Pages

La Tahzan - Usahlah Bersedih

1. Andaikata anda dikhianati atau dilukai oleh mereka yg mempunyai talian kekeluargaan dgn anda, usahlah bersedih. Ingatlah peristiwa Yusuf as, yg dikhianati oleh saudara2nya...

2. Andaikata orang tuamu, atau mereka yg anda kasihi, menentang anda ketika anda berjalan di atas jalan kebenaran, usahlah bersedih. Ingatlah peristiwa Ibrahim as, yg dilemparkan ke dalam api oleh ayahnya sendiri...

3. Andaikata anda buntu di dalam permasalahan dan tidak nampak jalan keluar, usahlah bersedih. Ingatilah kisah Yunus as, yg terjerat di dlm perut ikan...

4. Andaikata anda didatangi penyakit, dan seluruh anggota badan anda dilanda kesakitan, usahlah bersedih. Ingatilah kisah Ayub as, yg ditimpa kesakitan dan bermacam-macam penyakit, disamping kehilangan ahli keluarganya...

5. Andaikata anda melihat akan adanya kekurangan atau kelemahan pada diri anda, usahlah bersedih. Ingatlah kisah Musa as, yg tidak dapat bertutur dgn sempurna...

6. Andaikata anda difitnah dan dicaci oleh manusia di sekelilingmu, usahlah bersedih. Ingatilah kisah Aisyah ra, yg sabar setelah difitnah sehingga satu kota memperkatakannya...

7. Andaikata anda rasa kesunyian dan keseorangan serta tiada yg membantu, usahlah bersedih. Ingatilah kisah Adam as, yg diturunkan ke muka bumi bersendirian sebelum bertemu kembali dengan Siti Hawa...

8. Andaikata anda rasakan tidak ada kewajaran akan apa yg perlu anda lakukan, serta detikan hati tertanya mengapa ianya terjadi, usahlah bersedih. Ingatilah kisah Nuh as, yg tanpa keluh dan tanpa tahu sebabnya, terus membina bahtera yg besar tanpa soal...

9. Andaikata anda diherdik dan dicerca oleh saudara mara kamu sendiri lantaran kamu memilih agama dan kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia, usahlah bersedih. Ingatilah kisah Muhammad saw, yg dipulaukan dan diperangi oleh keluarganya yg terdekat...

Subhanallah... Masya Allah.. Allahu Akbar...

Allah swt mewujudkan personaliti yg hebat2 ini sebelum kita, dan mendatangi mereka dgn brrmacam-macam ujian dan rintangan, dgn tujuan agar satu hari nanti, manusia spt saya dan anda, bila mana berhadapan dgn sebarang musibah dan tribulasi, tidak perlu berkata "KENAPA AKU?"...

Alhamdulillah untuk segala-galanya ya Rahman..............

Sempurna Didunia & Akhirat.

Daripada Saidina Khalid bin Al-Walid RA berkata:
“Telah datang seorang Arab Baduwi kepada Rasulullah SAW dan dia menyatakan tujuannya:

Wahai Rasulullah...!
Kedatanganku untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku didunia dan akhirat.”

Rasulullah berkata kepadanya:
“Tanyalah apa yang engkau kehendaki.”

Arab Baduwi itu berkata:
Aku mahu menjadi orang alim.

Baginda menjawab:
"Takutlah kepada Allah SWT"

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu menjadi orang paling kaya.”

Rasulullah menjawab:
“Jadilah orang yang yakin pada diri.”

Bertanya lagi Arab Baduwi itu:
“Aku mahu menjadi orang yang adil.”

Lalu dijawab oleh Rasulullah:
“Kasihanilah manusia lain seperti engkau kasih pada diri.”

Dia bertanya:
“Aku mahu menjadi orang paling baik.”

Baginda menjawab:
“Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat.”

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu menjadi orang istimewa di sisi Allah.”

Dan dijawab oleh Rasulullah:
“Banyakkan zikrullah.”

Arab Baduwi itu bertanya:
“Aku mahu sempurnakan imanku.”

Baginda menjawab:
“Perelokkan akhlakmu.”

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsini (baik). “

Baginda menjawab:
Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya dan jika engkau tidak berasa begitu, sekurang-kurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau.”

Arab Baduwi bertanya lagi:
“Aku mahu termasuk dalam golongan yang taat,”

Lalu dijawab baginda:
“Tunaikan segala kewajipan yang difardukan.”

Dia bertanya lagi:
“ Aku mahu berjumpa Allah dalam keadaan bersih daripada dosa.”

Rasulullah menjawab:
“Bersihkan dirimu daripada najis dosa.”

Dia terus bertanya:
“Aku mahu dihimpun pada hari kiamat di bawah cahaya.”

Baginda menjawab:
“Jangan menzalimi seseorang.”

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari kiamat.”

Baginda berkata:
“Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain.”

Dia bertanya:
Aku mahu dihapuskan segala dosaku.”

Baginda menjawab:
“Banyakkan beristighfar.”

Dia berkata:
“Bagaimana pula aku mahu menjadi semulia-mulia manusia,”

Lalu baginda menjawab:
“Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain.”

Dia bertanya:
“Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia.”

Baginda menjawab:
“ Sentiasa menyerah diri (tawakal) kepada Allah.”

Dia bertanya lagi:
“Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah.”

Baginda menjawab:
“Sentiasa berada dalam keadaan bersih (daripada hadas).”

Dia bertanya:
“Aku mahu termasuk dalam golongan yang dikasihi Allah dan rasul-Nya.”

Baginda menjawab:
“Cintailah segala yang disukai Allah dan Rasul-Nya.”

Dia bertanya:
“ Aku mahu diselamatkan daripada kemungkaran Allah pada hari kiamat.”

Baginda menjawab:
“Jangan marah kepada orang lain.”

Dia bertanya lagi kepada Rasulullah:
“Aku mahu diterima segala permohonanku.”

Baginda menjawab:
“Jauhilah makanan haram.”

Dia bertanya:
“ Aku mahu Allah menutupkan segala keabianku pada hari kiamat.”

Baginda pun menjawab:
“Tutuplah keburukan orang lain.”

Dia bertanya:
“Siapa yang terselamat daripada dosa?”

Rasulullah menjawab:
“Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, meraka yang tunduk pada kehendak-Nya dan meraka yang ditimpa kesakitan.”

Dia terus bertanya:
“Apakah sebesar-besar kebaikan disisi Allah?”

Baginda menjawab:
“Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala).”

Dia bertanya lagi:
“ Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?”

Baginda menjawab:
“Buruk akhlak dan sedikit ketaatan.”

Dia bertanya:
“Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat?”

Baginda menjawab:
“Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak diketahui) dan menghubungkan kasih sayang.”

Dia bertanya lagi:
“Apa yang akan memadamkan api neraka pada hari kiamat?”

Baginda menjawab:
“Sabar didunia dengan bala dan musibah.”

Dan telah berkata Imam Mustaghfirin: “Aku tidak pernah menemui hadis sebegini lengkap merangkumi kesempurnaan agama dan kehidupan selain hadis ini.”

Sombong, Bongkak dan Angkuh

بسم الله الر حمن الر حيم

Sukarnya hati bila dikuasai bongkak angkuh dan kesombongan...
Terhijab dari kebenaran...tiada lagi berlapang dada...tiada lagi mengasihi dan menghargai orang lain..samaada sahabat mauhupun kawan...

عن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:
لا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ، قَالَ رَجُلٌ: إِنَّ الرَّجُلَ يُحِبُّ أَنْ يَكُونَ ثَوْبُهُ حَسَنًا، وَنَعْلُهُ حَسَنَةً، قَالَ: إِنَّ اللَّهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ، الْكِبْرُ بَطَرُ الْحَقِّ، وَغَمْطُ النَّاسِ
( مسلم، الترمذي، أبو داود، ابن ماجه، أحمد )

Dari Ibnu Mas’ud RA semoga Allah meridhainya berkata Rasulullah SAW bersada

“Tidak akan masuk kedalam syurga orang yang di hatinya ada kesombongan walaupun seberat biji sawi.

Lalu ada yang bertanya : sesungguhnya seseorang itu sangat suka kepada baju dan kasut yang bagus?
Maka Baginda SAW bersabda : Sesungguhnya Allah Maha Indah dan mencintai keindahan. Sombong itu adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia“.
(HR Muslim)

#HadisRasulullahSAW 

Ketaqwaan.

بسم الله الر حمن الر حيم

Jiwa kuat

Jiwa manusia jadi kuat ....bila HATI..

Ada ketaqwaan ........

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُون ﴿١٠٢﴾

“Hai orang-orang beriman bertaqwalah kalian kepada Allah dengan sebenar-benarnya taqwa.”

Ali Imran: 102

Perintah bertaqwa adalah perintah yang mestilah dijunjung oleh mereka yang beriman kerana taqwa membentuk dan mencorak keseluruhan hidup dalam melaksanakan seluruh perintah Allah ta'ala dan meninggalkan seluruh laranganNya.

قال الغزالي في البداية الهداية :

والتقوى، عبارة عن امتثال أوامر الله تعالى، واجتناب نواهيه

Kata Imam Al Ghazali dalam kitab Bidayatul Hidayah :

" Bermula taqwa itu ialah satu ibarat dalam menjunjung seluruh perintah-perintah Allah dan menjauhi seluruh larangan-laranganNya."

Taqwa satu kekuatan yang menarik pertolongan dan rezki dari Allah dalam keadaan yang tidak disangka-sangka.

وَمَن يَتَّقِ اللَّـهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا ﴿٢﴾ وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۚ ... ﴿٣﴾

Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar(2) 
Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya..(3)

At Thalaq : 2-3

Kekuatan taqwa menjadi kekuatan sebenar para penolong agama Allah dalam menghadapi mehnah dan tribulasi hidup dan perjuangan.

أَلا إِنَّ أَوْلِيَاءَ اللَّهِ لا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلا هُمْ يَحْزَنُونَ .الَّذِينَ آمَنُوا وَكَانُوا يَتَّقُونَ

Ingatlah sesungguhnya para penolong agama Allah tiada ketakutan atas mereka dan tiada lah mereka bersedih hati , orang-orang yang beriman dan adalah mereka bertaqwa

Yunus : 62-63

Mereka yang mendapat petunjuk kemudian berusaha memelihara dan menambahkan petunjuk yang ada, maka akan diberi kekuatan taqwa dalam diri mereka

وَالَّذِينَ اهْتَدَوْا زَادَهُمْ هُدًى وَآتَاهُمْ تَقْوَاهُمْ ﴿١٧﴾    محمد ١٧

Dan orang-orang yang mau menerima petunjuk, Allah menambah petunjuk kepada mereka dan memberikan balasan ketakwaannya.(17)

Muhammad : 17

Ketaqwaan yang menambah dan mengukuhkan ketenangan dan iltizam dalam kehidupan dan perjuangan.

فَأَنزَلَ اللَّـهُ سَكِينَتَهُ عَلَىٰ رَسُولِهِ وَعَلَى الْمُؤْمِنِينَ وَأَلْزَمَهُمْ كَلِمَةَ التَّقْوَىٰ وَكَانُوا أَحَقَّ بِهَا وَأَهْلَهَا ۚ وَكَانَ اللَّـهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمًا ﴿٢٦﴾   الفتح  ٢٦

..lalu Allah menurunkan ketenangan kepada Rasul-Nya, dan kepada orang-orang mukmin dan Allah mewajibkan kepada mereka kalimat-takwa dan adalah mereka berhak dengan kalimat takwa itu dan patut memilikinya. Dan adalah Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.(26)

Al Fath : 26

فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ وَاسْمَعُوا وَأَطِيعُوا وَأَنفِقُوا خَيْرًا لِّأَنفُسِكُمْ ۗ وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ﴿١٦﴾

“Maka bertaqwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu dan dengarlah serta taatlah dan nafkahkanlah nafkah yang baik untuk dirimu. dan barangsiapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, maka mereka itulah orang-orang yang beruntung.”

At-Taghabun :16

Ketaqwaan membawa panduan dalam jiwa mukmin serta membersihkannya dari segala keburukan dan dosa.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تَتَّقُوا اللَّهَ يَجْعَل لَّكُمْ فُرْقَانًا وَيُكَفِّرْ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ۗ وَاللَّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ﴿٢٩﴾

“Hai orang-orang yang beriman, jika kalian bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan menjadikan pembeza bagi kalian, menghapus kesalahan kalian dan mengampuni kalian. Dan Allah memiliki kemuliaan yang agung.”

Al-Anfal: 29

Taqwa menarik kecintaan Allah.

بَلَى مَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ وَاتَّقَى فَإِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَّقِينَ      آل عمران  ٧٦

(Bukan demikian), sebenarnya siapa yang menepati janji (yang dibuat)nya dan bertakwa, maka sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertakwa.(76)

Ali 'Imraan : 76

إِنَّ اللَّهَ مَعَ الَّذِينَ اتَّقَوْا وَالَّذِينَ هُمْ مُحْسِنُونَ     النحل ١٢٨

Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan(128)

An Nahlu : 128

Taqwalah harga diri manusia yang jadi ukuran di sisi Allah ta'ala

إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّـهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّـهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ﴿١٣﴾

Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.(13)

Al Hujurat : 13

Abu Hurairah RA meriwayatkan bahwa ada yang bertanya kepada Rasulullah SAW :

يا رَسُول اللَّهِ مَنْ أَكْرَمُ النَّاسِ؟ قَالَ: أَتْقَاهُمْ قَالُوْا: لَيْسَ عَنْ هَذَا نَسْأَلُكَ. قَالَ: فَيُوْسُفُ نَبِيُّ اللَّهِ بْنِ نَبِيِّ اللَّهِ بْنِ نَبِيِّ اللَّهِ بْنِ خَلِيْلِ اللَّهِ قَالُوا: لَيْسَ عَنْ هَذَا نَسْأَلُكَ. قَالَ: فَعَنْ مَعَادِنِ الْعَرَبِ تَسْأَلُوْنِي؟ خِيَارُهُمْ فِي الْجَاهِلِيَّةِ خِيَارُهُمْ فِي الإسْلاَمِ إِذَا فَقِهُوْا

“Ya Rasulullah, siapakah orang paling mulia?” Beliau menjawab, “Orang yang paling bertaqwa di antara mereka.” Orang itu berkata lagi, ‘Bukan tentang ini kami bertanya.’ Beliau menjawab, ‘Yusuf bin Nabi Allah bin Nabi Allah bin Khalilullah.’ Mereka bertanya, ‘Bukan tentang ini kami bertanya.’ Beliau menjawab, ‘Apakah kalian bertanya tentang kantong-kantong daerah Arab? Sebaik-baik kalian di Jahiliyah adalah yang terbaik di dalam Islam jika mereka berilmu.”

Muttafaq 'Alaihi

Abu Sa’id RA meriwayatkan dari Rasulullah SAW:

إِنَّ الدُّنْيَا حُلْوَةٌُ خَضِرَةٌ، وَإِنَّ اللَّهَ مُسْتَخْلِفُكُمْ فِيْهَا فَيَنْظُرُ كَيْفَ تَعْمَلُوْنَ، فَاتَّقُوْا الدَّنْيَا، وَاتَّقُوْا النِّسَاءَ فَإِنَّ أَوَّلَ فِتْنَةِ بَنِي إِسْرَائِيْلَ كَانَتْ فِي النِّسَاءِ

“Sesungguhnya dunia itu manis dan hijau (menyenangkan) dan Allah mengangkat kalian sebagai pimpinan di dunia. Maka Dia akan melihat apa yang kalian kerjakan. Maka bertaqwalah kalian dalam hal dunia dan bertaqwalah dalam hal wanita. Fitnah pertama yang menimpa Bani Israel adalah wanita.”

HR Muslim

Ibnu Mas’ud meriwayatkan bahwa Nabi SAW pernah berdoa,

اَلَّلهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu petunjuk, ketaqwaan, iffah, dan kekayaan.”

HR Muslim

Abu Umamah Shadi bin ‘Ajlan Al-Bahili RA berkata, “Aku pernah mendengar Rasulullah SAW berpidato di Haji Wada’,

اِتَّقُوْا اللَّهَ وَصَلُّوْا خَمْسَكُمْ، وَصُوْمُوْا شَهْرَكُمْ، وَأَدَّوْا زَكَاةَ أَمْوَالِكُمْ، وَأَطِيْعُوا أُمَرَاءَكُمْ، تَدْخُلُوْا جَنَّةَ رَبِّكُمْ

”Bertaqwalah kalian kepada Allah, shalatlah yang lima waktu, puasalah di bulan kalian, tunaikan zakat harta kalian, dan taatilah pemimpin kalian, niscaya kalian akan memasuki surga Tuhan kalian.”

HR Tirmidzi

اتَّقِ اللَّهِ حَيْثُمَا كُنْتَ ، وَأَتْبِعْ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا، وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ

“Bertaqwalah kepada Allah di mana pun engkau berada. Iringilah perbuatan buruk dengan kebaikan, maka perbuatan baik itu akan menghapuskannya, dan bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik

Hadis Riwayat Imam at-Tirmidzi no: 1987

عن أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ  ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " الإِسْلامُ عَلانِيَةٌ ، وَالإِيمَانُ فِي الْقَلْبِ " ، ثُمَّ يُشِيرُ بِيَدِهِ إِلَى صَدْرِهِ : " التَّقْوَى هَاهُنَا ، التَّقْوَى هَاهُنَا " .

رواه احمد

Dari Anas bin Malik ia berkata, Sabda Rasulullah SAW : " Islam terbuka ( dapat dilihat ), Iman itu di dalam hati", kemudia Rasulullah SAW menunjuk ke dadanya dan bersabda : " Taqwa itu di sini ..taqwa itu di sini ".

HR Ahmad

عَنْ أَنَسٍ قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ ،فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي أُرِيدُ سَفَرًا فَزَوِّدْنِي ، قَالَ : (( زَوَّدَكَ اللَّهُ التَّقْوَى ،قَالَ :زِدْنِي ، قَالَ : وَغَفَرَ ذَنْبَكَ ، قَالَ : زِدْنِي بِأَبِي أَنْتَ وَأُمِّي ، قَالَ : وَيَسَّرَ لَكَ الْخَيْرَ حَيْثُمَا كُنْتَ))     رواه الترمذي .

Dari Anas ia berkata, telah datang kepada Nabi SAW lalu berkata " Wahai Rasulullah sesungguhnya aku ingin bermusafir maka bekalkanlah aku." Sabda Nabi SAW " Allah membekalkan engkau dengan taqwa ". Lelaki itu berkata " Tambahilah untukku ". Nabi SAW bersabda lagi " Dia mengampuni dosamu ". Lelaki itu berkata lagi " Tambahilah lagi demi bapa dan ibuku. " Nabi SAW bersabda " Allah memudahkan urusan kau di mana pun engkau berada".

HR Tirmizi

قال علي بن أبي طالب رضي الله عنه :

Sayyidina Ali bin Talib RA berkata:

(( التقوى هي الخوف من ا لجليل ، والعمل بالتنزيل ، والقناعة بالقليل ، والإستعداد ليوم الرحيل )).

Taqwa itu ialah takut kepada Allah SWT Yang Maha Agung, beramal dengan apa yang diturunkan (al-Quran), redha dengan yang sedikit, dan bersedia untuk hari kematian.

Tidak mungkin seorang mukmin yang tinggi ketaqwaannya boleh lemah jiwanya ....

#HadisRasulullahSAW #TerjemahanAlQuran

Qailullah (Tidur Sebentar Waktu Siang)


Rahsia disebalik tidur sejenak sebelum solat Zohor

فوائدالقيلولة الصحيحة
قال النبي صلى الله عليه وسلم: (قيلوا فإن الشياطين لا تقيل
قال الجوهري:هي النوم في الظهيرة والمعروف أنه من شروطها أن تكومن قصيرة.
وقد أتى العلم الحديث ليؤكد فوائد القيلولة في زيادة إنتاجية الفرد،ويحسن قدرته على متابعة نشاطه اليومي.

Maksud Hadis:

syaitan tidak melakukan Qailulah, Oleh itu itu orang-orang Mukmin yang melakukan Qailulah atau tidur sejenak sebelum solat Zohor selama 10-40 minit akan memperolehi kerehatan yang cukup, sehingga membolehkannya melakukan ibadat dengan sempurna sepanjang hari.

Sabda Rasullah s.a.w "Lakukanlah Qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani Qailulah" (Riwayat ai-Tabrani)

Apa itu Qailulah ?
Qailulah ialah tidur sebentar pada siang hari.

Bila waktu paling sesuai untuk amalkan Qailulah ?
Mengikut pengalaman mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, waktu paling baik ialah antara pukul 12 tengahari sehingga sebelum Zohor. Namun boleh juga dilakukan selepas Zohor.

Apakah kelebihan atau Kebaikan Qailulah ?
Mengikut kajian, 1 minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam. Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, kita sudah boleh bangun solat malam tanpa rasa mengantuk, insyaAllah.

Qailulah @ tidur sekejap waktu tengahari akan memudahkan kita untuk bangun malam dan berqiamulail.

Orang barat memanggil Qailulah sebagai "nap". Di negara barat biasanya "nap" dilakukan dari pukul 2-4 petang. Hasil kajian menunjukan amalan "nap' waktu tengahari dapat mengelakkan penyakit jantung.

Menurut kajian lagi, manusia perlu berehat setelah 6-8 jam berjaga. Kita orang Islam akan bangun seawal jam 5.30 pagi untuk solat subuh. kalau dikira dari waktu subuh hingga pukul 12-1 tengahari, ia sudah cukup 7-8 jam kita berjaga. Jadi Qailulah @ nap ini adalah sangat-sangat berpatutan untuk dilakukan pada masa itu. Ia sangat sesuai denga fitrah badan manusia.

Menurut mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, sebaik bangkit dari Qailulah, kita mungkin akan pening sedikit selama 5-20 minit. Tetapi selepas itu, kita akan mendapati perubahan mendadak dari segi emosi, kecerdasan dan fokus.

#HadisRasulullahSAW 

Solat.... Jagalah Solat.

Assalamualaikum wbt..
Sedikit perkongsian tazkirah:

Hidup kelam kabut datang dari solatnya yang kelam kabut,
Hidup tak menentu datang dari solatnya yang tak menentu,
Hidup yang celaru datang dari solatnya yang celaru,
Hidup tiada keberkatan datang dari solat yang tak diberkati,
Hidup serba lengkap tapi hati tak pernah puas dan tenang, datang dari solat yang tak lengkap (ponteng dan tinggal),
Hidup tertekan datang dari solatnya yang tiada tama'ninah,
Hidup bermasalah datang dari solatnya yang bermasalah.
Hidup yang cemerlang datang dari solatnya yang cemerlang,
Hidup yang tenang datang dari solatnya yang tenang,
Hidup yang diredhai datang dari solatnya yang diredhai.

"Sesungguhnya BERJAYALAH orang2 yg beriman. Iaitu mereka yg KHUSYUK dalam SOLAT yg mereka lakukan"
- Al-Mu'minuun:1-2

Jom perbaiki solat kita dan ingatan ini terutama utk diri saya yg kdg2 melewatkan solat sbb urusan dunia.

Pesanan Seorang Ibu

PESAN IBU TENTANG AYAH:
Anakku…
Memang ayah tak mengandungmu..
Tapi,
Darahnya mengalir didarahmu. Darinya kau diwarisi namanya, kedermawanan & kerendahan hati.

Memang ayah tak melahirkanmu...
Tapi,
Suaranya-lah yang pertama mengantarkanmu pada Allah ketika kau lahir.

Memang ayah tak menyusuimu...
Tapi,
Dari keringatnyalah setiap suapan yang menjadi air susumu.

Ayah memang tak menjagaimu setiap saat...
Tapi,
Tahukah kau dalam do’anya tak pernah terlupa namamu disebutnya.

Tangisan ayah mungkin tak pernah kau dengar...
Kerana,
Dia ingin terlihat kuat agar kau tak ragu untuk berlindung di lengannya dan dadanya ketika merasa tak aman.

Pelukan ayahmu mungkin tak sehangat dan seerat ibu...
Kerana,
Cintaannya dia takut tak sanggup melepaskanmu.
Ayah mu ingin kau kuatkan semangat agar ketika kami tiada kau sanggup menghadapi semua sendiri.

Ibu hanya ingin kau tahu...
Bahawa,
Cinta ayah kepadamu sama besarnya seperti cinta ibu.

Anakku dari dirinya juga terdapat surga bagimu.
Maka,
Hormati dan sayangi ayahmu.
Kerana,
Ibu adalah tulang rusuk-nya.
Jauh dilubok hatinya dia hanya ingin mampu membanggakan mu di mata Allah, menjadi penolong di Padang Mahsyar serta menjadi hijab dari api neraka.

Berbahagialah yang masih punya ibu & Ayah.
Dan Dia Pun Berdoa "Ya Tuhan, Tugasku Telah Selesai Dgn Baik..
Bahagiakah Lah Putera Puteri Kecilku Yg Manis Bersama Pasangannya".
Setelah Itu Ayah Hanya Akan Menunggu Kedatangan Kita Bersama Cucu-cucunya Yg Sesekali Dtg Untuk Menjenguk..Dengan Rambut Yg Memutih Dan Badan Yang Tidak Kuat Untuk Menjaga Kita..

Itulah Pengorbanan Seorang Ayah.. Apakan Kita Masih Belum Sedar? Masih memandang Kemarahan Ayah Itu Alasan Untuk Kita Benci Dia? Percayalah.. Dia Orang Yang Paling Rindukan Kita Walaupun Kerinduan Ayah Terhadap Kita Mungkin Melebihi Kerinduan Ibu Dekat Kita..

Kita Cium Pipi Ibu, Ayah Hanya Tersenyum Melihat..Tahukah Kita Yang Kita Telah Berlaku Tidak Adil Terhadap Ayah?
Apakah Ayah Tak Layak Mendapat Ciuman Sama Yang Kita Berikan Dekat Ibu?
Kamu Lupa Masa Kamu Kecil, Ayah Mendukung Kamu Dan Mencium Kamu??

JANGAN MENANGIS SELEPAS MEMBACA KISAH INI

Akibat Terlalu Marah...

Suatu malam seekor ular menyelit masuk ke dalam gudang kayu. Secara tak sengaja, ia menyusur di atas gergaji. Tajamnya mata itu gergaji menyebabkan perut ular terluka.

Ular beranggapan gergaji itu menyerangnya.
Ia pun membalasnya dengan mematuk gergaji itu berkali-kali, serangan tersebut menyebabkan luka parah di bagian mulutnya.

Marah dan sakit yang amat sangat, ular itu berusaha mengerahkan kemampuan terakhirnya untuk mengalahkan 'musuh' tersebut. Ia pun membelit gergaji itu sekuat tenaga. Belitan tersebut menyebabkan lukanya teramat parah dan akhirnya ia pun mati di situ.

Di saat beremosi dan marah, rasanya mudah sekali bagi kita untuk melukai dan menyakiti orang lain.

Padahal kalaulah benar-benar kita sedar, sebenarnya yang akan terluka dan sakit adalah diri kita sendiri.

Maka benarlah sabda Nabi saw yang bermaksud, "Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah."

(HR Bukhari & Muslim)

Moga bermanfaat.

Mutiara Jumaat

Perkongsian Ustaz Zahazan.

1. Solat bukanlah "tayar ganti' yang anda tarik keluar ketika dilanda masalah, tapi ia adalah 'stereng' yang menunjukkan jalan yg benar.

2. Maka, kenapa cermin depan kereta begitu besar dan cermin pandang belakang begitu kecil? Ini kerana masa lalu kita tidak begitu penting seperti masa hadapan kita. Maka, pandanglah ke hadapan dan majulah.

3. Persahabatan ibarat sebuah buku. Ia mengambil masa yang sedikit untuk dibakar, tapi bertahun-tahun untuk ditulis.

4. Semua perkara dalam kehidupan ini hanyalah sementara. Jika ia berjalan dgn baik, nikmatilah, ia takkan kekal lama. Jika ia berjalan dgn teruk, jgn bersedih, ia juga takkan kekal lama.

5. Kawan-kawan lama adalah emas. Kawan-kawan baru adalah berlian. Jika anda mendapat sebutir berlian, jgn lupa emas tersebut krn utk memegang sebutir berlian, anda sentiasa memerlukan tapak emas.

6. Acapkali, ketika kita hilang harapan dan berfikir inilah pengakhirannya, ia hanyalah liku, bukannya penamat!

7. Apabila Allah swt menyelesaikan masalah2 anda, anda percaya memiliki kemampuan. Apabila Allah swt tdk menyelesaikan masalah2 anda, DIA percaya akan kemampuan anda.

8. Seorang yang buta bertanya kepada seorang lelaki bijaksana "bolehkah ada sesuatu yang lbh teruk berbanding kehilangan penglihatan? " Dia menjawab, "ya, kehilangan visi anda! "

9. Ketika anda mendoakan org lain, Allah swt mendengar kpd anda dan merahmati mereka; kadang kala apabila anda selamat dan bahagia, ingatlah bhw seseorang telah mendoakan anda.

10. Rasa bimbang tidak menghilangkan masalah hari esok, ia menghilangkan kedamaian hari ini.

Surah Al-Ikhlas...

بسم الله الر حمن الر حيم

DAHSYATNYA SURAT AL-IKHLAS...

Rasulullah Muhammad SAW pada suatu ketika bersabda,

”Demi Allah yang jiwa ku di genggaman-Nya, sesungguhnya QUL HUWALLAHU AHAD itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, ALLAHHUS SOMAD itu tertulis disayap malaikat Mikail a.s, LAMYALID WALAM YUULAD tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, WALAM YAKULLAHU KUFUWAN AHAD tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s".

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahwa Rasulullah SAW telah bersabda,

"Ketika aku (Rasulullah SAW) isra’ ke langit, saya melihat Arasy di atas 360,000 tiang dan jarak jauh antara satu tiang ke satu tiang yang lain ialah 300,000 tahun perjalanan.
Pada tiap-tiap tiang itu terdapat padang pasir yang jumlahnya 12,000 dan luasnya setiap satu padang itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surat Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka, ”Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik lelaki mau pun perempuan".

Riwayat Anas bin Malik juga merakam kisah berkaitan surat Al-Ikhlas.
Suatu ketika 70.000 malaikat diutus datang kepada seorang sahabat di Madinah yang meninggal. Kedatangan para malaikat itu hingga meredupkan cahaya matahari. 70,000 malaikat itu diutus hanya kerana arwah sering membaca surah ini. Anas bin Malik yang saat itu bersama Nabi Muhammad SAW di Tabuk merasakan cahaya matahari redup tidak seperti biasanya dan malaikat Jibril datang kepada Nabi untuk memberitakan kejadian yang sedang terjadi di Madinah.
Rasulullah S.A.W bersabda,

"Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka tubuhnya tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga". (HR Qurthuby).

SubhanAllah....Semoga kita dapat mengamalkannya setiap waktu.

#HadisRasulullahSAW 

Rehatnya Pejuang Islam

Para pejuang...para penolong agama Allah...kerehatan dan keseronokan sebenar apabila hidup sementara digunakan untuk bersusah payah bermati-matian demi perjuangan...dan bermula di alam barzakh tempat mereka benar-benar berehat dan menikmati kurniaan dariNya...

وَلَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّـهِ أَمْوَاتًا ۚ بَلْ أَحْيَاءٌ عِندَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ ﴿١٦٩﴾ فَرِحِينَ بِمَا آتَاهُمُ اللَّـهُ مِن فَضْلِهِ وَيَسْتَبْشِرُونَ بِالَّذِينَ لَمْ يَلْحَقُوا بِهِم مِّنْ خَلْفِهِمْ أَلَّا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ ﴿١٧٠﴾  يَسْتَبْشِرُونَ بِنِعْمَةٍ مِّنَ اللَّـهِ وَفَضْلٍ وَأَنَّ اللَّـهَ لَا يُضِيعُ أَجْرَ الْمُؤْمِنِينَ ﴿١٧١﴾

Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup disisi Tuhannya dengan mendapat rezeki.(169)

Mereka dalam keadaan gembira disebabkan karunia Allah yang diberikan-Nya kepada mereka, dan mereka bergembira hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka, bahwa tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.(170)

Mereka bergembira hati dengan nikmat dan kurnia yang yang besar dari Allah, dan bahwa Allah tidak mensia-siakan pahala orang-orang yang beriman.(171)

Ali Imran : 169-171

أَلا إِنَّ أَوْلِيَاءَ اللَّهِ لا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلا هُمْ يَحْزَنُونَ .الَّذِينَ آمَنُوا وَكَانُوا يَتَّقُونَ

Ingatlah sesungguhnya para penolong agama Allah tiada ketakutan atas mereka dan tiada lah mereka bersedih hati , orang-orang yang beriman dan adalah mereka bertaqwa

Yunus : 62-63

Perjalanan Terjauh Dan Terberat

Wahai anakku.

Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid.

Ramai orang yg kaya raya tidak sanggup utk mengerjakannya. Jangankan sehari lima waktu, bahkan ramai pula yg seminggu sekali pun terlupa. Tidak jarang pula seumur hidup, tidak pernah singgah ke sana.

Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid.

Orang pintar dan pandai pun sering tidak mampu menemukannya. Walaupun mereka mampu mencari ilmu hingga ke universiti di Eropah, Rusia dan juga Amerika.

Mampu melangkahkan kaki ke Jepun, Australia dan Korea dgn semangat yg membara. Namun ke masjid, tetap sahaja perjalanan yg tidak mampu mereka tempuh, walaupun telah bergelar Dr. Falsafah.

Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid.

Pemuda yg kuat dan bertubuh sihat yg mampu menakluki puncak Gunung Tahan dan Kinabalu juga Everest pun sering mengeluh ketika diajak ke masjid.

Alasan mereka pun beragam. Ada yg berkata sebentar lagi, ada yg berkata takut dikata alim.

Perjalanan terjauh dan terberat adalah perjalanan ke masjid.

Maka berbahagialah dirimu wahai anakku. Bila dari kecil engkau telah terbiasa melangkahkan kaki ke masjid. Bagi ayah, sejauh manapun engkau melangkahkan kaki, tidak ada perjalanan yg paling ayah banggakan selain drp perjalananmu ke masjid.

Biar ku beritahu rahsianya kepadamu. Sejatinya perjalananmu ke masjid adalah perjalanan utk menemui Rabmu. Itulah perjalanan yg diajarkan oleh nabi serta perjalanan yg akan membezakanmu dgn orang-orang yg lupa akan Rabnya.

Perjalanan terjauh dan terberat itu adalah perjalanan ke masjid.

Maka lakukanlah walaupun engkau harus merangkak dlm gelap subuh, demi mengenal Rabmu.

7 Sunnah Hebat

7 Sunnah Hebat

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan, dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Wallahu 'alam.
Ustaz Don Daniyal

3 perkara membawa penyakit


Tiga perkara membawa penyakit

  1. الكلام الكثير - banyak bercakap
  2. النوم الكثير - banyak tidur
  3. الأكل الكثير - banyak makan

8 jenis makanan yang paling baik mencegah penyakit


8 jenis makanan yang paling baik mencegah penyakit

  1. الرمان - delima
  2. الروب - yogurt
  3. الثوم - bawang putih
  4. البصل - bawang besar
  5. الشاي الأخضر - teh hijau
  6. الشوفان - oat
  7. القرع - labu
  8. البروكلي - brokoli

Ganjaran Orang Berpuasa

Sesungguhnya di syurga itu ada 1 pintu yang dinamakan Ar-Royyan.
Ahli Shaum (puasa) akan masuk melalui pintu itu pada hari kiamat.

(HR Muslim)

#HadisRasulullahSAW #AlwaysBackToAllah 

Perbualan antara Rasulullah SAW & Iblis

Rasulullah bertanya : “Apa yg kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku hendak solat?”
Iblis menjawab : “aku merasa panas dingin dan gementar”
Rasulullah : “kenapa?”
Iblis : “Sebab setiap seorang hamba bersujud 1X kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 darjat”

Rasulullah : “jika seorang umatku berpuasa?”
Iblis : “tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka”

Rasulullah : “jika ia berhaji?”
Iblis : “aku seperti orang gila”

Rasulullah : “jika ia membaca Al-Quran?”
Iblis : “aku merasa meleleh laksana timah diatas api”

Rasulullah : “jika ia bersedekah?”
Iblis : “itu sama saja org tersebut membelah tubuhku dgn gergaji”
Rasulullah : “mengapa boleh begitu?“
Iblis : ”sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya, iaitu :
1. Keberkahan dlm hartanya,
2. Hidupnya disukai,
3. Sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dgn api neraka,
4. Terhindar dari segala macam musibah akan terhalau dr dirinya.

Rasulullah : “apa yg dapat mematahkan pinggangmu?”
Iblis : “suara kuda perang di jalan Allah.”

Rasulullah : “apa yg dapat melelehkan tubuhmu?”
Iblis : “taubat org yg bertaubat”

Rasulullah : “apa yg dpt membakar hatimu?”
Iblis : “istighfar di waktu siang & malam”

Rasulullah : “apa yg dpt mencoreng wajahmu?”
Iblis : “sedekah yg diam2”

Rasulullah : “apa yg dpt menusuk matamu?”
Iblis : “solat fajar”

Rasulullah : “apa yg dpt memukul kepalamu?”
Iblis : “solat berjemaah”

Rasulullah : “apa yg paling mengganggumu”
Iblis : “majlis para ulama”

Rasulullah : “bagaimana cara makanmu?”
Iblis : “dengan tangan kiri dan jariku”

Rasulullah : “dimanakah kau menaungi anak2mu di musim panas?”
Iblis : “dibawah kuku manusia”

Rasulullah : “temanmu wahai iblis?”
Iblis : “penzina”

Rasulullah : “siapa teman tidurmu?”
Iblis : “pemabuk”

Rasulullah : “siapa tamumu?”
Iblis : “pencuri”

Rasulullah : “siapa utusanmu?”
Iblis : “tukang sihir (dukun)”

Rasulullah : “apa yg membuatmu gembira?”
Iblis : “bersumpah dgn cerai”

Rasulullah : “siapa kekasihmu?”
Iblis : “org yg meninggalkan Solat Jum'at”

Rasulullah : “siapa manusia yg paling membahagiakanmu?"
Iblis : “org yg meninggalkan solatnya dgn sengaja”

AllahuRabbi.. Jom KONGSI sebarkannya biar bagi 1 dunia tahu apa kelemahan Iblis.

Doa Murah Rezeki

"Ya Allah, ampunilah aku, kasihanilah aku, selamatkanlah aku dan berikanlah rezeki kepadaku"

(HR Muslim)

#HadisRasulullahSAW #HimpunanDoa #AlwaysBackToAllah 

Doa Penyembuh Penyakit

"Ya Allah Tuhan segala manusia, hilangkanlah penyakitnya, sembukanlah ia. Engkaulah yang dapat menyembuhkannya."

(HR Bukhari)

#HadisRasulullahSAW #HimpunanDoa #AlwaysBackToAllah 

Bertaqwa Kepada Allah

Daripada Abu Zar Jundub ibn Junadah dan Abu Abdul Rahman Muaz bin Jabal r.a, Rasulullah SAW bersabda :

" Bertakwalah engkau kepada Allah walaupun di mana sahaja engkau berada, dan iringilah kejahatan dengan kebaikan, nescaya ia akan menghapuskan kejahatan tersebut dan bergaullah sesama manusia dengan budi pekerti yang baik "

( Hadis Hasan Riwayat at- Tirmidzi)

#HadisRasulullahSAW #AlwaysBackToAllah 

Taknak Solat Lambat Lagi!


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Waktu Subuh
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita. Nak subur? Sila segerakan solat Asar anda!

Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah S.W.T. tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah S.W.T. mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solat ' waallahu ·allam.

Doa Diberi Kesembuhan Dari Penyakit


بسم الله الر حمن الر حيم

Yaa Rahiiim,
Sembuhkanlah segala penyakit-penyakit kami,
Mudahkanlah segala kesulitan, Lapangkanlah segala kesempitan dan Jadikanlah kami hamba-hambaMu yang Ikhlas

أمين

#HimpunanDoa

15 Sunnah Rasulullah

Berikut merupakan antara amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasalam dan ia menjadi sunnah buat umatnya yang dikasihi. Amalan ini mampu menjadikan seseorang itu mencintai baginda dan boleh membawa seseorang itu cenderung ke arah ‘soleh wa musleh’.
.
1. Senyuman
Abdullah bin Al-Harist Radliyallahu’anhu menuturkan, yang artinya, 
“Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam.”
(Riwayat At-Tirmidzi)
.
2. Dahulukan Kanan
Daripada Aisyah, katanya:
“Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam lebih suka mendahulukan yang kanan dalam segala hal (perbuatan) seperti memakai terompah, bersikat, berwuduk dan mandi.”
(Hadis riwayat Muslim)
.
3. Berpakaian
Ummu Salamah meriwayatkan:
“Pakaian yang paling disukai oleh Baginda Shalallahu ‘alaihi wasalam ialah pakaian Qamis).”
(Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)
.
4. Bercelak
Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda:
“Hendaklah kamu bercelak dengan menggunakan batu celak (Al-Itsmid) kerana celak dapat memperjelaskan penglihatan dan menumbuhkan bulu (mata).”
(Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)
.
5. Memakai Cincin
Ali bin Abi Talib meriwayatkan:
“Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam memakai cincin di jari tangan kanan Baginda.”
(Riwayat Tarmizi, Abu Daud, Nasa’i dan Ibnu Hibban.)
.
6. Makan
Ka’ab bin Malik r.a. meriwayatkan:
“Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam makan menggunakan ketiga jari Baginda. Selepas makan Baginda menjilati ketiga-tiganya.”
(Riwayat Tarmizi, Muslim, Abu Daud dan Ahmad)
.
7. Minum
Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan:
“Ketika Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam minum, Baginda menarik nafas (menghela) dua kali.”
(Riwayat Tarmizi dan Abu Syaikh)
.
8. Bersilaturrahim
Rasulullah SAW bersabda:
“Tahukah kamu tentang sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan ataupun keburukan? Sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan, adalah balasan (pahala) orang yang berbuat kebaikan dan menghubungkan tali silaturahmi, sedangkan yang paling cepat mendatangkan keburukan ialah balasan bagi orang yang berbuat jahat dan yang memutuskan persaudaraan.”
(Riwayat Ibnu Majah).
.
9. Berjalan
Ali bin Abi Talib meriwayatkan: 
“Apabila Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam berjalan, tubuh Baginda tegak seperti sedang menuruni tanah yang landai.”
(Riwayat Tarmizi dan Hakim)
.
10. Berkata
Anas Ibnu Malik r.a. meriwayatkan:
“Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam mengulangi perkataan Baginda tiga kali supaya lebih difahami (oleh pendengarnya).”
(Riwayat Tarmizi dan Hakim)
.
11. Tertawa
Abdullah bin Harith r.a. meriwayatkan:
“Tawa Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasalam hanyalah senyuman.”
(Riwayat Tarmizi )
.
12. Bergurau
Anas bin Malik r.a. meriwayatkan:
“Betapa baiknya Nabi Shalallahu ‘alaihi wasalam menggauli kami. Baginda berkata kepada saudaraku yang masih kecil, ‘Wahai Abu Umair, apa yang sedang dilakukan oleh burung nughair?’”
(Riwayat Tarmizi, Bukhari, Abu Daud, Nasa’i dan Ahmad)

13. Tidur
Aisyah r.ha. meriwayatkan:
“Setiap kali hendak tidur pada malam hari, RasulullahShalallahu ‘alaihi wasalam selalu menadahkan kedua tapak tangan sambil membaca Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas kemudian Baginda meniup kedua-dua tapak tangan tersebut. Setelah itu, Baginda menyapu bahagian tubuh yang terjangkau, dimulai dari kepala, wajah lalu bahagian depan tubuh Baginda. Hal itu Baginda lakukan sebanyak tiga kali.”
(Riwayat Tarmizi, Abu Daud, Ibnu Majah, Nasa’i dan Ahmad)

14. Membaca al-Quran
Ya’la bin Mamlak bertanya kepada Ummu Salamah tentang cara Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam membaca al-Quran. Menurut Ummu Salamah, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam membaca al-Quran dengan sangat jelas kalimah demi kalimah.
(Riwayat Tarmizi, Bukhari, Abu Daud dan Nasa’i)

15. Ibadah
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan:
“Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam melaksanakan solat hingga kedua-dua kaki Baginda bengkak. Beliau bertanya, “Mengapa engkau melakukan hal ini padahal engkau mengetahui bahawa Allah SWT telah mengampuni dosamu yang telah berlalu dan akan datang?” Baginda Shalallahu ‘alaihi wasalam menjawab, ‘Tidakkah aku menjadi hamba yang banyak bersyukur?’.”
(Riwayat Tarmizi dan Ibnu Khuzaimah)

Doa Memohon Keluar Dari Kesempitan

"Ya Allah.. Sanggupkan aku dalam keadaan yang sulit.
Aku tahu aku mampu dan aku sanggup dengan bantuan-Mu"

#HimpunanDoa #AlwaysBackToAllah 

Doa Memohon Dilindungi Dari Kezaliman



Penjelasan:
Agar selamat dari kezaliman suatu kelompok atau golongan, maka baca doa di atas setiap saat. 
Baik juga dibaca agar diberi ketenteraman dan disatukan dengan orang‐orang yang beriman.

Doa Memohon Rezeki



Penjelasan:

Doa diatas merupakan doanya Nabi Isa ketika ditentang oleh para pengikutnya yang menginginkan bukti atas kemukjizatan yang dimiliki oleh seorang rasul.

Bagi setiap muslim yang menginginkan limpahan rezeki, sudah selayaknya memperbanyak membaca doa ini dalam setiap kesempatan.

Doa Permudah Urusan


"Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku dan mudahkanlah untukku urusanku"

(QS 20:25-26)

#TerjemahanAlQuran #HimpunanDoa #AlwaysBackToAllah 

Doa Memohon Kebaikkan


"Ya Allah, aku bermohon kepada-Mu keampunan, kesihatan, baiknya keyakinan & sembuhkanlah aku (dari sakit) di dunia & akhirat."
(HR An-Nasai)

#HadisRasulullahSAW #HimpunanDoa 

Perihal Anggota Sujud Ketika Solat

Sabda Nabi SAW,

أُمِرْتُ أَنْ أَسْجُدَ عَلَى سَبْعَةِ أَعْظُمٍ عَلَى الْجَبْهَةِ وَأَشَارَ بِيَدِهِ عَلَى أَنْفِهِ وَالْيَدَيْنِ، وَالرُّكْبَتَيْنِ وَأَطْرَافِ الْقَدَمَيْنِ

Maksudnya: “Aku diperintahkan sujud dengan tujuh tulang anggota, dengan dahi (sambil Baginda menunjukkan tangannya ke bahagian atas hidung), dengan dua tangan, dua lutut dan hujung kedua-dua belah kaki.”
Riwayat al-Bukhari (779) dan Muslim (490)

Dahi adalah anggota wajib sujud. Menekankan dahi di tempat sujud itu sehingga sekiranya kapas atau seumpamanya yang diletakkan di bawah dahi tertindih dan meningggalkan kesan sujud yang jelas di atasnya.

Hukum sujud pada dahi ketika sembahyang adalah wajib tanpa perselisihan ulama dan lebih awla (baik) jika seseorang itu sujud pada keseluruhan dahi tersebut. Ini kerana yang dituntut ketika sujud itu ialah menyentuh sebahagian dahi seseorang yang sembahyang itu ke atas tempat sujudnya. Namun jika kurang daripada itu, maka itu adalah memadai dan hukumnya adalah makruh (karahah tanzih).

Inilah pendapat Imam al-Syafie dalam kitabnya al-Umm dan juga pendapat para ulama Syafie. Maksud karahah tanzih itu ialah perkara yang dituntut oleh syarak meninggalkannya, akan tetapi tuntutan itu tidak sampai ke tahap wajib. Jika dilakukan juga perkara tersebut, maka hukumnya tidak berdosa hanya khilaf al-awala’ (menyalahi yang utama).

Oleh kerana itu, jika dia sujud pada jabin, iaitu tepi dahi atau pipi atau pelipis, iaitu bahagian antara mata dengan telinga atau pada atas kepala atau pada hidungnya sahaja dan dia tidak meletakkan sebahagian apa pun daripada dahinya pada tempat sujud, maka perbuatan sujudnya itu adalah tidak memadai. Beginilah juga yang dinaskan dalam kitab al-Umm.
Di samping itu, tidak memadai perbuatan sujud itu dengan hanya sekadar menyentuh atau meletakkan dahi ke atas tempat sujud. Bahkan wajib ditetapkan seketika dahi pada tempat sujud dan diberikan sedikit tekanan berat daripada kepala dan tengkuk pada dahi tersebut.

Doa Murah Rezeki


"Ya Allah, aku mohon kepada-Mu agar diberi ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas, dan amalan yang diterima"
(HR Ahmad)

#HadisRasulullahSAW #HimpunanDoa 

Mendoa Kebaikkan Seseorang

بسم الله الر حمن الر حيم

Doa seorang muslim untuk saudaranya secara diam-diam adalah doa yang mustajab
(HR. Muslim)

#HadisRasulullahSAW

Doa Kebaikkan Diri


"Ya Allah, jadikan aku lebih baik daripada sangkaan mereka, janganlah Engkau menghukum aku kerana ucapan mereka, ampunilah aku kerana ketidaktahuan mereka."

#HimpunanDoa

"Ya Allah, kami berlindung kepadaMu dari lisan yang menghina agama dan hukumMU, serta dari orang-orang yang berbuat demikian"

"Ya Allah, kami meminta kepada-Mu perkara yang baik, permintaan yang baik, kemenangan yang baik, pengetahuan yang baik dan perbuatan yang baik dalam hidup"

"Ya Allah bimbinglah kami untuk memilih bukan yang mudah tetapi apa yang benar, bukan yang menyenangkan namun apa yang Engkau redha"
Orang muslim yang mendoakan temannya secara diam-diam, akan disambut oleh para malaikat dengan berkata:
"Semoga untukmu juga"
(HR. Muslim)

Doa Memohon Bantuan Allah


"Ya Allah, dengarkanlah permintaan ku. Sanggupkan aku dalam keadaan yang sulit. Aku tahu aku mampu dan aku sanggup dengan bantuan-Mu."

Adab Ketika Makan


Wahai anak, ucapkanlah Bismillah & makanlah dengan tangan kananmu,
dan makanlah dari apa yang ada di hadapanmu
(HR Bukhari)

Lihatlah orang yang di bawahmu, dan jangan lihat orang di atasmu,
agar engkau tidak meremehkan kurniaan Allah
(HR Bukhari Muslim)

Balaslah orang yang berbuat kebajikan kepadamu. 
Jika tidak mampu, maka doakanlah untuk mereka
(HR Abu Dawud)

"Ya Tuhanku, selamatkanlah aku beserta keluargaku dari (akibat) perbuatan yang mereka kerjakan"
(QS 26:169)

Fadhilat Surah Yasiin - 3

Daripada Abi Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda :

"Barangsiapa membaca surah Yasiin pada malam Jumaat, maka pagi-pagi ia mendapat pengampunan"

Hadiah Terbaik

Hadiah tidak semestinya sesuatu yg berupakan wang ringgit atau harta benda. Byk cara utk kita menghadiahkan sesuatu kpd org tersayang tanpa perlu membelanjakan wang yg ada:

@ - Hadiah terbaik utk seorang sahabat adalah doa
@ - Hadiah terbaik utk seorang musuh adalah kemaafan
@ - Hadiah terbaik utk seorang guru adalah kejayaan
@ - Hadiah terbaik utk murid adalah tauladan
@ - Hadiah terbaik utk sebuah kehidupan adalah kasih sayang
@ - Hadiah terbaik utk sebuah kematian adalah al-Fatihah
@ - Hadiah terbaik utk ibu bapa adalah kebaktian
@ - Hadiah terbaik utk isteri adalah penghargaan
@ - Hadiah terbaik utk suami adalah kesetiaan
@ - Hadiah terbaik utk anak adalah pendidikan
@ - Hadiah terbaik utk diri sendiri adalah kejujuran
@ - Hadiah terbaik utk org yg tak dikenali adalah senyuman
@ - Hadiah terbaik utk Rasulullah adalah selawat
@ - Hadiah terbaik utk Allah SWT adalah ketaqwaan

Sentiasalah bermurah hati utk menghadiahkan sesuatu kpd insan sekeliling kita kerana pemberian anda hari ini adalah ganjaran utk hari esok.

Fadhilat Surah Yasiin - 2

Daripada Anas RA, ia berkata Rasulullah SAW bersabda :

"Tiap-tiap sesuatu itu ada hatinya, adapun hati Al Quran adalah surah Yasiin. Barang siapa membaca surah Yasiin, maka Allah mencatat (memberi pahala) seperti membaca Al Quran sepuluh kali.

Rupa Orang Yang Meminta-minta di Dunia

Daripada 'Abdullah bin Umar ia berkata :

Telah bersabda Rasulullah SAW :

"Sentiasa seorang lelaki itu meminta-minta kepada manusia hingga datanglah ia pada hari qiamat tiada pada mukanya sepotong daging."

Memendekkan Masa Solat

Daripada Anas RA ia berkata :

Tidak pernah aku solat dibelakang imam seringan-ringan solat dan tiada yang terlebih sempurnanya solat di belakang Nabi SAW kerana sesungguhnya ia waktu mendengar akan tangisan kanak-kanak, terus ia meringankan solat itu kerana takut akan difitnah ibunya (iaitu; takut ia lalai dari solatnya)

Semua Negeri Dipijak Dajjal Kecuali Mekah dan Madinah

Daripada Anas bin Malik dari Nabi SAW ia bersabda :

"Tidaklah ada daripada negeri melainkan lagi akan dipijak oleh Dajjal kecuali Mekah dan Madinah. Tidak ada baginya satu pintu daripada pintu-pintunya atau jalan-jalannya melainkan di atasnya ada malaikat yang bersaf-saf menjaganya. Kemudian bergerak-geraklah Madinah dengan penduduknya sebanyak 3 kali gerak. Lalu keluarlah kepadanya semua orang kafir dan orang munafiq."

Beberapa Solat Sunat Sebelum dan Sesudah Fardhu

Daripada Abdullah bin Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersolat sebelum Zohor dua rakaat dan sesudahnya dua rakaat, dan sesudah Maghrib dua rakaat dalam rumahnya, dan sesudah Isya' dua rakaat.
Dan adalah ia tiada bersolat sesudah Jumaat hingga ia balik kemudian solat dua rakaat.

7 Suruhan dan 7 Larangan

Daripada al-Barra' bin 'Azib ia berkata : 

Nabi SAW telah menyuruh kami dengan 7 perkara, dan ia menegah kami dengan 7 perkara.

Ia menyuruh kami dengan mengikuti jenazah-jenazah dan mengunjungi (ziarah) orang sakit, dan memperkenankan orang yang menjemput dan menolong orang yang dianiayai, dan menepati sumpah, dan menjawab salam, dan mendoakan orang yang bersin. Dan ia menegah kami daripada bejana perak dan lapik pelana sutera dan cincin emas dan sutera halus dan sutera kasar, dan kain yang bercampur sutera dan kain sutera kasar (bersulam benang emas)

Fadhilat Surah Yasiin - 1

Daripada Ma’qal bin Yaasar RA bahawasanya telah bersabda Rasulullah SAW :

"Hati Al Quran ialah surah Yasiin, tidaklah dibaca akan dia oleh seorang lelaki yang mengharapkan Allah dan kampung akhirat melainkan diampunkan oleh Allah dosanya dan bacalah surah Yasiin kepada mereka yang hampir mati dan selepas mati."

(Riwayat Ahmad, Abu Daud dan An-Nasaai)

Antara Makam dan Mimbar Rasulullah SAW

Daripada Abu Hurairah daripada Nabi S.A.W. ia bersabda :

"Apa yang ada di antara rumahku (makam Rasulullah) dan mimbarku adalah taman daripada taman-taman syurga dan mimbarku di atas kolamku (Al-Kautsar)"

Nabi S.A.W. menyukai Labu

Anas bin Malik RA. menceritakan : 

"Seorang tukang jahit mengundang Rasulullah SAW menghadiri satu jamuan yang hidangan tersebut dimasak sendiri olehnya. Saya menemani Rasulullah SAW menghadiri jamuan tersebut. Tuan rumah mendekatkan kepada Baginda SAW roti serta kuah berisi labu dan daging. Saya melihat Baginda mencari-cari labu di dalam mangkuk tersebut. Maka sejak itu saya menyukai labu.

Ancaman Keras Bagi Orang Yang Berdusta Atas Nama Nabi SAW

Riwayat Ali RA, ia berkata :

Rasulullah SAW bersabda :

"Janganlah engkau berdusta atas nama aku, kerana sesungguhnya orang yang berdusta atas namaku, maka ia akan masuk neraka"

Larangan Hasad melainkan kepada 2

Daripada Ibnu Mas'ud RA Ia berkata :

Aku mendengar Nabi SAW bersabda :

"Tiada hasad melainkan pada dua orang lelaki. 
  1. Lelaki yang diberikan kepadanya oleh Allah harta benda, maka dipergunakan pada kebenaran, dan 
  2. Lelaki yang diberikan kepadanya Allah akan hikmah, maka ia menggunakan dengannya dan mengajarkannya kepada manusia."

Makanan Dihidangkan Waktu Akan Didirikan Solat

Daripada Aisyah R.Ha. dari Nabi S.A.W. ia bersabda : 

"Apabila dihidangkan makanan malam sedang sembahyang akan didirikan, maka mulailah dengan makan"

Ibu lebih utama berbanding Bapa

Seorang lelaki menemui Rasulullah dan bertanya :

"Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?"

Baginda menjawab, mafhumnya : "Ibu kamu"

Dia bertanya lagi : "Kemudian siapa?"

Baginda menjawab : "Ibu kamu"

Dia bertanya lagi : "Kemudian siapa?"

Baginda menjawab : "Ayah kamu"

(Riwayat al-Bukhari)

Dosa Besar Menderhakai Ibu Bapa

Abi Bakrah R.A. berkata, Nabi S.A.W. pernah bertanya 3 kali yang bermaksud : "Mahukah aku beritahu kalian tentang dosa yang paling besar?"

Mereka menjawab : "Sudah tentu, ya Rasulullah."

Baginda menjelaskan : "Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibu bapa dan sumpah yang palsu."

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Pakaian Rasulullah - 1

Ummu Salamah RA menyatakan :
Pakaian yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah qamis (pakaian yang dijahit seluruhnya dan menutupi seluruh badan - Syaukani)

(Terjemahan Kitab Shamail Muhammadiyah karangan Imam At Tirmizi)

Kelebihan Hari Jumaat

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”
(HR Muslim).

“Sesungguhnya hari Juma‘at adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah Subhanhu wa Ta ‘ala iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jum‘at itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam ‘alaihissalam dan Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam ‘alaihissalam, dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jum‘at juga akan terjadinya hari Kiamat”.
(HR Ibnu Majah)

“Hari ini (Jumaat) adalah hari besar yang Allah tetapkan bagi Umat Islam, maka siapa yang hendak menghadiri solat Jumaat hendaklah mandi terlebih dahulu.”
(HR. Ibnu Majah)

“Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (HR Hakim)

"Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ".
(HR Al Baihaqi)

"Sesungguhnya harimu yang paling utama adalah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari itu, kerana selawatmu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana selawat kami ditunjukkan kepadamu sedangkan tubuhmu telah hancur? Rasulullah s.a.w. menjawab: Sesungguhnya Allah mengharamkan tubuh para Nabi bagi bumi (tidak hancur)."
(HR Abu Daud, Nasa'i dan Ibnu Majah).

Rasulullah bersabda maksudnya : “Sesiapa yang berwuduk dan kemudian dia pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah dibacakan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jumaat itu dan hari Jumaat berikutnya”.
(HR Muslim)

"Pada hari Jumaat terdapat satu waktu, tidaklah seorang hamba Muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan Allah akan mengabulkannya. Carilah ia di akhir waktu selepas asar.”
(HR Abu Daud)

"Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari fitnah kubur (soalan di dalam kubur).
(HR At-Tirmizi)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat dan Ramadhan ke Ramadhan, semuanya adalah penghapus dosa-dosa di antara kedua-duanya selagi mana dijauhi dosa-dosa besar.”
(HR Muslim)

"Ganjaran bagi segala kebajikan digandakan pada hari Juma'at".
(HR ath-Thabarani)

Rambut Rasulullah SAW

Anas bin Malik RA menyatakan :
Panjang rambut Rasulullah SAW sampai ke dua telinga baginda.

Aisyah RA menyatakan :
Aku pernah mandi bersama Rasulullah SAW dari satu bekas (air).
Baginda memiliki rambut yang panjangnya tidak sampai ke bahu dan tidak sampai di bahagian bawah cuping telinga.

Qatadah RA bertanya kepada Anas :
Bagaimanakah rambut Rasulullah SAW?
Anas menjawab :
Rambut Rasulullah SAW berada di tengah-tengah antara kerinting dan lurus, sementara panjangnya memcecah bahagian bawah cuping telinga.

(Terjemahan Kitab Shamail Muhammadiyah karangan Imam At Tirmizi)

Khatam An Nubuwwah

Jabir ibn Samurah RA menyatakan :
Aku melihat "Al Khatam" di antara dua belikat Rasulullah SAW, iaitu bonjol merah sebesar telur burung merpati.

Abu Zaid Amru ibnu Al Ansari menceritakan kepada 'Ilba' ibnu Ahmar Al Yasykuriy bahawa Rasulullah SAW telah bersabda kepadanya :
Wahai Abu Zaid hampirlah kepadaku dan usaplah belakangku.
Maka akupun mengusap belakangnya, maka jari jemariku mengenai "Al Khatam". 
Aku pun bertanya : Apakah Al Khatam itu?
Jawab Abu Zaid RA : Himpunan rerambut.

(Terjemahan Kitab Shamail Muhammadiyah karangan Imam At Tirmizi)

Doa-Doa dari Al Quran

bismillahirrahmanirrahim
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
1. Wahai Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, pasti kami termasuk orang-orang yang rugi.
(Surah Al-A’raf: 23)


رَبِّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَسْأَلَكَ مَا لَيْسَ لِي بِهِ عِلْمٌ وَإِلاَّ تَغْفِرْ لِي وَتَرْحَمْنِي أَكُن مِّنَ الْخَاسِرِينَ
2. Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung denganMu untuk memohon kepadaMu sesuatu yang aku tidak memiliki ilmu tentangnya. Dan sekiranya Engkau tidak mengampuniku dan menaruh belas kasihan kepadaku, nescaya aku akan termasuk orang-orang yang rugi.
(Surah Hud: 47)

  
رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِمَن دَخَلَ بَيْتِيَ مُؤْمِناً وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ
3. Wahai Tuhanku, ampunilah aku dan ibu bapaku, dan orang yang memasuki rumahku dengan beriman dan semua orang yang beriman lelaki dan perempuan.
(Surah Nuh: 28)


رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ. رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَا أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
4. Wahai Tuhan kami terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepadaMu dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadat haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.
(Surah Al-Baqarah: 127-128)


رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء
5. Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku.
(Surah Ibrahim: 40)


رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
6. Wahai Tuhan kami, ampunilah aku dan kedua ibu bapaku dan orang-orang yang beriman pada hari terjadinya hisab (hari kiamat).
(Surah Ibrahim: 41)


رَبِّ هَبْ لِي حُكْماً وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ. وَاجْعَل لِّي لِسَانَ صِدْقٍ فِي الْآخِرِينَ. وَاجْعَلْنِي مِن وَرَثَةِ جَنَّةِ النَّعِيمِ. وَلَا تُخْزِنِي يَوْمَ يُبْعَثُونَ.
7. Tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang saleh, dan jadikanlah aku buah tutur yang baik bagi orang-orang kemudian, dan jadikanlah aku termasuk orang-orang yang mewarisi syurga yang penuh kenikmatan, dan janganlah Engkau hinakan aku pada hari mereka dibangkitkan.
(Surah Al-Syu’ara: 83-85 dan 87)


رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ
8. Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang saleh.
(Surah Al-Saffat: 100)


رَّبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَإِلَيْكَ أَنَبْنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ
9. Wahai Tuhan kami hanya kepadaMu kami bertawakkal dan hanya kepadaMu kami bertaubat dan hanya kepadaMu kami kembali.
(Surah Al-Mumtahanah: 4)


رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِّلَّذِينَ كَفَرُوا وَاغْفِرْ لَنَا رَبَّنَا إِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
10. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami fitnah bagi orang-orang kafir dan ampunilah kami,  wahai Tuhan kami sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.
(Surah Al-Mumtahanah: 5)


رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحاً تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ
11. Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau redhai, dan masukkanlah aku dengan rahmatMu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang saleh.
(Surah An-Naml: 19)


رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاء
12. Tuhanku, berilah aku dari sisiMu seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Mendengar doa.
(Surah Ali ‘Imran: 38)


رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْداً وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ
13. Tuhanku, janganlah Engkau biarkan aku hidup seorang diri, dan Engkaulah Waris Yang Terbaik.
(Surah Al-Anbiya’: 89)


لَّا إِلَهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
14. Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim.
(Surah Al-Anbiya’: 87)


رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِّن لِّسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي
15. Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku.
(Surah Thaha: 25-28)

رَبِّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي فَاغْفِرْ لِي
16. Tuhanku, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri, maka ampunilah aku.
(Surah Al-Qasas: 16)

رَبَّنَا آمَنَّا بِمَا أَنزَلَتْ وَاتَّبَعْنَا الرَّسُولَ فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ
17. Tuhan kami, kami telah beriman kepada apa yang Engkau turunkan dan telah kami ikuti Rasul, maka catatkanlah kami bersama golongan orang-orang yang memberi kesaksian.
(Surah Ali ‘Imran: 53)


رَبَّنَا لاَ تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِّلْقَوْمِ الظَّالِمِينَ. وَنَجِّنَا بِرَحْمَتِكَ مِنَ الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ.
18. Tuhan kami. janganlah Engkau jadikan kami fitnah bagi kaum yang zalim, dan selamatkanlah kami dengan rahmatMu dari orang-orang yang kafir.
(Surah Yunus: 85-86)


ربَّنَا اغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَإِسْرَافَنَا فِي أَمْرِنَا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
19. Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.
(Surah Ali ‘Imran: 147)

رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَداً
20. “Wahai Tuhan kami, berilah rahmat kepada kami dari sisiMu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk dalam urusan kami.”
(Surah Al-Kahfi: 10)


رَّبِّ زِدْنِي عِلْماً
21. Tuhanku, tambahkanlah aku ilmu.
(Surah Thaha: 114)


رَّبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ. وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَن يَحْضُرُونِ.
22. Tuhanku, aku berlindung denganMu dari bisikan-bisikan syaitan. Dan aku berlindung denganMu ya Tuhanku, dari kedatangan mereka.
(Surah Al-Mukminun: 97-98)


رَّبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ وَأَنتَ خَيْرُ الرَّاحِمِينَ
23. Wahai Tuhanku ampunilah dan rahmatilah, dan Engkau adalah sebaik-baik Pemberi rahmat.
(Surah Al-Mukminun: 118)


رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
24. Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan di akhirat dan jauhkanlah kami dari Api Neraka.
(Surah Al-Baqarah: 201)


سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ
25. Kami dengar dan kami ta’at “Ampunilah kami wahai Tuhan kami dan kepadaMulah tempat kembali.
(Surah Al-Baqarah: 285)


رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْراً كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلاَنَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
26. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami. ampunilah kami. dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.
(Surah Al-Baqarah: 286)


رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ
27. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan berilah kepada kami rahmat dari sisiMu. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.
(Ali ‘Imran: 8)


رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. رَبَّنَا إِنَّكَ مَن تُدْخِلِ النَّارَ فَقَدْ أَخْزَيْتَهُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنصَارٍ.
رَّبَّنَا إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِياً يُنَادِي لِلإِيمَانِ أَنْ آمِنُواْ بِرَبِّكُمْ فَآمَنَّا رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الأبْرَارِ.
رَبَّنَا وَآتِنَا مَا وَعَدتَّنَا عَلَى رُسُلِكَ وَلاَ تُخْزِنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّكَ لاَ تُخْلِفُ الْمِيعَادَ.
28. Wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka jauhkanlah kami dari azab Api Neraka. Wahai Tuhan kami, sesungguhnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka, maka sungguh Engkau telah hinakan dia dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim itu seorang penolong pun. Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar (seruan) yang menyeru kepada iman, (iaitu): “Berimanlah kamu kepada Tuhanmu”, maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunilah kami dosa-dosa kami dan hapuskanlah dari kami kesalahan-kesalahan kami, dan wafatkanlah kami bersama orang-orang yang banyak berbakti. Wahai Tuhan kami, berilah kami apa yang telah Engkau janjikan kepada kami dengan perantaraan Rasul-RasulMu. Dan janganlah Engkau hinakan kami di hari kiamat. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.
(Surah Ali ‘Imran: 191-194) 


رَبَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا وَأَنتَ خَيْرُ الرَّاحِمِينَ
29. Wahai Tuhan kami, kami telah beriman, maka ampunilah kami dan rahmatilah kami, dan Engkau adalah sebaik-baik Pemberi rahmat.
(Surah Al-Mukminun: 109) 


رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَاماً. إِنَّهَا سَاءتْ مُسْتَقَرّاً وَمُقَاماً.
30. Wahai Tuhan kami, jauhkanlah dari kami azab jahannam, sesungguhnya azabnya itu adalah kebinasaan yang kekal”. Sesungguhnya ia seburuk-buruk tempat menetap dan tempat kediaman.
(Surah Al-Furqan: 65-66)


رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً
31. Wahai Tuhan kami, berilah kami dari isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyejuk hati, dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.
(Surah Al-Furqan: 74)


رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحاً تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ
32. Wahai Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau redhai. Berilah kebaikan kepadaku yang mengalir pada zuriatku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.
(Surah Al-Ahqaf: 15)


رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلّاً لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ
33. Wahai Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Wahai Rabb kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.
(Surah Al-Hasyr: 10)


رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
34. Ya Rabb kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
(Surah At-Tahrim: 8)


رَبَّنَا إِنَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
35. Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami dari azab Neraka.
(Surah Ali ‘Imran: 16)


رَبَّنَا آمَنَّا فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ
36. Tuhan kami, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi.
(Surah Al-Mai’dah: 83)


رَبِّ اجْعَلْ هَـذَا الْبَلَدَ آمِناً وَاجْنُبْنِي وَبَنِيَّ أَن نَّعْبُدَ الأَصْنَامَ
37. Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini (Mekah) negeri yang aman, dan jauhkanlah aku beserta anak cucuku daripada menyembah berhala-berhala.
(Surah Ibrahim: 35)


رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ
38. Ya Tuhanku sesungguhnya aku sangat memerlukan kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku.
(Surah Al-Qasas: 24)


رَبِّ انصُرْنِي عَلَى الْقَوْمِ الْمُفْسِدِينَ
39. Ya Tuhanku, tolonglah aku atas kaum yang berbuat kerosakan itu.
(Surah Al-’Ankabut: 30)


رَبَّنَا لاَ تَجْعَلْنَا مَعَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ
40. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami bersama kaum yang zalim itu.
(Surah Al-A’raf: 47)


حَسْبِيَ اللّهُ لا إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ
41. Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arsy yang agung.
(Surah Al-Taubah: 129)


عَسَى رَبِّي أَن يَهْدِيَنِي سَوَاء السَّبِيلِ
42. Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan yang benar.
(Surah Al-Qasas: 22)


رَبِّ نَجِّنِي مِنَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ
43. Wahai Tuhanku, selamatkanlah aku dari kaum yang zalim.
(Surah Al-Qasas: 21)


                                                                                                         رَبِّ ابْنِ لِي عِندَكَ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ
44. Wahai Tuhanku, binakanlah untukku di sisiMu sebuah rumah di Syurga. 
(Surah Al-Tahrim: 11)