Pages

Tazkirah Jumaat

Tazkirah hari jumaat ni...

APA YG TERJADI PADA TUBUH KITA SETELAH DIKUBURKAN...?

Sesungguhnya mayat di dlm kubur akan melalui beberapa fasa perubahan..
Berikut ini adalah fasa tersebut secara ringkas sejak malam pertama di alam kubur sehingga 25 tahun berikutnya..

Malam Pertama ~
Setelah dikuburkan, pembusukan bermula pada bhgn perut & kemaluan..
Subhanallah, perut & kemaluan adalah 2 hal terpenting yg anak cucu Adam saling bergulat & menjaganya di dunia..
Setelah itu, jasad akan mula berubah menjadi hijau kehitaman..
Setelah berbagai solekan & alat2 kecantikan semasa hayat di dunia, setelah meninggal dunia, manusia hanya akan memiliki 1 warna shj..

Malam Kedua ~
Anggota2 tubuh yg lain seperti limpa, hati & paru2 akan mula membusuk..

Hari Ketiga ~
Anggota2 tubuh mula mengeluarkan bau yg busuk..

Setelah Seminggu ~
Wajah & mata mula membengkak..

Setelah 10 hari ~
Tetap terjadi pembusukan pada pada anggota2 tubuh..

Setelah 2 Minggu ~
Rambut mulai gugur..
Lalat hijau mulai mencium bau busuk dari jarak 5 km & ulat2 pun mula menutupi seluruh tubuh..

Setelah 6 Bulan ~
Semua anggota telah tiada..
Yg tinggal cuma tulang rangka shj..

Setelah 25 Tahun ~
Rangka tubuh ini akan berubah menjadi semacam biji & di dlm biji tersebut, anda akan menemukan 1 tulang yg sgt kecil yg dipanggil ‘Ajbudz Dzanab’ (tulang ekor)..
Dari tulang inilah kita akan dibangkitkan oleh ALLAH SWT pada hari kiamat..

Sahabat2 yg dirahmati ALLAH, inilah tubuh yg selama ini kita jaga..
Inilah tubuh yang kita berbuat maksiat kpd ALLAH dgn nya..
Oleh kerana itu, jgn biarkan umur & jasad kita dlm keadaan sia2..
Janji ALLAH adalah benar..

Ya ALLAH, tetapkanlah hati kami di atas agama-MU..
Ya ALLAH, jadikanlah kuburan kami sebagai 1 taman dari taman2 syurga & jangan jadikan ianya sebagai 1 lubang dari lubang2 api neraka...

Aamiin... 
Aku berdoa..
Ya اَللّهُ :        
 Muliakanlah diriku dan org yang menghantar pesanan ini         
 Lapangkanlah hatiku dan hatinya         
 Bahagiakanlah keluargaku dan keluarganya, dan         
 Luaskanlah rezekiku dan rezekinya seluas lautan yang engkau ciptakan         
 Mudahkan segala urusanku dan urusannya         
 Kabulkanlah cita-citaku & cita-citanya         
 Jauhkan kami dari segala Penyakit, Fitnah, Prasangka Keji, Berkata Kasar, dan Mungkar         
 Jauhkan kami dari segala Musibah         
 Serta terimalah.  semua amal ibadah ku dan amal ibadahnya, dan         
 Kelak jadikanlah diriku dan diri dia sebagai penghuni Surga-MU.        
آمِّيْنَ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Kejadian Rasulullah SAW - 3

Hasan ibnu Ali RA menyatakan:
Aku bertanya pakcik ku Hindun ibn Abi Halah yang merupakan seorang yang pandai menggambarkan sesuatu. Aku inginkan beliau menggambarkan padaku sifat-sifat baginda SAW yang sama dengan ku, Hindun menjawab:
Tubuh Rasulullah SAW besar, wajahnya berseri seperti bulan purnama, tubuhnya lebih tinggi dari ukuran orang biasa yang lebih pendek lebih rendah dari seorang yang tinggi renjong, kepala baginda besar dan rambutnya ikal, jika rambutnya panjang dia akan menyikatnya. Jika tidak disikat rambutnya mengurai tidak pernah melebihi sehujung bawah telinga, kulitnya cerah putih kemerahan, dahinya luas, bulu matanya lentik panjang, kedua leningnya hampir bertemu, antara kedua keningnya terdapat urat yang akan menjadi merah ketika baginda marah.
Hidungnya mancung bercahaya, sesiapa yang tidak memerhati dengan teliti akan mengatakan ia bengkok.
Janggutnya lebat dan pipinya pauh, mulutnya lebar, giginya berjarak, dadanya berbulu halus, lehernya jinjang cerah bagaikan perak, tubuhnya cantik dan tegap, perutnya sama rata dengan dada, dadanya pula bidang.
Antara dua bahunya luas, bahagian tubuh yang tidak berbulu tampak bercahaya, diantara  dada dan pusatnya terdapat bulu-bulu halus bagaikan garisan, tetek dan perutnya tidak berbulu, tangan, bahu dan bahagian atas baginda berbulu nipis.
Tangannya panjang, telapak tangan lebar, tapak tangan dan kakinya tebal, jari jemarinya panjang, di tengah-tengah tapak kakinya tidak menyentuh tanah, kedua-dua tapak kakinya halus hingga tidak melekat air, air yang mengenainya akan terus hilang tidak berbekas.
Ketika berjalan tubuhnya tegap, baginda berjalan seolah-olah menuruni tanah yang curam.
Ketika menoleh, baginda menoleh dengan seluruh badannya.
Baginda sering menundukkan pandangan memandang ke bawah dari mendongak keatas.
Baginda sentiasa melihat sesuatu dengan penuh perhatian.
Semasa berjalan dengan para sahabat, baginda akan membiarkan mereka berjalan di hadapan.
Setiap kali berjumpa dengan seseorang, baginda akan memulakan dengan salam.

(Terjemahan Kitab Shamail Muhammadiyah karangan Imam At Tirmizi)

Cara Mencuci Kemaluan Dengan Betul..

“Bahawa Nabi (s.a.w) melalui dua buah kubur, ketika itu baginda berkata; 'kedua-dua orang ini (yang ada dalam kubur itu) diseksa oleh Allah . Yang seorang diseksa kerana mengumpat orang dan yang seorang lagi diseksa kerana tidak beristinjak selepas buang air kecil.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Abi Qatadah ra daripada Nabi SAW bersabda :
“Apabila seseorang kamu kencing, maka janganlah ia mengambil (memegang) zakarnya dengan tangan kanannya dan jangan ia beristinjak dengan tangan kanannya.” (Riwayat Al-Bukhari)

Untuk kaum lelaki ;
1) Apabila lepas membuang air kecil, disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing dipastikan keluar kesemuanya.
2) Lepas itu urutlah batang dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlah dengan air sesucinya.

Untuk kaum wanita pula ;
1) Apabila membasuh kemaluannya, pastikan dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih.
2) Janganlah dengan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.

Semoga dapat sama-sama kita mengamalkan perkara ini dalam kehidupan seharian kita. InsyaAllah..

Kenapa Malasnya Bersolat

Kenapa aku malas sembahyang,
Allah bagi aku jasad siap bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam siang,

Kenapa aku malas sembahyang,
Kerja dah 'best' keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan 5 minit 5 waktu pun aku tak boleh luang,

Kenapa aku malas sembahyang,
Allah bagi aku otak supaya tak bingung,
Allah bagi aku ilmu boleh fikir susah senang,
Allah bagi nikmat kenapa aku tak kenang,

Kenapa aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup main sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apalah aku ingat boleh suka-suka je masuk syurga,

Kenapa aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena seksa sorang-sorang,

Kenapa aku malas sembahyang,
Siksa neraka cubalah aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah SWT akan tertunai tiada siapa boleh halang,

" Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan "

Kita Bersama Dengan Mereka Yang Kita Cintai

“Jangan terkejut bila di Akhirat kelak kamu akan berkumpul dengan artis yg kamu kenali. Dan jika kamu bertanya kenapa, kerana didunia kamu terlalu mencintai mereka.”

— Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki

Dari Anas bin Malik radhiallahu anhu dia berkata:

“Ada seorang lelaki bertanya kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wasalam, “Bilakah hari kiamat terjadi wahai Rasulullah?” baginda menjawab, “Apa yang telah kau persiapkan untuknya?” Lelaki itu menjawab, “Aku tidak mempersiapkan banyak solat, puasa, ataupun sedekah, namun aku mencintai Allah dan Rasul-Nya.” Maka beliau bersabda: “Kamu akan bersama dengan orang yang kamu cintai.” (HR. Al-Bukhari no. 5705 dan Muslim no. 2639)

Dalam riwayat lain di Sahih Bukhari, Anas mengatakan,

“Kami tidaklah pernah merasa gembira sebagaimana rasa gembira kami ketika mendengar sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wa salam: Anta ma’a man ahbabta (Engkau akan bersama dengan orang yang engkau cintai).”
Anas pun mengatakan,

“Kalau begitu aku mencintai Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam, Abu Bakar, dan ‘Umar. Aku berharap dapat bersama dengan mereka kerana kecintaanku pada mereka, walaupun aku tidak bisa beramal seperti amalan mereka.”

Dialog Rasullulah saw dengan Abu Dzar

Diriwayatkan oleh Muhammad bin Al-Husain dari Abu Idris Al-Khaulani bahawa Abu Dzar r.a. bercerita: "Pada suatu hari aku masuk ke dalam masjid dan menemui Rasulullah saw. sedang duduk seorang diri; maka aku mendekatinya dan duduk di sampingnya, kemudian terjadilah dialog (soal jawab di antara beliau dan aku).

1. Aku (Abu Dzarr) bertanya, "Ya Rasulullah, engkau memerintahkan aku bersolat?"
Beliau (Rasulullah) menjawab: 
"Solat adalah sebaik-baik perbuatan, maka perbanyakkanlah atau sedikit."

2. Aku tanya, "Amal apakah yang paling afdhal?"
Jawab Rasulullah SAW:
"Beriman kepada Allah dan berjihad fi sabiilih (pada jalanNYA)."

3. Aku tanya,"Mukmin yang bagaimanakah yang paling afdhal?"
Jawab Rasulullah SAW: 
"Ialah yang terbaik akhlaknya."

4. Tanya, "Muslim yg bagaimanakah yang paling selamat?"
Jawab Rasulullah SAW: 
"Ialah yg menyelamatkan orang-orang dari gangguan lidahnya dan tangannya."

5. Tanya, "Hijrah yg bagaimanakah yg afdhal, ya Rasulullah?"
Jawab Rasulullah SAW: 
"Ialah hijrah dari (meninggalkan) perbuatan maksiat."

6. Tanya,"Solat yang bagaimanakah yang afdhal, ya Rasulullah?"
Jawab Rasulullah SAW:
"Berkhusyuk yang panjang (lama berdiri)."

7. Tanya,"Hamba-hamba sahaya manakah yg paling afdhal utk dimerdekakan?"
Jawab:"Hamba yg paling mahal harganya dan yg paling disayang oleh pemiliknya."

8. Tanya,"Sedekah yg bagaimanakah yg paling afdhal, ya Rasulullah?"
Jawab Rasulullah SAW:
"Pemberian dari orang yg masih kekurangan (tidak kaya) dan pemberian secara rahsia kepada fakir miskin."

9. Tanya,"Ayat apakah di antara ayat-ayat yg diturunkan kepadamu yg paling besar?"
Jawab Rasulullah SAW:
"Ayat Kursi, dan tujuh langit itu jika dibandingkan dengan Kursi, melainkan seperti sebuah cincin (atau lingkaran besi) yg berada di tengah-tengah padang pasir, dan perbandingan Arasy terhadap Kursi adalah perbandingan padang pasir itu terhadap cincin tadi."

10. Tanya,"Berapakah bilangan Nabi-Nabi, ya Rasulullah?"
Jawab Rasulullah SAW:
"Seratus dua puluh empat ribu." (124,000)

11. Tanya,"Berapakah yg menjadi Rasul di antara mereka, ya Rasulullah?"
Jawab:"Sebanyak tiga ratus tiga belas." (313)

12. Tanya,"Siapakah yg pertama, ya Rasulullah?"
Jawab Rasulullah SAW:
"Adam."

13. Tanya,"Apakah dia seorang Nabi yg diutus ?"
Jawab Rasulullah SAW:
"Benar, dia diciptakan oleh Allah dengan tanganNYA, ditiupkan ruh ke dalam tubuhnya yang disempurnakan."
Dan selanjutnya Rasulullah bersabda:
"Hai Abu Dzarr, empat dari mereka adalah dari golongan Siryaniun, iaitu Adam, Syith, Nuh, dan Idris, iaitu Nabi pertama yg dapat menulis dengan pensel. Dan empat Nabi dari keturunan Arab, iaitu Hud, Syuaib, Saleh, dan Nabimu, hai Abu Dzarr."

14. Abu Dzarr bertanya,"Berapa kitab telah diturunkan Allah, ya Rasulullah?"
Jawab Rasulullah SAW:
"Seratus empat kitab (104). Kepada Syith tlh diturunkan lima puluh halaman, Idris tiga puluh halaman, Ibrahim sepuluh halaman, Musa sebelum Taurat ada sepuluh halaman, di samping kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Qur'an."

15. Tanya,"Ya Rasulullah, apakah isi lembaran yg diturunkan kepada Ibrahim?"
Jawab Rasulullah SAW:
"Isinya ialah: Hai Raja yg berkuasa, dipuji dan sombong, sesungguhnya AKU tidak mengutusmu untuk mengumpulkan dunia, melonggokkan sebahagian di atas sebahagian, akan tetapi AKU mengutusmu untuk menerima doanya orang yg teraniaya agar tidak sampai kepada-KU, kerana AKU tidak akan mengembalikannya walaupun ia datang dari seorang yg kafir. Seorang yg bijaksana akan membahagi masanya menjadi beberapa waktu untuk bermunajat kepada Tuhannya, beberapa waktu untuk bertanya pada dirinya sendiri (muhasabah), beberapa waktu untuk merenungkan ciptaan Allah, dan beberapa waktu lagi utk mengurus keperluan makan dan minumnya. Seorang yang bijaksana tidak akan meributkan (menyibukkan) diri melainkan untuk tiga tujuan: mencari bekal untuk hari kemudian (Akhirat), mencari nafkah hidup, dan mencari kelazatan yg halal. Seorang yg bijaksana hendaklah mengenal zamannya, tekun mengurus urusannya, dan menjaga lidahnya. Barangsiapa yang menyesuaikan bicaranya dengan perbuatan, maka akan jarang berbicara melainkandalam hal-hal yg mengenai dirinya."

16. Tanya,"Apakah isi lembaran-lembaran yg diturunkan ke atas Musa, ya Rasulullah?"
Jawab Rasulullah SAW:
"Isinya adalah semua peringatan dan ibarah; aku hairan dari orang yg yakin akan mati bagaimana ia dapat bersuka-ria, aku hairan dari orang yg yakin dgn adanya takdir bagaimana ia membanting tulang bekerja, aku hairan dari org yg melihat keadaan dunia yg selalu berubah bagaimana ia dapat tenang mempercayainya dan aku hairan dari orang yg yakin adanya hari hisab besok, bagaimana ia enggan beramal."

17. Tanya,"Ya Rasulullah, apakah ada yg sampai kepada kita sesuatu yg dulu ada di tangan Ibrahim dan Musa, dan apakah yg diturunkan Allah kepadamu?"
Jawab Rasulullah SAW:
"Ada, cubalah baca hai Abu Dzarr, 'Sesungguhnya beruntunglah orang yg membersihkan diri (dengan beriman) dan ia ingat akan nama Tuhannya, lalu ia bersembahyang. Tetapi kamu (orang2 kafir) memilih kehidupan duniawi. Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal.' Sesungguhnya ini benar2 terdapat dalam kitab2 yg dahulu (iaitu) kitab2 Ibrahim dan Musa."

18. Abu Dzarr bertanya,"Apakah wasiatmu kepadaku, ya Rasulullah?"
Jawab Rasulullah SAW:
"Hendaklah engkau bertaqwa kepada Allah, kerana itu (taqwa) adalah pokok segala urusanmu."

19. Abu Dzarr bertanya lagi,"Apa lagi ya Rasulullah?"
Jawab Rasulullah SAW:
"Bacalah Al-Qur'an dan berzikirlah (ingatlah) kepada Allah, kerana itu akan menjadi zikir buatmu di langit dan cahaya bagimu di dunia."

20. Tanya,"Apa lagi, ya Rasulullah?"
Jawab Rasulullah SAW: 
"Hindarilah banyak ketawa, kerana itu mematikan hati dan menghilangkan cahaya wajah."

21. Tanya,"Apa lagi, ya Rasulullah?"
Jawab: "Laksanakanlah kewajipan berjihad, kerana itu merupakan kerahiban perjuangan bagi umatku."

22. Tanya,"Apa lagi, ya Rasulullah?"
Jawab Rasulullah SAW:
"Hendaklah engkau selalu diam (tidak bercakap) melainkan untuk kebaikan, kerana itu dapat mengusir syaitan dan dapat menolongmu dalam urusan agamamu."

23. Tanya,"Apa lagi, ya Rasulullah?"
Jawab Rasulullah SAW: 
"Lihatlah kepada orang yg di bawahmu dan janganlah melihat orang yg berada di atasmu, agar engkau tidak memandang rendah akan nikmat yg Allah berikan kepadamu."

24. Abu Dzarr bertanya,"Apa lagi, ya Rasulullah?
Jawab: "Cintailah orang2 fakir miskin dan duduklah bersama-sama mereka, agar engkau tidak memandang rendah dan kecil nikmat Allah kepadamu."

25. Bertanya Abu Dzarr,"Apa lagi, ya Rasulullah?"
Jawab Rasulullah SAW: 
"Hubungilah kerabatmu, walaupun mereka memutuskan hubungannya dengan engkau."

26. Tanya Abu Dzarr,"Apa lagi ya Rasulullah?"
Jawab Rasulullah SAW:
"Katakanlah apa yang haq (yang benar) walaupun itu merupakan hal yg pahit."

27. Tanya,"Apa lagi ya Rasulullah?"
Jawab Rasulullah SAW:
"Janganlah engkau takut dicerca orang kerana membela agama Allah."

28. Tanya,"Apa lagi ya Rasulullah?"
Jawab Rasulullah SAW:
"Apa yang engkau ketahui tentang dirimu akan mencegahmu mencampuri urusan orang lain dan janganlah engkau sesalkan bahawa orang tidak melakukan apa yg engkau sukai. Dan cukup sebagai aib bahwa engkau mengetahui tentang orang lain apa yang engkau tidak mengetahui tentang dirimu sendiri."
Kemudian Rasulullah saw. memukul dadaku dengan tangannya seraya bersabda: "Tiada aqal seperti kebijaksanaan, tiada wara' seperti memahami diri dan tiada kebanggaan seperti akhlak yang baik."

Sumber:
Terjemahan Ibnu Katsir, Jilid 2

Kejadian Rasulullah SAW - 2

Ali ibn Abi Talib RA menggambarkan Rasulullah SAW sebagai seorang yang tidak terlalu tinggi, tidak terlalu pendek, seorang yang sederhana di kalangan kaumnya, rambutnya tidak kerinting, tidak pula lurus mengurai, wajahnya tidak terlalu bulat, kulitnya putih kemerah-merahan, anak matanya hitam pekat, bulu matanya lentik, bahunya lebar tidak berbulu, dadanya berbulu, tapak tangan dan kakinya tebal, ketika berjalanseolah-olah dia meneruni curam.
Apabila baginda menoleh, baginda menoleh dengan seluruh badan.
Diantara dua bahunya terdapat tanda kenabian "Khatamun Nabuwah"
Baginda adalah nabi yang terakhir, seorang yang paling baik hatinya, paling benar percakapannya, paling lemah lembut tindakannya, paling mulia cara pergaulannya, sesiapa yang pertama kali melihatnya akan menjadi segan gerun padanya, sesiapa yang telah bergaul mengenalinya akan mencintainya, sesiapa yang cuba menggambarkannyaakan berkata tiada sesiapa pun yang menyamai baginda sama ada semasa hidup mahupun sesudah kewafatan baginda SAW.

(Terjemahan Kitab Shamail Muhammadiyah karangan Imam At Tirmizi)

Kejadian Rasulullah SAW - 1

Anas bin Malik RA menyatakan:
Bahawa Rasulullah SAW tidak terlalu tinggi, tidak terlalu rendah. Kulitnya tidak putih melepak, tidak pula hitam. Rambutnya tidak berketak-ketak kerinting, tidak pula lurus. Allah SWT mengutuskan baginda menjadi rasulketika umurnya 40 tahun. Baginda tinggal di Mekah selama 10 tahun dan Madinah 10 tahun. Maka Allah SWT mewafatkan baginda pada umur 60 tahun dan tiada uban di atas kepalanya dan janggutnya melebihi 20 helai.

(Terjemahan Kitab Shamail Muhammadiyah karangan Imam At Tirmizi)