Pages

Fadhilat Surah Yasiin - 2

Daripada Anas RA, ia berkata Rasulullah SAW bersabda :

"Tiap-tiap sesuatu itu ada hatinya, adapun hati Al Quran adalah surah Yasiin. Barang siapa membaca surah Yasiin, maka Allah mencatat (memberi pahala) seperti membaca Al Quran sepuluh kali.

Rupa Orang Yang Meminta-minta di Dunia

Daripada 'Abdullah bin Umar ia berkata :

Telah bersabda Rasulullah SAW :

"Sentiasa seorang lelaki itu meminta-minta kepada manusia hingga datanglah ia pada hari qiamat tiada pada mukanya sepotong daging."

Memendekkan Masa Solat

Daripada Anas RA ia berkata :

Tidak pernah aku solat dibelakang imam seringan-ringan solat dan tiada yang terlebih sempurnanya solat di belakang Nabi SAW kerana sesungguhnya ia waktu mendengar akan tangisan kanak-kanak, terus ia meringankan solat itu kerana takut akan difitnah ibunya (iaitu; takut ia lalai dari solatnya)

Semua Negeri Dipijak Dajjal Kecuali Mekah dan Madinah

Daripada Anas bin Malik dari Nabi SAW ia bersabda :

"Tidaklah ada daripada negeri melainkan lagi akan dipijak oleh Dajjal kecuali Mekah dan Madinah. Tidak ada baginya satu pintu daripada pintu-pintunya atau jalan-jalannya melainkan di atasnya ada malaikat yang bersaf-saf menjaganya. Kemudian bergerak-geraklah Madinah dengan penduduknya sebanyak 3 kali gerak. Lalu keluarlah kepadanya semua orang kafir dan orang munafiq."

Beberapa Solat Sunat Sebelum dan Sesudah Fardhu

Daripada Abdullah bin Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersolat sebelum Zohor dua rakaat dan sesudahnya dua rakaat, dan sesudah Maghrib dua rakaat dalam rumahnya, dan sesudah Isya' dua rakaat.
Dan adalah ia tiada bersolat sesudah Jumaat hingga ia balik kemudian solat dua rakaat.

7 Suruhan dan 7 Larangan

Daripada al-Barra' bin 'Azib ia berkata : 

Nabi SAW telah menyuruh kami dengan 7 perkara, dan ia menegah kami dengan 7 perkara.

Ia menyuruh kami dengan mengikuti jenazah-jenazah dan mengunjungi (ziarah) orang sakit, dan memperkenankan orang yang menjemput dan menolong orang yang dianiayai, dan menepati sumpah, dan menjawab salam, dan mendoakan orang yang bersin. Dan ia menegah kami daripada bejana perak dan lapik pelana sutera dan cincin emas dan sutera halus dan sutera kasar, dan kain yang bercampur sutera dan kain sutera kasar (bersulam benang emas)

Fadhilat Surah Yasiin - 1

Daripada Ma’qal bin Yaasar RA bahawasanya telah bersabda Rasulullah SAW :

"Hati Al Quran ialah surah Yasiin, tidaklah dibaca akan dia oleh seorang lelaki yang mengharapkan Allah dan kampung akhirat melainkan diampunkan oleh Allah dosanya dan bacalah surah Yasiin kepada mereka yang hampir mati dan selepas mati."

(Riwayat Ahmad, Abu Daud dan An-Nasaai)

Antara Makam dan Mimbar Rasulullah SAW

Daripada Abu Hurairah daripada Nabi S.A.W. ia bersabda :

"Apa yang ada di antara rumahku (makam Rasulullah) dan mimbarku adalah taman daripada taman-taman syurga dan mimbarku di atas kolamku (Al-Kautsar)"

Nabi S.A.W. menyukai Labu

Anas bin Malik RA. menceritakan : 

"Seorang tukang jahit mengundang Rasulullah SAW menghadiri satu jamuan yang hidangan tersebut dimasak sendiri olehnya. Saya menemani Rasulullah SAW menghadiri jamuan tersebut. Tuan rumah mendekatkan kepada Baginda SAW roti serta kuah berisi labu dan daging. Saya melihat Baginda mencari-cari labu di dalam mangkuk tersebut. Maka sejak itu saya menyukai labu.

Ancaman Keras Bagi Orang Yang Berdusta Atas Nama Nabi SAW

Riwayat Ali RA, ia berkata :

Rasulullah SAW bersabda :

"Janganlah engkau berdusta atas nama aku, kerana sesungguhnya orang yang berdusta atas namaku, maka ia akan masuk neraka"

Larangan Hasad melainkan kepada 2

Daripada Ibnu Mas'ud RA Ia berkata :

Aku mendengar Nabi SAW bersabda :

"Tiada hasad melainkan pada dua orang lelaki. 
  1. Lelaki yang diberikan kepadanya oleh Allah harta benda, maka dipergunakan pada kebenaran, dan 
  2. Lelaki yang diberikan kepadanya Allah akan hikmah, maka ia menggunakan dengannya dan mengajarkannya kepada manusia."

Makanan Dihidangkan Waktu Akan Didirikan Solat

Daripada Aisyah R.Ha. dari Nabi S.A.W. ia bersabda : 

"Apabila dihidangkan makanan malam sedang sembahyang akan didirikan, maka mulailah dengan makan"

Ibu lebih utama berbanding Bapa

Seorang lelaki menemui Rasulullah dan bertanya :

"Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?"

Baginda menjawab, mafhumnya : "Ibu kamu"

Dia bertanya lagi : "Kemudian siapa?"

Baginda menjawab : "Ibu kamu"

Dia bertanya lagi : "Kemudian siapa?"

Baginda menjawab : "Ayah kamu"

(Riwayat al-Bukhari)

Dosa Besar Menderhakai Ibu Bapa

Abi Bakrah R.A. berkata, Nabi S.A.W. pernah bertanya 3 kali yang bermaksud : "Mahukah aku beritahu kalian tentang dosa yang paling besar?"

Mereka menjawab : "Sudah tentu, ya Rasulullah."

Baginda menjelaskan : "Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibu bapa dan sumpah yang palsu."

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Pakaian Rasulullah - 1

Ummu Salamah RA menyatakan :
Pakaian yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah qamis (pakaian yang dijahit seluruhnya dan menutupi seluruh badan - Syaukani)

(Terjemahan Kitab Shamail Muhammadiyah karangan Imam At Tirmizi)

Kelebihan Hari Jumaat

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”
(HR Muslim).

“Sesungguhnya hari Juma‘at adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah Subhanhu wa Ta ‘ala iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jum‘at itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam ‘alaihissalam dan Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam ‘alaihissalam, dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jum‘at juga akan terjadinya hari Kiamat”.
(HR Ibnu Majah)

“Hari ini (Jumaat) adalah hari besar yang Allah tetapkan bagi Umat Islam, maka siapa yang hendak menghadiri solat Jumaat hendaklah mandi terlebih dahulu.”
(HR. Ibnu Majah)

“Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (HR Hakim)

"Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ".
(HR Al Baihaqi)

"Sesungguhnya harimu yang paling utama adalah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari itu, kerana selawatmu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana selawat kami ditunjukkan kepadamu sedangkan tubuhmu telah hancur? Rasulullah s.a.w. menjawab: Sesungguhnya Allah mengharamkan tubuh para Nabi bagi bumi (tidak hancur)."
(HR Abu Daud, Nasa'i dan Ibnu Majah).

Rasulullah bersabda maksudnya : “Sesiapa yang berwuduk dan kemudian dia pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah dibacakan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jumaat itu dan hari Jumaat berikutnya”.
(HR Muslim)

"Pada hari Jumaat terdapat satu waktu, tidaklah seorang hamba Muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan Allah akan mengabulkannya. Carilah ia di akhir waktu selepas asar.”
(HR Abu Daud)

"Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari fitnah kubur (soalan di dalam kubur).
(HR At-Tirmizi)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat dan Ramadhan ke Ramadhan, semuanya adalah penghapus dosa-dosa di antara kedua-duanya selagi mana dijauhi dosa-dosa besar.”
(HR Muslim)

"Ganjaran bagi segala kebajikan digandakan pada hari Juma'at".
(HR ath-Thabarani)

Rambut Rasulullah SAW

Anas bin Malik RA menyatakan :
Panjang rambut Rasulullah SAW sampai ke dua telinga baginda.

Aisyah RA menyatakan :
Aku pernah mandi bersama Rasulullah SAW dari satu bekas (air).
Baginda memiliki rambut yang panjangnya tidak sampai ke bahu dan tidak sampai di bahagian bawah cuping telinga.

Qatadah RA bertanya kepada Anas :
Bagaimanakah rambut Rasulullah SAW?
Anas menjawab :
Rambut Rasulullah SAW berada di tengah-tengah antara kerinting dan lurus, sementara panjangnya memcecah bahagian bawah cuping telinga.

(Terjemahan Kitab Shamail Muhammadiyah karangan Imam At Tirmizi)

Khatam An Nubuwwah

Jabir ibn Samurah RA menyatakan :
Aku melihat "Al Khatam" di antara dua belikat Rasulullah SAW, iaitu bonjol merah sebesar telur burung merpati.

Abu Zaid Amru ibnu Al Ansari menceritakan kepada 'Ilba' ibnu Ahmar Al Yasykuriy bahawa Rasulullah SAW telah bersabda kepadanya :
Wahai Abu Zaid hampirlah kepadaku dan usaplah belakangku.
Maka akupun mengusap belakangnya, maka jari jemariku mengenai "Al Khatam". 
Aku pun bertanya : Apakah Al Khatam itu?
Jawab Abu Zaid RA : Himpunan rerambut.

(Terjemahan Kitab Shamail Muhammadiyah karangan Imam At Tirmizi)

Doa-Doa dari Al Quran

bismillahirrahmanirrahim
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
1. Wahai Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, pasti kami termasuk orang-orang yang rugi.
(Surah Al-A’raf: 23)


رَبِّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَسْأَلَكَ مَا لَيْسَ لِي بِهِ عِلْمٌ وَإِلاَّ تَغْفِرْ لِي وَتَرْحَمْنِي أَكُن مِّنَ الْخَاسِرِينَ
2. Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung denganMu untuk memohon kepadaMu sesuatu yang aku tidak memiliki ilmu tentangnya. Dan sekiranya Engkau tidak mengampuniku dan menaruh belas kasihan kepadaku, nescaya aku akan termasuk orang-orang yang rugi.
(Surah Hud: 47)

  
رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِمَن دَخَلَ بَيْتِيَ مُؤْمِناً وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ
3. Wahai Tuhanku, ampunilah aku dan ibu bapaku, dan orang yang memasuki rumahku dengan beriman dan semua orang yang beriman lelaki dan perempuan.
(Surah Nuh: 28)


رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ. رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَا أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
4. Wahai Tuhan kami terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepadaMu dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadat haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.
(Surah Al-Baqarah: 127-128)


رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء
5. Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku.
(Surah Ibrahim: 40)


رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
6. Wahai Tuhan kami, ampunilah aku dan kedua ibu bapaku dan orang-orang yang beriman pada hari terjadinya hisab (hari kiamat).
(Surah Ibrahim: 41)


رَبِّ هَبْ لِي حُكْماً وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ. وَاجْعَل لِّي لِسَانَ صِدْقٍ فِي الْآخِرِينَ. وَاجْعَلْنِي مِن وَرَثَةِ جَنَّةِ النَّعِيمِ. وَلَا تُخْزِنِي يَوْمَ يُبْعَثُونَ.
7. Tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang saleh, dan jadikanlah aku buah tutur yang baik bagi orang-orang kemudian, dan jadikanlah aku termasuk orang-orang yang mewarisi syurga yang penuh kenikmatan, dan janganlah Engkau hinakan aku pada hari mereka dibangkitkan.
(Surah Al-Syu’ara: 83-85 dan 87)


رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ
8. Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang saleh.
(Surah Al-Saffat: 100)


رَّبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَإِلَيْكَ أَنَبْنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ
9. Wahai Tuhan kami hanya kepadaMu kami bertawakkal dan hanya kepadaMu kami bertaubat dan hanya kepadaMu kami kembali.
(Surah Al-Mumtahanah: 4)


رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِّلَّذِينَ كَفَرُوا وَاغْفِرْ لَنَا رَبَّنَا إِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
10. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami fitnah bagi orang-orang kafir dan ampunilah kami,  wahai Tuhan kami sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.
(Surah Al-Mumtahanah: 5)


رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحاً تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ
11. Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau redhai, dan masukkanlah aku dengan rahmatMu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang saleh.
(Surah An-Naml: 19)


رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاء
12. Tuhanku, berilah aku dari sisiMu seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Mendengar doa.
(Surah Ali ‘Imran: 38)


رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْداً وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ
13. Tuhanku, janganlah Engkau biarkan aku hidup seorang diri, dan Engkaulah Waris Yang Terbaik.
(Surah Al-Anbiya’: 89)


لَّا إِلَهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
14. Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim.
(Surah Al-Anbiya’: 87)


رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِّن لِّسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي
15. Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku.
(Surah Thaha: 25-28)

رَبِّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي فَاغْفِرْ لِي
16. Tuhanku, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri, maka ampunilah aku.
(Surah Al-Qasas: 16)

رَبَّنَا آمَنَّا بِمَا أَنزَلَتْ وَاتَّبَعْنَا الرَّسُولَ فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ
17. Tuhan kami, kami telah beriman kepada apa yang Engkau turunkan dan telah kami ikuti Rasul, maka catatkanlah kami bersama golongan orang-orang yang memberi kesaksian.
(Surah Ali ‘Imran: 53)


رَبَّنَا لاَ تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِّلْقَوْمِ الظَّالِمِينَ. وَنَجِّنَا بِرَحْمَتِكَ مِنَ الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ.
18. Tuhan kami. janganlah Engkau jadikan kami fitnah bagi kaum yang zalim, dan selamatkanlah kami dengan rahmatMu dari orang-orang yang kafir.
(Surah Yunus: 85-86)


ربَّنَا اغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَإِسْرَافَنَا فِي أَمْرِنَا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
19. Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.
(Surah Ali ‘Imran: 147)

رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَداً
20. “Wahai Tuhan kami, berilah rahmat kepada kami dari sisiMu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk dalam urusan kami.”
(Surah Al-Kahfi: 10)


رَّبِّ زِدْنِي عِلْماً
21. Tuhanku, tambahkanlah aku ilmu.
(Surah Thaha: 114)


رَّبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ. وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَن يَحْضُرُونِ.
22. Tuhanku, aku berlindung denganMu dari bisikan-bisikan syaitan. Dan aku berlindung denganMu ya Tuhanku, dari kedatangan mereka.
(Surah Al-Mukminun: 97-98)


رَّبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ وَأَنتَ خَيْرُ الرَّاحِمِينَ
23. Wahai Tuhanku ampunilah dan rahmatilah, dan Engkau adalah sebaik-baik Pemberi rahmat.
(Surah Al-Mukminun: 118)


رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
24. Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan di akhirat dan jauhkanlah kami dari Api Neraka.
(Surah Al-Baqarah: 201)


سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ
25. Kami dengar dan kami ta’at “Ampunilah kami wahai Tuhan kami dan kepadaMulah tempat kembali.
(Surah Al-Baqarah: 285)


رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْراً كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلاَنَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
26. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami. ampunilah kami. dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.
(Surah Al-Baqarah: 286)


رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ
27. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan berilah kepada kami rahmat dari sisiMu. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.
(Ali ‘Imran: 8)


رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. رَبَّنَا إِنَّكَ مَن تُدْخِلِ النَّارَ فَقَدْ أَخْزَيْتَهُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنصَارٍ.
رَّبَّنَا إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِياً يُنَادِي لِلإِيمَانِ أَنْ آمِنُواْ بِرَبِّكُمْ فَآمَنَّا رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الأبْرَارِ.
رَبَّنَا وَآتِنَا مَا وَعَدتَّنَا عَلَى رُسُلِكَ وَلاَ تُخْزِنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّكَ لاَ تُخْلِفُ الْمِيعَادَ.
28. Wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka jauhkanlah kami dari azab Api Neraka. Wahai Tuhan kami, sesungguhnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka, maka sungguh Engkau telah hinakan dia dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim itu seorang penolong pun. Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar (seruan) yang menyeru kepada iman, (iaitu): “Berimanlah kamu kepada Tuhanmu”, maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunilah kami dosa-dosa kami dan hapuskanlah dari kami kesalahan-kesalahan kami, dan wafatkanlah kami bersama orang-orang yang banyak berbakti. Wahai Tuhan kami, berilah kami apa yang telah Engkau janjikan kepada kami dengan perantaraan Rasul-RasulMu. Dan janganlah Engkau hinakan kami di hari kiamat. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.
(Surah Ali ‘Imran: 191-194) 


رَبَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا وَأَنتَ خَيْرُ الرَّاحِمِينَ
29. Wahai Tuhan kami, kami telah beriman, maka ampunilah kami dan rahmatilah kami, dan Engkau adalah sebaik-baik Pemberi rahmat.
(Surah Al-Mukminun: 109) 


رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَاماً. إِنَّهَا سَاءتْ مُسْتَقَرّاً وَمُقَاماً.
30. Wahai Tuhan kami, jauhkanlah dari kami azab jahannam, sesungguhnya azabnya itu adalah kebinasaan yang kekal”. Sesungguhnya ia seburuk-buruk tempat menetap dan tempat kediaman.
(Surah Al-Furqan: 65-66)


رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً
31. Wahai Tuhan kami, berilah kami dari isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyejuk hati, dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.
(Surah Al-Furqan: 74)


رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحاً تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ
32. Wahai Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau redhai. Berilah kebaikan kepadaku yang mengalir pada zuriatku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.
(Surah Al-Ahqaf: 15)


رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلّاً لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ
33. Wahai Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Wahai Rabb kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.
(Surah Al-Hasyr: 10)


رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
34. Ya Rabb kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
(Surah At-Tahrim: 8)


رَبَّنَا إِنَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
35. Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami dari azab Neraka.
(Surah Ali ‘Imran: 16)


رَبَّنَا آمَنَّا فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ
36. Tuhan kami, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi.
(Surah Al-Mai’dah: 83)


رَبِّ اجْعَلْ هَـذَا الْبَلَدَ آمِناً وَاجْنُبْنِي وَبَنِيَّ أَن نَّعْبُدَ الأَصْنَامَ
37. Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini (Mekah) negeri yang aman, dan jauhkanlah aku beserta anak cucuku daripada menyembah berhala-berhala.
(Surah Ibrahim: 35)


رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ
38. Ya Tuhanku sesungguhnya aku sangat memerlukan kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku.
(Surah Al-Qasas: 24)


رَبِّ انصُرْنِي عَلَى الْقَوْمِ الْمُفْسِدِينَ
39. Ya Tuhanku, tolonglah aku atas kaum yang berbuat kerosakan itu.
(Surah Al-’Ankabut: 30)


رَبَّنَا لاَ تَجْعَلْنَا مَعَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ
40. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami bersama kaum yang zalim itu.
(Surah Al-A’raf: 47)


حَسْبِيَ اللّهُ لا إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ
41. Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arsy yang agung.
(Surah Al-Taubah: 129)


عَسَى رَبِّي أَن يَهْدِيَنِي سَوَاء السَّبِيلِ
42. Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan yang benar.
(Surah Al-Qasas: 22)


رَبِّ نَجِّنِي مِنَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ
43. Wahai Tuhanku, selamatkanlah aku dari kaum yang zalim.
(Surah Al-Qasas: 21)


                                                                                                         رَبِّ ابْنِ لِي عِندَكَ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ
44. Wahai Tuhanku, binakanlah untukku di sisiMu sebuah rumah di Syurga. 
(Surah Al-Tahrim: 11)