Pages

Fadhilat Hari Jumaat

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw bersabda:
"Barang siapa yang mandi pada hari Jumaat serupa mandi junub, kemudian berpagi-pagi ia pergi ke tempat Jumaat, pahalanya serupa dengan berkorban dengan seekor unta gemuk dan yang pergi pada jam kedua, pahalanya seakan-akan pahala berkorban seekor sapi dan yang pergi jam tiga, pahalanya seperti berkorban seekor domba dan yang pergi jam keempat, pahalanya seperti berkorban seekor ayam dan yang pergi pada jam lima, pahalanya seperti berkorban sebiji telur, maka apabila datang imam, datanglah pula Malaikat-Malaikat untuk mendengarkan khutbah.

(HR Muslim)

Doa Harian


Ya Allah, Ya Tuhan Kami, ampunkanlah dosa kami dan dosa ibubapa kami, berilah rahmat kepada mereka sepertimana mereka telah mendidik kami di masa kecil.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami, ampunkanlah dosa sekalian muslimin, muslimat, mukminin dan mukminat sama ada yang masih hidup mahu pun yang telah meninggal dunia.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami kebaikkan di dunia dan di akhirat dan lepaskanlah kami dari azab api neraka.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami pasangan hidup dan keturunan yang bahagia, jadikanlah kami contoh yang baik kepada orang-orang yang bertaqwa.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami, lepaskanlah kami dari azab kubur, fitnah hidup, fitnah mati, fitnah dajjal, fitnah kekufuran dan kepapaan dan fitnah sakaratul maut.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami, masukkan kami dalam syurga Firdaus bersama-sama orang yang beriman.

Aaminnn.