Pages

7 Orang Yang Dinaungi Allah Di Hari Qiamat

Daripada Abu Hurairah daripada Nabi SAW ia bersabda :
7 orang yang dinaungi akan mereka oleh Allah pada naunganNya pada hari yang tidak ada naungan kecuali naunganNya sahaja ialah

  1. Imam yang adil
  2. Pemuda yang hidup terdidik pada ibadat Tuhannya
  3. Lelaki yang hatinya bergantung dengan masjid-masjid
  4. 2 orang lelaki yang berkasih sayang pada Allah - berjumpa dan berpisah kerana Allah
  5. Lelaki yang meminta kepadanya oleh perempuan yang mempunyai kemulian dan kecantikan, maka ia berkata : bahawa aku takut kepada Allah, Tuhan seru sekalian alam.
  6. Lelaki yang bersedekah dengan sedekah yang ia sembunyikan hingga tiada mengetahui oleh tangan kirinya apakah yang dibelanjakan oleh tangan kanannya
  7. Lelaki yang mengingati Allah dengan ikhlas maka mengalirlah dua matanya kerana menangis

(Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah - hadith pilihan dari kitab sahih Imam Al Bukhari)
Terbitan Dewan Pustaka Fajar

5 Perkara Yang Menghapuskan Fitnah

Daripada Hudzaifah ia berkata : Rasulullah SAW bersabda :
Fitnah seorang lelaki pada ahlinya dan hartanya dan anaknya dan jirannya dapat dihapuskan semua itu oleh solat dan puasa dan sedekah dan suruhan dan larangan.

(Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah - hadith pilihan dari kitab sahih Imam Al Bukhari)
Terbitan Dewan Pustaka Fajar

Perbelanjaan Untuk Rumahtangga

Daripada Abi Mas'ud dari Nabi SAW sabdanya :
Apabila seseorang lelaki berbelanja untuk ahlinya (rumahtangganya) hal keadaan ia ikhlaskan (di dalam perbelanjaannya) maka perbelanjaan itu sedekah baginya.

(Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah - hadith pilihan dari kitab sahih Imam Al Bukhari)
Terbitan Dewan Pustaka Fajar

Orang Yang Allah Kehendaki Kebaikannya

Al Bukhari berkata : Rasulullah SAW bersabda :
Barangsiapa yang dikehedaki Allah kepadanya akan kebaikan, diberikan faham (pengertian) kepadanya dalam agama, dan hanya pengetahuan itu dengan belajar.

(Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah - hadith pilihan dari kitab sahih Imam Al Bukhari)
Terbitan Dewan Pustaka Fajar

Jalan Kepada Syurga

Al Bukhari berkata : Rasulullah SAW bersabda :
Barangsiapa yang menjalani satu jalan kerana menuntuti dengannya akan pengetahuan, nescaya Allah memudahkan baginya akan jalan kepada syurga.

(Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah - hadith pilihan dari kitab sahih Imam Al Bukhari)
Terbitan Dewan Pustaka Fajar

Malaikat Berdoa Untuk Orang Yang Berada Di Tempat Solatnya

Daripada Abi Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda :
Sesungguhnya malaikat berdoa untuk sesorang kamu selama ia pada tempat solatnya yang ia bersolat padanya selama ia tiada berhadas. Malaikat itu berdoa :
"Hai Tuhanku, ampunilah baginya! Hai Tuhanku, kasihilah dia".

(Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah - hadith pilihan dari kitab sahih Imam Al Bukhari)
Terbitan Dewan Pustaka Fajar