Pages

Pusingan Lawan Jam (anti clock wise)

KENAPA ARAH PUTARAN LAWAN JAM ADALAH ARAH YANG SEBENAR-BENARNYA MENGIKUT FITRAH KEJADIAN ?

Sila renungkan pergerakan jarum jam anda. Siapakah selama ini 'Master-mind' yang merencanakan sesuatu itu bergerak songsang / terbalik dari Fitrah semulajadi yang telah ditetapkan Allah ? Umat manusia diakhir zaman telah pun diberi amaran oleh nabi dan rasul terdahulu. Tidak lain dan tidak bukan yang mencaturkan segalanya adalah dari si mata satu. Dialah yang merancang jam yang anda pakai hari ini bergerak KE ARAH KIRI kerana bayang-bayangnya untuk muncul semakin hampir. Segala jaringannya telahpun ada di depan mata anda kini untuk perlaksanaan fasa terakhirnya.

Hijrah Putaran Tawaf
“Dan dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas).” (Al-Anbiya, 21:33)

Ayat Al-Quran di atas menerangkan kepada kita secara saintifik berkenaan dengan sistem yang berada di angkasa lepas yang mana semuanya bergerak di atas orbit dan landasan masing-masing. Semua planet, bulan dan bintang tidak akan berlanggar di antara satu sama lain selagi mana Allah mengkehendakinya tetap di situ dan semua pergerakan ini adalah pergerakan Sunnatullah atau pergerakan fitrah. Bumi beredar mengelilingi matahari selama setahun pada satu arah, bulan beredar mengelilingi bumi selama satu bulan pada satu arah dan semua planet yang berada di angkasa mengelilingi matahari dalam satu arah pusingan yang dikenali sebagai pusingan Tawaf atau anticlockwise.

Hijra Arah Tawaf
Bumi mengelilingi matahari pada arah Tawaf, bumi sendiri berputar pada paksinya pada arah Tawaf, bulan megelilingi bumi pada arah Tawaf, semua planet dan bintang yang berada di dalam sistem solar sebenarnya juga mengelilingi galaksi pada arah Tawaf. Masing-masing beredar di atas paksi dan orbitnya pada arah Tawaf dan pergerakan ini menjadi hukum (cosmic law) kepada pergerakan alam semesta (Sunnatullah/Fitrah).

Hijra Arah Tawaf
Sebenarnya hukum pergerakan alam semesta atau hukum pusingan Tawaf ini bukan sahaja melibatkan objek di angkasa lepas malah ia juga melibatkan ciptaan Allah yang hanya sekecil zarah atom dan hanya mampu dilihat di bawah mikroskop. Elektron di dalam atom berpusing di atas paksinya sendiri kemudian berpusing mengelilingi nucleus atom pada arah Tawaf. Benda-benda yang konkrit, cair dan bergas juga terbina daripada jutaan gabungan zarah atom dan ini bermakna hukum pusingan Tawaf di aplikasikan hampir kepada semua benda yang ada di alam semesta ini; planet-planet, tumbuh-tumbuhan, bulan-bulan yang berada pada setiap planet, binatang, tanah, air dan sebagainyanya. Kerusi yang kita duduk dan tetikus komputer yang kita pegang juga mengandungi zarah-zarah atom.

Hal ini tidak terkecuali juga dengan sel tubuh badan kita kerana tubuh badan manusia itu sendiri terdiri daripada banyak sel. Sitoplasma (cytoplasm) yang berada di dalam sel, beredar mengelilingi nucleus pada arah Tawaf (Anticlockwise/Counterclockwise) juga.

Hijra Arah Tawaf Hijra Arah Tawaf
Tumbuhan-tumbuhan jenis yang menjalar juga sekiranya kita perhatikan memanjat pada arah Tawaf atau anticlockwise. Perhatikan juga kulit siput pun mempunyai corak mengikut arah Tawaf. Begitulah ciptaan Allah S.W.T daripada yang sekecil-kecil atom sehinggalah kepada yang sebesar-besar matahari masing-masing melakukan pusingan pada arah TAWAF. Masing-masing dengan rendah dirinya mengikut pusingan apa yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T tetapi kenapa kita manusia yang mampu berfikir tidak pernah merenungkannya. Semua ciptaan Allah S.W.T melakukan pusingan mengikut arah TAWAF dan pasti mempunyai hikmahnya tersendiri tetapi kita dengan ego sekali mencipta dan memakai jam yang bertentangan dengan Sunnatullah/Fitrah alam.

Hijra Arah Tawaf
"Allah mencipta langit dan bumi Dengan cara Yang layak dan berhikmat; Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi satu tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi orang-orang Yang beriman." (Al-Ankabut, 29:44)

Hijra Arah Tawaf
Apabila melakukan tawaf di kaabah, bahu kiri akan sentiasa dikiri dan hati akan menjadi lebih dekat dengan kaabah berbanding pada pusingan clockwise. Kita tawaf seiring dengan pergerakan semua benda yang ada di alam semesta; planet, bulan, matahari, sel-sel, atom dan darah dalam tubuh badan sekaligus menjadikan kita lebih tenang selepas daripada itu. Pusingan Tawaf di kaabah yang berlaku sejak berkurun-kurun lamanya sebenarnya sekira dikaji secara saintifik menghasilkan satu gelombang elektromagnetik yang menuju ke atas. Prinsip yang digunakan adalah sama seperti prinsip di dalam kelas sains fizik iaitu prinsip tangan kanan.

Mengikut prinsip tangan kanan, medan magnetik ini secara tidak langsung mampu menghasilkan tenaga yang menuju ke atas. Kemungkinan besar daya tenaga inilah yang menyebabkan doa seseorang di Masjidil Haram mudah dimakbulkan kerana hasil daripada pusingan tawaf yang kerap disana sejak berkurun lamanya menghasilkan satu gelombang tenaga atau gelombang doa yang menuju ke atas.

  Hijra Arah Tawaf
Mengikut sunnah Rasulullah SAW, baginda akan mengacau minuman dan mengacau makanan yang dimasak dengan putaran arah lawan jam. Setiap sunnah yang diajarkan kepada kita memang mempunyai kelebihan dan mempunyai sebab yang tersirat. Mungkin kita bertanya dalam diri kita, mengapa begini dan mengapa bukan begitu ?

Apakah Kesimpulan ?
Putaran ke kanan menghasilkan medan tenaga. Sebenarnya Allah telah mencipta pergerakan ini untuk menghasilkan tenaga yang sekaligus untuk menampung dan menjadi keseimbangan dunia ini. Dari sekecil-kecil sehinga sebesar-besar objek memerlukan putaran ini supaya semuanya dalam keadaan yang seimbang.
Selain itu marilah kita cuba mengamalkan sunnah Rasulullah dengan sebaik-baiknya. Belajar membiasakan diri kita dengan mengacau minuman dan memasak dengan putaran arah lawan jam. Semoga ibadah mengacau juga kita boleh amalkan dengan ilmu disamping mendapat manfaat untuk diri kita.

Subhanallah... Muka surat setiap juzuk dalam Al Quran

Cari Muka Surat

Bismillahirrahmanirrahim.  Nak kongsikan ngan kawan-kawan semua. Tips menarik untuk kita. Hebatnya Kuasa Allah. Bila dah jumpa, tiada apa yang keluar dari mulut saya ni melainkan hanya perkataan. SUBHANALLAH..
Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kepada kita semua umatnya. Ada 2 benda yang Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah.
Pahala paling senang nak dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al-Quran adalah kalam Allah bukan diciptakan manusia.
Tip yang nak kongsikan ni adalah cara untuk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat mengetahui muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Contoh 1Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8. Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82 Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18. Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzuk 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, sungguh menakjubkan.

Mukjizat Air Zam Zam

Punca Air
Selama ini kita mengenal telaga Zamzam dari buku-buku agama. Namun sebenarnya ada penjelasan ilmiah secara saintifik disebaliknya. Cabang ilmu geologi dalam mempelajari tentang air adalah hydrogeologi.
Bermula dengan kisah Isteri Nabi Ibrahim, Siti Hajar yang mencari air untuk anaknya, sumur (punca air) ini kemudiannya tidak mempunyai ceritanya lagi sehinggakan sumur ini dikhabarkan hilang.
Sumur Zam-zam yang kita lihat sekarang ini adalah sumur yang digali oleh Abdul Muthalib iaitu datuk kepada Nabi Muhammad. Sumur Zam-zam ini dikategorikan sebagai sumur yang digali (Dug Water Well).

Dimensi Sumur Zam-zam

Bentuk sumur Zam-zam

Sumur ini memiliki kedalaman sekitar 30.5 meter. Pada kedalaman 13.5 meter ketas, sumur ini menembusi lapisan alluvium Wadi Ibrahim. Lapisan ini merupakan lapisan pasir yang sangat berliang. Lapisan ini mengandungi batu berpasir hasil transportasi dari tempat lain. Mungkin dahulu mempunyai lembah yang dialiri sungai, tetapi sudah kering pada zaman sekarang. Atau mungkin tempat tersebut merupakan satu dataran rendah hasil runtuhan atau pengumpulan hasil pelapukan batuan yang lebih tinggi topografinya.
Mata air zamzam
Dibawah lapisan alluvium Wadi Ibrahim ini terdapat setengah meter (0.5 m) lapisan yang telap air (permeable). Lapisan yang telap air inilah yang merupakan tempat utama keluarnya air-air di sumur Zam-zam.

Sejarah
Dalam kedalaman 17 meter ke bawah, sumur ini menembus lapisan batuan keras yang berupa batuan beku diorit. Batuan beku jenis ini (Diorit) memang agak jarang dijumpai di sini, tetapi sangat banyak dijumpai di Semenanjung Arab. Pada bahagian atas batuan ini dijumpai rekahan-rekahan yang juga memiliki kandungan air.

Dari ujikaji pengepaman sumur ini mampu mengalirkan air sebesar 11 - 18.5 liter/saat, 660 liter/minit atau 40 000 liter/jam. Ini menunjukkan celah-celah atau rekahan ini mengeluarkan air yang cukup banyak. Ada celah (rekahan) yang memanjang kearah hajar Aswad dengan kepangjangan 75 cm dan ketinggian 30 cm. Ada juga beberapa rekahan kecil memanjang ke arah Shaffa dan Marwa. Kajian juga menemui terdapat celah sumur dibawah tempat Thawaf.

Air hujan sebagai sumber berkah

Kota Makkah terletak di tengah-tengah lembah. Menurut SGS (Saudi Geological Survey), luas lembah yang membekalkan air ini adalah seluas 60 Km2 sahaja dan ini tidaklah terlalu luas untuk dijadikan sebagai tempat penadah air hujan
Zam2
Sumur ini secara hydrologi hanyalah sumur biasa dan memerlukan perawatan dan penjagaan. Perawatan sumur ini termasuk menjaga kualiti kebersihan air dan bekalan air supaya dapat memenuhi keperluan para jamaah haji di Makkah. 
Zam3
Zam4
Gambar diatas menunjukkan lokasi sumur Zamzam yang terletak ditengah lembah yang memanjang. Masjidil haram berada di bahagian tengah diantara bukit-bukit disekitarnya. Luas kawasan takungan yang hanya 60 Km persegi ini tentunya cukup kecil untuk memerangkap air hujan yang sangat jarang berlaku di Makkah, sehingga memerlukan pengawasan dan pemeliharaan yang sangat teliti dan rapi.

Zam4
Sumur Zamzam ini hanyalah seperti sumur yang biasa. Tidak terlalu istimewa dibanding sumur-sumur gali lain secara teologinya. Namun kerana sumur ini mempunyai makna dalam agama, maka ianya perlu dijaga. Banyak yang menaruh harapan pada air sumur ini kerana sumur ini dipercayai membawa berkah. Ada yang menyatakan sumur ini juga boleh kering kalau tidak dijaga. Terdapat kisah yang menyatakan sumur ini dijumpai kembali oleh Abdul Muthalib (datuk Nabi Muhammad SAW) setelah hilang selama 4000 tahun.

Dahulu diatas sumur ini terdapat sebuah bangunan dengan keluasan 8.3m x 10.7m = 88.8m2. Antara tahun 1381-1388 H bangunan ini dirobohkan untuk memperluas tempat tawaf. Tempat untuk meminum air zamzam dipindahkan ke ruang bawah tanah. Dibawah tanah ini disediakan tempat minum air zam-zam dengan sejumlah 350 paip air disediakan (220 paip untuk laki-laki dan 130 paip untuk perempuan). Ruang masuk lelaki dan perempuan dipisahkan.

Sekarang bangunan diatas sumur Zam-Zam itu sudah tidak ada lagi, bahkan tempat masuk ke ruang bawah tanah ini pun sudah ditutup. Ruang untuk melakukan ibadah Tawaf menjadi lebih luas. Tetapi kita masih dapat melihat tanda dimana sumur itu berada. Sumur itu terletak kira-kira 20 meter di sebelah timur Ka’bah.

Pemantauan Dan Pemeliharaan Sumur Zamzam

Jumlah jamaah ke Makkah tiga puluh tahun lalu hanya sekitar 400,000 orang dalam setahun. Angka ini terus meningkat menjadi lebih dari sejuta jamaah setahun pada tahun 1990-an. Dan sekarang ini sudah lebih dari 2.2 juta. Pemeliharaan sumur ini amatlah perlu jika dilihat dengan peningkatan jemaah yang mendadak.

Pemerintah Saudi tentunya tidak dapat berdiam diri dan pasrah membiarkan sumur ini dipelihara oleh Allah melalui proses alamiah. Namun pemerintah Arab Saudi yang sudah maju sekarang ini secara ilmiah dan saintifik membentuk sebuah badan khusus yang mengurus sumur Zamzam ini. Kita seharusnya bukan sekadar percaya 100% dengan menyerahkan kepada Allah sebagai penjaga, namun kita mesti yakin manusia juga perlu memelihara berkah sumur ini.

Pada tahun 1971, kajian hidrologi oleh seorang ahli hidrologi dari Pakistan bernama Tariq Hussain and Moin Uddin Ahmed. Kajian ini dibuat setelah seorang doktor di Mesir yang menyatakan air Zamzam tercemar oleh air sisa kumbahan dan berbahaya untuk diminum. Tariq Hussain ragu terhadap spekulasi adanya rekahan panjang yang menghubungkan laut merah dengan Sumur Zam-zam, kerana Makkah terletak 75 Kilometer dari pesisir pantai. Sebagai langkah berhati-hati, pemerintah Arab Saudi telah memodenkan Sumur Zamzam supaya terjamin kebersihannya.

Badan penyelidikan sumur Zamzam yang berada dibawah SGS (Saudi Geological Survey) bertugas untuk:

    Memantau dan memelihara sumur supaya tidak kering.
    Menjaga urban disekitar Wadi Ibrahim kerana mempengaruhi kandungan air.
    Mengatur saliran air dari kawasan takungan air (recharge area).
    Memelihara pergerakan air tanah dan juga menjaga kualitinya
    Menaik tarafkan pam dan dan tangki-tangki penadah.
    Mengoptimumkan bekalan air Zam-zam

Perkembangan Perawatan Telaga Zamzam

Pada zaman dulu, zam zam diambil dengan gayung atau timba. Selepas itu dibina pam air pada tahun 1373 H/1953 M. Pam ini menyalurkan air dari sumur ke tempat takungan air.

Ujian pam (pumping test) telah dilakukan pada sumur ini, pada pengepaman 8000 liter/saat selama lebih dari 24 jam memperlihatkan permukaan air sumur dari 3.23 meters dibawah permukaan menjadi 12.72 meters dan kemudian hingga 13.39 meters. Setelah itu pengepaman dihentikan dan permukaan air ini kembali ke 3.9 meters dibawah permukaan sumur hanya dalam tempoh 11 minit setelah pam dihentikan.

Banyak projek yang telah dijalankan oleh pemerintah Saudi untuk memelihara sumur ini seperti membentuk badan khusus pada tahun 1415 H (1994). Sekarang ini telah dibangunkan saluran untuk menyalurkan air Zam-zam ke tangki pengepaman yang berkapasiti 15,000 m3, bersambung dengan tangki lain di bahagian atas Masjidil Haram untuk kegunaan para jemaah. Selain itu air Zam-zam juga dibawa ke tempat-tempat lain menggunakan lori tangki diantaranya ke Masjidil Nabawi di Madinah Al-Munawarrah.

Sekarang, sumur ini dilengkapi dengan pam elektrik yang tertanam dibawah (electric submersible pump).


Kandungan Mineral

Tidak seperti air mineral yang lain, air Zam zam in amat unik dengan unsurnya mengandungi elemen-elemen semulajadi sebanyak 2000 mg perliter berbanding dengan air mineral semulajadi yang mengandungi elemen semulajadi tidak lebih dari 260 mg per liter. Elemen-elemen yang terkandng di dalam air Zam zam seperti:
Positif ion seperti sodium (250 mg per litre), calcium (200 mg per litre), potassium (20 mg per litre), dan magnesium (50 mg per litre).
Negatif ion seperti sulphur (372 mg per litre), bicarbonates (366 mg per litre), nitrat (273 mg per litre), phosphat (0.25 mg per litre) and ammonia (6 mg per litre).

Molekul Air Zam Zam

Kandungan elemen-elemen kimia inilah yang menjadikan rasa air Zamzam sangat berlainan dari air mineral yang lain dan dapat memberikan khasiat dan tenaga kepada manusia. Air yang dibekalkan kepada jemaah disekitar Masjidil Haram dan Masjid Nabawi merupakan air yang sudah diproses sehingga terasa lazat dan segar diminum. Ada juga yang telah disejukkan dan dipanaskan. Namun prosesnya higienisasi ini tidak menggunakan proses yang dapat mengubah rasa dan kandungan air ini. 

Rahsia Wudhu

Rahsia Perlu Wudhu
Syarat mendirikan solat ialah mengambil wudhuk .Tentu tidak sah jika kita mengerjakan solat lima waktu tetapi meninggalkan wudhu’. Pernahkah kita terfikir dengan perintah Allah SWT dengan perbuatan yang nampak remeh ini. Kenapa tidak?? Kenapa tangan bersama dengan air menyentuh anggota-anggota tubuh. Kenapa wajah yang dibasuh? Kenapa mesti telinga? Banyak rahsia dalam kandungan wudhu’ yang hanya Allah Maha Mengetahui namun antara rahsia wudhu’ yang dapat diungkapkan ialah:
Setiap perintah Allah SWT tentu memiliki hikmah kebaikan disebaliknya. Lima pancaindera kenapa semua tanpa terkecuali disapu oleh air wudhu’. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa. Pakar saraf / neurologist pun telah membuktikan dengan air wudhu’ yang menyejukkan hujung-hujung urat syaraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran.Anda tentu pernah mendengar akupunktur kan? Cuba cari tahu dimana saja letak titik-titik sensitif yang sering digunakan dalam ilmu akupunktur? Lalu kemudian amati rukun wudhu’. InsyaAllah kita akan menemui persamaan antara keduanya.
Pada anggota badan yang terkena semasa berwudhu’ terdapat ratusan titik akupunktur yang merupakan titik penerima ransangan terhadap sentuhan berupa basuhan, gosokan, usapan, dan tekanan/urutan ketika melakukan wudhu’. Sentuhan tersebut akan dihantarkan ibarat signal ke sel, jaringan, organ dan sistem organ yang bersifat terapi. Ini terjadi kerana adanya sistem komunikasi iaitu sistem syaraf dan hormon bekerja untuk mengadakan homeostasis (keseimbangan). Titik-titik akupunktur, suatu fenomena yang menarik bila dibandingkan dengan syariat wudhu yang disyari’atkan 15 abad yang lalu.
Jumlah Titik Akupunktur Pada Anggota Wudhu’ (rukun dan sunat):
  • Muka 84
  • Tangan 95
  • Kepala 64
  • Telinga 125
  • Kaki 125
Jumlah keseluruhan = 493!
Ternyata terdapat 493 titik penerima ransangan pada anggota wudhu’!! Subhanallah!!  Bayangkan jika kita melakukan itu setiap hari paling sedikit 5 kali sehari…Kita tidak harus memandang ringan semasa menjalani wudhu. Mengapa? Cuba ingat semasa kita membasuh tapak kaki & tangan…apakah celah-celah jari sering kita abaikan? Ternyata ada fakta menarik yang ingin saya kongsikan: Dari ilmu ahli akupuntur, di celah-celah jari terdapat 16 titik akupunktur yang mana titik-titik tersebut apabila dirangsang yang istmewa yang dapat mengubati migrain, sakit gigi, tangan-lengan merah, bengkak, dan jari kaku.
Titik Akupunktur Telinga
Berkenaan telinga pula, walau pun ia adalah amalan sunat, ia mengandungi 30 titik ransangan! Maka, semasa menyapu telinga itu jangan cuma membasuh saja, tapi harus dengan urutan lembut juga. Selepas ini sebaiknya kita tidak meninggalkan amalan sunat semasa berwuduhu’ kerana setiapnya mempunyai titik penerima ransangan.
Titik akupuntur di telinga. 125 disentuh semasa mengambil wudhu’. Subhanallah…sungguh luar biasa rahsia wudhu’… Semoga rahsia Wudhu’ ini memberi manfaat kepada anda.Wallahualam.

Tip Kusyuk Dalam Solat

Berbicara tentang solat, ada banyak cara untuk mencapai solat yang khusyuk, tapi saranan saya, tak perlu banyak tips atau petua untuk mencapai solat yang lebih khusyu. Tak perlu berlembar-lembar atau menghabiskan wang untuk membeli buku solat khusyu. Mari kita tanya pada Qur'an, bagaimana nak lakukan solat yang lebih khusyu.
4 Tips ini anda kena dicuba untuk mencapai solat yang lebih khusyu:
1. Jangan sekali-kali fikir bahawa kita akan masih hidup setelah menghabiskan solat ini.
Kita kena yakin jika solat ini ialah sebagai solat terakhir dikerjakan kita dimuka bumi ni, ramai kita dengar si fulan meninggal setelah selesai solat, si fulan meninggal setelah azan, imam fulan meninggal saat sujud dan sebagainya. Si fulan meninggal saat tengah judi, maksiat dan sebagainya juga.
Mungkinkah ini ialah solat terahir di dunia ? Selepas itu, kita harus relakan suami / isteri kita seorang diri, anak kita menjadi yatim piatu, mungkin nanti malam ialah malam pertama kehadiran kita di liang kubur, semua harta yang kita kumpulkan tak akan kita bawa, & menjadi hak saudara kita, wajah elok & cantik yg kita banggakan dalam sekejap akan berubah busuk.
2. WAJIB tahu erti setiap bacaan solat
Qs.4 An-Nisaa':43. Hai orang-orang yang beriman, JANGANLAH kamu solat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, SEHINGGA KAMU MENGERTI APA YANG KAMU UCAPKAN...
MABUK dalam ayat ini bukan saja boleh diertikan sebagai mabuk arak, tapi juga mabuk dunia, mabuk harta, mabuk tahta, mabuk cinta pun termasuk pula dalam hal yang mengganggu solat sehingga kita lupa/silap / tak sedar bacaan solat apa yang telah kita baca, bahkan selalu-nya kita lupa raka'at yang ke berapa.
Lebih baik membaca surah pendek yang kita tahu erti bacaan setiap kata-kata daripada membaca surat panjang yg kita tak tahu apa ertinya. Ingat, dalam Ayat diatas JANGANLAH KAMU SOLAT SEDANG KAMU TIDAK MENGERTI APA YANG KAMU UCAPKAN.
Jadi.. mohon kemaafan untuk pakcik, makcik, kakak, adik, abang yang masih belum faham erti bacaan iftitah, alfatihah, surah/ayat, ruku, i'tidal, sujud, duduk antara 2 sujud, tahiyat awal & akhir, maka WAJIB kena tahu & hafal maknanya. Lagi bagus jika kata demi kata.
Fokus dan khusyuk didalam sembahyang hanya boleh dicapai jika kita faham akan maksud kalimah yang di baca, baik dimulut atau di dalam hati, disini saya sertakan maksud bacaan tersebut untuk rujukan saya sendiri dan juga untuk rakan2 moga kita diberkati Allah selalu.. Amin
Fokus dan khusyuk didalam sembahyang hanya boleh dicapai jika kita faham akan maksud kalimah yang di baca, baik dimulut atau di dalam hati, disini saya sertakan maksud bacaan tersebut untuk rujukan saya sendiri dan juga untuk rakan2 moga kita diberkati Allah selalu.. Amin
  • Takbiratul-Ihram & TakbirAllah Maha Besar.
  • Doa Iftitah
    Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
  • Al-Fatihah
    Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
  • Bacaan ketika rukuk
    Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.
  • Bacaan ketika bangun dari rukuk
    Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
  • Bacaan ketika iktidal
    Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
  • Bacaan ketika sujud
    Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
  • Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
    Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku,
    angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah
    daku dan maafkanlah akan daku.
  • Bacaan ketika Tahiyat Awal
    Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
    Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
    Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
  • Bacaan ketika Tahiyat Akhir
    Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
    Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
    Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan keatas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji
    lagi Maha Agung.
  • Doa Qunut
    Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapa pun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya
3. Ucapkan dengan SUARA SEDANG/DI ANTARA KERAS & PERLAHAN (((ini penting sangat)))
Qs. 17 Al-Israa':110 dan janganlah kamu mengeraskan suara mu dalam solat mu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu".
Bila kita perlahankan suara atau cuma di dalam hati sahaja, maka terkadang fikiran kita akan melayang tak tentu arah.

4. Tuma'ninah
Perlahan, tidak terlalu cepat, dinikmati, dihayati, yakinkah kita jika 10 saat lagi masih hidup? Tuma'ninah ini termasuk 1 dari 13 rukun shalat. Selain 4 tips itu, disarankan pula agar:
  • Berdoa sebelum solat, mohon perlindungan ALLAH dari godaan syaitan.
  •  Membunuh Egois & Sombong dalam diri
Qs.6 Al-An'aam:42 ... supaya mereka memohon dengan tunduk merendahkan diri.
Hilangkan rasa sombong pada diri, jangan berfikir selain solat, hilangkan apa yang telah dan akan kita lakukan. Bunuhlah semua yang berhubungan dengan aktiviti di dunia, fokus hanya pada ALLAH & erti bacaan solat. Menyedari dosa yang telah lalu.
Lagi bagus jika Zuhur, Asar & Isya' berzikir pendek. Lalu Solat Fajar & Maghrib berzikir panjang.
Apa salah satu tandanya solat anda diterima?
Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji & mungkar.Qs. 29 Al-'Ankabuut: 45

Lapan Pintu Syurga Sedia Menanti

Sabda Rasulullah SAW :
"Sesiapa mengambil wudhu dengan baik kemudian dia berkata, 'Asyhadu al laa ilaahaillallah wahdahula syarikala wa asyhadu anna Muhammadan abduhu warasuluh, Allahummaj 'alni minat tawwabiina waj'alni minal mutathohhirin' (Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah satu sahaja tiada sekutu bagi-Nya, dan aku naik saksi bahawa Muhammad adalah hamba dan pesuruh-Nya, Ya Allah jadikanlah aku dari kalangan orang yang banyak bertaubat dan jadikanlah aku dari kalangan orang yang menyucikan diri) akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana dia suka"
(Riwayat al-Tirmizi dan al-Nasai)

Amalan Penghapus Dosa

Sabda Rasulullah SAW :
"Sesiapa yang menyebut 'Subhanallaahi wabihamdihi' (Maha suci Allah dan segala puji bagi-Nya) sebanyak 100 kali dalam sehari, akan dihapuskan dosanya walaupun sebanyak buih di lautan"
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Perisai Dari Gangguan Syaitan

Sabda Rasulullah SAW :
"Sesiapa yang menyebut 'Laa ilaaha illallaah, wahdahu laa syariika lah, lahulmulku walahul hamdu wahuwa 'ala kullisyaiin qadir' (Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah satu sahaja tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya segala kerajaan dan segala kepujian dan Dia maha berkuasa ke atas segala sesuatu) sebanyak 100 kali dalam sehari, dia mendapat pahala ibarat melepaskan 10 hamba, ditulis untuknya 100 kebaikan, dipadamkan untuknya 100 kejahatan dan dia akan mendapat perlindungan daripada syaitan pada hari itu sehingga petang. Tiada orang yang lebih baik daripadanya kecuali orang yang buat lebih dari itu"
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Redha Allah terletak pada Keredhaan Ibu Bapa

Rasulullah bersabda :
"Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa, manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa"
(Riwayat al-Tirmizi)

Malaikat Penulis Dosa

Rasulullah S.A.W. bersabda : 
"Sesungguhnya malaikat disebelah kiri akan mengangkat penanya selama 6 jam (tidak menulis lagi dosa tersebut) terhadap hamba muslim yang berbuat dosa. Jika dia menyesal dan meminta ampun kepada Allah daripada dosa tersebut, maka akan 'dilemparkan' sahaja dosa tersebut. Jika dia tidak membuat sedemikian, maka akan ditulis sebagai satu dosa"
(Riwayat al-Tabarani)

Kelebihan Surah Yassin - 1

Daripada  Ma’qal bin Yaasar ra bahawasanya telah bersabda Rasulullah SAW :
"Hati Al Quran ialah surah Yasiin, tidaklah dibaca akan dia oleh seorang lelaki yang mengharapkan Allah dan kampung akhirat melainkan diampunkan oleh Allah dosanya dan bacalah surah Yasiin kepada mereka yang hampir mati dan selepas mati."
(Riwayat Ahmad, Abu Daud dan An-Nasaai)