barangsiapa lupa akan sesuatu solat, maka hendaklah ia solat apabila ia ingat akan solat itu dengan segera pula jika yang terlupa itu solat fardhu kerana tiada kafarah bagi solat yang terlupa itu melainkan dengan qada'nya solat itu.

(Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah - hadith pilihan dari kitab sahih Imam Al Bukhari)
Terbitan Dewan Pustaka Fajar

Kekayaan Yang Melimpah-limpah


Pembahagian Air

Air Mutlak - Iaitu air yang belum digunakan untuk mengangkat hadas atau menyucikan najis

Air Mustakmal - iaitu air yang telah digunakan untuk mengangkat hadas seperti mengambil air sembahyang atau mandi wajib dan tidak cukup 2 qulah

Air Mutanajjis - Iaitu air yang terkena benda-benda najis

Air Mutaghayir - iaitu air yang berubah dengan sebab bercampur dengan benda-benda suci seperti nila, dakwat dan sebagainya. Demikian juga air muqaiyid, air buahan.

Air Musyammasy - Air yang terjemur dalam bekas yang boleh berkarat - Air ini menyucikan, tetapi makruh digunakan pada badan

Kemana Perginya Air Mandian Jenazah Rasulullah SAW


Kisah Yang Sangat Mengagumkan Berkenaan Syeikh Mutawalli Sya'rawi Rahimahullah

Pada masa dahulu, suatu muktamar Islami yang menghimpunkan para ulama' muslimin telah dijalankan dalam tempoh selama seminggu. Syeikh Sya'rawi adalah di antara tokoh ulama' Mesir yang dijemput untuk meghadiri muktamar tersebut.

Pada hari pertama muktamar, Syeikh Sya'rawi telah melihat pada diri pengerusi muktamar tersebut yang juga merupakan seorang ulama' suatu perubahan besar dari segi keilmuannya dan makrifah yang tidak ada pada masa-masa sebelumnya. Lalu, syeikh bangun menuju ke podium dan berkata, "Aku akan mengajukan suatu soalan kepada kamu dan aku inginkan jawapannya. Soalannya ialah : Ke manakah perginya air mandian jasad Rasulullah SAW?". Iaitu yang dimaksudkan beliau ialah air yang digunakan ketika dimandikan jenazah Baginda SAW.

Akan tetapi apabila soalan itu diajukan, tidak ada sesiapa yang menjawabnya. Semua orang senyap dan berdiam diri kerana tidak tahu akan jawapannya. Pengerusi muktamar itu juga merasa sangat terkejut dengan soalan tersebut dan mengatakan dalam dirinya, "Bagaimana aku tidak mengetahui akan jawapan soalan ini?". Lalu beliau mengambil jalan keluar daripada persoalan ini dengan mengatakan, "Berikan kami peluang masa, kami akan jawab soalan kamu pada pertemuan esok insyaAllah".

Maka beliau pun pulang ke rumahnya dan tidak melakukan apa-apa selain daripada terus memasuki perpustakaan khasnya untuk mencari, meneliti dan membelek kitab-kitab bagi mencari jawapan kepada persoalan itu. Beliau telah menghabiskan masa yang lama dalam pencariannya, hingga diselubungi keletihan dan akhirnya terlelap tidur di atas kitab yang dibacanya.

Ketikamana ulama' itu tidur, Rasulullah SAW telah datang bertemunya dalam mimpi dan bersama baginda seorang lelaki yang memegang sebuah lampu pelita. Maka dengan segera beliau menuju kepada Rasulullah SAW dan bertanya, "Ya Rasulullah, ke manakah perginya air mandian jasadmu?". Lalu Baginda SAW mengisyaratkan kepada lelaki pemegang lampu pelita yang berada di sisinya (supaya menjawab soalan itu). Kemudian lelaki itu pun menjawab, "Air mandian Rasulullah SAW menyejat naik ke langit dan kemudian turun ke bumi dalam bentuk hujan. Setiap titisannya yang jatuh ke bumi, dibina di tempat itu masjid".
Maka, terjagalah beliau daripada tidurnya dalam keadaan yang sangat gembira kerana telah mengetahui jawapan kepada persoalan tersebut.

Keesokkan harinya, pengerusi muktamar itu hadir untuk hari kedua dan menunggu persoalan yang telah dilontarkan oleh Syeikh Sya'rawi untuk diutarakan semula. Akan tetapi syeikh tidak bertanya. Di hujung muktamar pada hari kedua, akhirnya beliau bangun dan berkata kepada syeikh Sya'rawi, "Kelmarin kamu telah bertanyakan satu soalan. Adakah kamu ingin mengetahui jawapannya?".
Syeikh berkata : "Adakah kamu mengetahui jawapannya?".
Beliau menjawab : "Ya".
Syeikh bertanya : "Maka ke manakah perginya air mandian Rasulullah SAW?".
Beliau menjawab : "Air mandian Rasulullah SAW menyejat naik ke langit dan kemudian turun ke bumi dalam bentuk hujan. Setiap titisannya yang jatuh ke bumi, dibina di tempat itu masjid".
Syeikh bertanya lagi : "Bagaimana kamu mengetahuinya?".
Beliau menjawab : "Rasulullah SAW telah datang kepadaku dalam mimpi (memberitahukan jawapannya)".
Syeikh berkata : "Bahkan seorang lelaki yang memegang lampu pelita yang menjawab kepada kamu".

Maka ulama' itu terus merasa terperanjat dan terpegun, lalu bertanya, "Bagaimana kamu mengetahui perkara itu?".
Lalu Syeikh Sya'rawi menjawab bahawa beliaulah lelaki yang memegang lampu pelita yang berada di sisi Rasulullah SAW dalam mimpi ulama' itu.
Peristiwa ini telah memberikan kesan yang cukup mendalam kepada para hadirin dalam muktamar tersebut dan memeranjatkan semua orang. Hal ini menunjukkan kedudukan maqam yang tinggi beliau di sisi Allah Taala dan RasulNya.

~kisah ini diceritakan sendiri oleh ulama' yang menjadi pengerusi muktamar itu.

Fadhilat Bersedekah

Dari Amru bin Auf RA katanya Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya)."

7 Maqam Amalan & Niat Seseorang

Tujuh maqam ilmu dinilai dari niatnya:

Imam Abdullah bin al Mubarak r.a telah meriwayatkan dalam kitab Al Zuhd dengan sanad beliau daripada Khalid bin Maadan yang berkata kepada Muaz r.a:
Wahai Muaz r.a! Kisahkanlah kepadaku satu hadis yang pernah engkau dengar daripada Rasulullah saw.
Khalid bin Maadan bercerita: “Muaz r.a menangis sehingga aku sangka tidak akan berhenti kerana lamanya…tetapi akhirnya Muaz r.a berhenti juga daripada tangisannya… kemudian Muaz r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah saw pernah bersabda kepadaku”:
Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Muaz! Sebenarnya aku mahu berpesan kepada kamu jikalau engkau mampu memeliharanya pasti ia akan memberi manfaat kepada engkau di sisi Allah tetapi jika engkau mensia-siakannya dan tidak memeliharanya maka akan terputuslah hujjahmu di hadapan Allah pada hari kiamat nanti.
Wahai Muaz! Sesungguhnya Allah SWT telah menjadikan tujuh orang malaikat sebelum ia menciptakan langit dan bumi. Kemudian ditentukanNya pada setiap langit satu malaikat untuk menjaga pintunya.

1. Lalu naiklah malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba yang dilakukannya mulai dari pagi sampai ke petang. Pada amalan tersebut terdapat Nur bagaikan cahaya matahari, sehingga menyangka bahawa amalan itu amat bagus. Apabila sampai ke langit yang pertama. Malaikat penjaga langit pertama itu berkata kepada Hafazhah:
“Pukulkan amalan ini ke muka orang yang mengerjakannya. Akulah malaikat penjaga ghibah (mengumpat). Allah telah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang yang mengumpat orang lain itu dapat melalui pintu langit jagaan ku untuk terus naik ke langit kedua.”

2. Kemudian malaikat Hafazhah membawa pula amalan seseorang hamba, kali ini berjaya melepasi langit pertama. Ia menyangka amalan itu sangat baik (Lantaran berjaya melintasi langit yang pertama, kerana pengamalnya tidak mengumpat orang). Namun apabila sampai ke pintu langit kedua malaikat penjaga pintu itu berkata:
“Berhenti kamu di situ hai hafazah, pukulkan amalan ini ke muka orang yang mengerjakannya kerana ia mengharapkan keuntungan dunia dari amalan ini. Allah telah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang seperti ini melintasi aku untuk terus naik ke langit ketiga. Selain daripada itu ia juga suka disanjung dan dirai di dalam majlis orang ramai. Akulah juga malaikat penjaga kebesaran.”

3. Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba yang penuh sinaran dan cahaya daripada pahala sedekah, sembahyang dan puasa. Malaikat Hafazhah merasa kagum melihat keindahan amalan tersebut lalu ia membawa amalan itu (melintasi langit yang pertama dan kedua dengan mudah). Namun apabila sampai ke pintu langit ketiga ia ditahan oleh malaikat penjaga langit ketiga itu:
“Berhenti kamu di sini dan pukulkan amalan ini ke muka orang yang mengerjakannya. Akulah malaikat takbur dan sombong. Allah memerintahkan aku supaya tidak membenarkan amalan orang yang takbur dan sombong dapat melintasiku.”

4. Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba. Amalan itu bersinar-sinar seperti bintang yang bergemerlapan. Baginya suara tasbih bersatu dengan pahala sembahyang, puasa, haji dan umrah. Para malaikat Hafazhah berjaya membawa amalan itu sehingga sampai ke pintu langit yang keempat. Namun berkata malaikat penjaga langit keempat itu:
“Berhenti kamu di sini dan pukulkan amalan ini ke muka, belakang dan perut orang yang mengerjakannya. Akulah malaikat ujub. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang ujub dapat melintasiku. Ia beramal adalah dengan dorongan perasaan ujub, yakni sangat bangga terhadap dirinya sendiri.”

5. Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba sehingga mereka berjaya sampai ke pintu langit yang kelima seolah-olah amalan itu pengantin cantik berseri yang dihantar penuh keraian ke rumah suaminya lalu berkata malaikat penjaga langit yang kelima:
“Berhenti kamu dan pukulkan amalan ini ke muka orang yang mengerjakannya dan campakkanlah di atas tengkoknya. Akulah malaikat hasad. Sesungguhnya orang itu sangat hasad dengki kepada orang yang belajar ilmu dan beramal yang menyamai taraf amalannya. Ia hasad dan mencela jika ada orang lain yang beramal lebih dari amalannya. Allah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang yang hasad ini melintasi pintu langit kelima jagaan aku ini.”

6. Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba. Baginya cahaya seperti bulan purnama sarat dengan pahala sembahyang, zakat, umrah puasa dan jihad fi sabillillah. Malaikat Hafazhah berjaya membawa amalannya sehingga melepasi pintu langit ke enam. Namun berkata pula malaikat penjaga pintu langit ke enam:
“Berhenti kamu dan pukulkan amalan ini ke muka orang yang mengerjakannya kerana ia tidak belas kasihan kepada hamba-hamba Allah yang dalam kesusahan ditimpa mala petaka bahkan ia masih mampu bersuka ria. Akulah malaikat rahmat. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang tidak peduli akan nasib umat Islam yang lain dapat melintasi aku.”

7. Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba. Amalan itu penuh dengan pahala sembahyang, puasa, nafkah, jihad dan warak. Ianya berbunyi seperti lebah dan baginya cahaya seperti cahaya matahari dan diiringi oleh tiga ribu orang malaikat. Mereka telah berjaya membawanya sehingga sampai ke pintu langit ketujuh maka berkata malaikat penjaga pintu langit tersebut:
“Berhentilah kamu dan pukulkan dengan amalan ini ke muka orang yang mengerjakannya bahkan pukulkan pula akan seluruh anggota badannya dan tutupkan ke atas hatinya. Akulah malaikat penjaga zikir. Tahukah kamu orang ini beramal dengan mengharap disebut dan dipuji orang. Aku akan menghalang amalan orang yang riak dan sukakan puji-pujian dari sampai kepada Tuhanku. Ia beramal bukan kerana mencari keredhaan Allah tetapi hanya bertujuan supaya mendapat tempat yang tinggi di hati para fukaha dan supaya disebut di kalangan para ulama dan supaya masyhur namanya di merata tempat. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang riak itu melintasi aku, kerana setiap amalan yang tidak ikhlas adalah riak dan Allah tidak akan menerima amalan orang yang riak.”

8. Kemudian naik pula malaikat Hafazhah dengan amalan seseorang hamba. Amalan itu berupa sembahyang, zakat, puasa, haji, umrah, akhlak mulia, banyak berdiam (daripada perkara yang tidak berguna) dan banyak berzikir. Amalan hamba ini diusung oleh para malaikat penjaga tujuh petala langit sehingga mereka melintasi segala halangan dan sampai kepada Allah. Para malaikat itu berhenti di hadapan Allah dan bersaksi dengan keikhlasan dan kebaikan amalan tersebut lalu Allah berfirman kepada para malaikatnya;
“Kamu adalah yang bertugas menjaga amalan hambaKu ini dan sebenarnya Aku lebih mengetahui segala isi hatinya. Ia sebenarnya tidak menghendaki akan Aku dengan amalannya itu. Ia hanya mengharapkan sesuatu ganjaran daripadaKu. Aku turunkan ke atasnya akan laknatKu.”
Lalu para malaikat tadi berkata:
“Ke atasnya laknatMu dan juga laknat kami.” Lalu melaknat akan dia oleh tujuh petala langit dan seisinya.
Mendengar sabda Rasulullah saw ini lalu Muaz r.a menangis seraya berkata: “Engkau adalah Rasulullah saw sedangkan aku adalah Muaz r.a (hamba Allah yang bukan Rasul). Maka bagaimana aku dapat selamat dan sejahtera. Lalu Rasulullah saw bersabda:
“Hendaklah engkau ikuti aku walaupun hanya dengan sedikit amalan. Wahai Muaz jaga lidahmu baik-baik daripada mencela saudaramu yang membaca Al Quran (Golongan Ulama) dan pertanggungkanlah segala dosamu ke atasmu dan jangan engkau mempertanggungkan dosamu ke atas orang lain dan jangan engkau menganggap dirimu bersih dan jangan pula engkau mencela orang lain dan jangan engkau memuji dirimu dihadapan orang. Dan jangan engkau campur adukkan urusan dunia di dalam urusan akhirat. Dan jangan engkau menyombong diri di dalam majlis nanti orang ramai akan takut kepadamu kerana kejahatanmu dan jangan engkau berbisik kepada seseorang sedangkan seorang lagi ada di sisimu. Jangan engkau membesarkan dirimu maka akan terputus daripadamu segala kebaikan di dunia dan di akhirat. Dan jangan engkau carikkan (pecah belah) akan manusia maka mencarik akan dikau oleh anjing2 api nereka pada hari kiamat nanti. Allah telah berfirman:
Maksudnya: Demi yang mencarik akan dicarikkan. (QS: Al Nazi’at: 2)
Apakah engkau ketahui wahai Muaz r.a siapakah mereka yang mencarik-carik itu?
Muaz r.a bertanya: “Ya Rasulullah saw, sebenarnya siapa mereka?”
Lalu Nabi saw menjawab: “Itulah anjing-anjing garang di dalam api neraka yang akan mencarikkan daging sehingga sampai ke tulang.”
Muaz r.a bertanya: “Ya Rasulullah saw siapakah orang yang mampu melaksanakan segala perkara yang engkau sebutkan tadi? Dan siapakah yang akan selamat daripada seksaan itu?”
Nabi saw menjawab: “Itu sebenarnya mudah bagi orang yang dimudahkan oleh Allah”.
Kemudian lalu Khalid bin Maadan berkata: “Maka aku tidak pernah melihat seseorang yang banyak membaca Al Quranul Karim lebih daripada Muaz r.a kerana beliau faham terhadap hadis yang besar ini.”

Renungkan baik-baik perkara yang terkandung di dalam hadis ini wahai orang yang menuntut ilmu pengetahuan. Timbangkanlah baik-baik, yang mana yang lebih penting dan yang mana lebih baik? Pastikah anda belajar ilmu yang akan menjadikan anda lebih berhati-hati? Berhati-hati daripada segala perkara yang akan membinasakan kalian kemudian hari! Hendaklah kalian sibuk dengan memperbaiki hatimu dan membangun akhiratmu. Janganlah anda bergaul dengan orang yang bercakap kosong, berangan-angan panjang tentang dunia, takabur, riak, hasad-dengki, ujub sehingga akhirnya anda turut binasa bersama dengan orang-orang yang binasa. Dan ketahuilah olehmu bahawa tiga perkara ini (hasad, riak dan ujub) ialah punca kepada segala penyakit hati dan baginya tempat tumbuh “hubbud dun-ya” (yakni cinta akan dunia dan takut akan kematian)

http://www.amalsogeh.com/


http://www.facebook.com/mohamadfariduddin

3 Kafarat, 3 Darjat, 3 Penyelamat dan 3 Muhlikat

Anas bin Malik r.a menuturkan, bahwa Baginda Rasulullah SAW pernah bersabda:
Ada tiga kafarat, tiga derajat, tiga penyelamat dan tiga muhlikat. 

3 KAFARAT (penebus dosa) adalah: 
-menyempurnakan wudhu pada saat cuaca amat dingin
-menunggu waktu-waktu shalat 
-dan melangkahkan kaki ke masjid untuk shalat berjamaah. 

3 DARJAT adalah: 
-memberi makan (orang lemah dan lapar),
-menebarkan salam
-dan mendirikan shalat malam saat kebanyakan manusia tidur terlelap.

3 PENYELAMAT (munjiyat) adalah:
-berlaku adil dalam keadaan marah ataupun ridha,
-bersikap wajar dalam keadaan kaya ataupun fakir
-serta takut kepada Allah SWT dalam keadaan sepi maupun ramai.

3 MUHLIKAT (penghancur) adalah:
-sifat kikir yang ditaati,
-hawa nafsu yang diikuti
-dan takjub terhadap diri sendiri 


http://www.facebook.com/mohamadfariduddin

Amalan Pembuka Rezeki


10 Surah Menjamin Kebahagiaan Di dunia & Akhirat


  1. Al-Fatihah - menghalang kemurkaan Allah SWT.
  2. Yassin - mencegah daripada dahaga di Akhirat.
  3. Ad-Dhukhan - mencegah daripada dugaan di Akhirat.
  4. Al-Waqiah - mencegah daripada kepapaan.
  5. Al-Mulk - mencegah daripada seksaan kubur.
  6. Al-Kauthar - mencegah daripada perbalahan.
  7. Al-Kafirun - mencegah daripada kufur semasa meninggal dunia.
  8. Al-Ikhlas - mencegah daripada bersifat munafiq.
  9. Al-Falaq - mencegah daripada bersifat hasad dengki.
  10. An-Nas - mencegah daripada bersifat was-was.