Pages

Kejadian Rasulullah SAW - 2

Ali ibn Abi Talib RA menggambarkan Rasulullah SAW sebagai seorang yang tidak terlalu tinggi, tidak terlalu pendek, seorang yang sederhana di kalangan kaumnya, rambutnya tidak kerinting, tidak pula lurus mengurai, wajahnya tidak terlalu bulat, kulitnya putih kemerah-merahan, anak matanya hitam pekat, bulu matanya lentik, bahunya lebar tidak berbulu, dadanya berbulu, tapak tangan dan kakinya tebal, ketika berjalanseolah-olah dia meneruni curam.
Apabila baginda menoleh, baginda menoleh dengan seluruh badan.
Diantara dua bahunya terdapat tanda kenabian "Khatamun Nabuwah"
Baginda adalah nabi yang terakhir, seorang yang paling baik hatinya, paling benar percakapannya, paling lemah lembut tindakannya, paling mulia cara pergaulannya, sesiapa yang pertama kali melihatnya akan menjadi segan gerun padanya, sesiapa yang telah bergaul mengenalinya akan mencintainya, sesiapa yang cuba menggambarkannyaakan berkata tiada sesiapa pun yang menyamai baginda sama ada semasa hidup mahupun sesudah kewafatan baginda SAW.

(Terjemahan Kitab Shamail Muhammadiyah karangan Imam At Tirmizi)

No comments:

Post a Comment