Pages

Kejadian Rasulullah SAW - 3

Hasan ibnu Ali RA menyatakan:
Aku bertanya pakcik ku Hindun ibn Abi Halah yang merupakan seorang yang pandai menggambarkan sesuatu. Aku inginkan beliau menggambarkan padaku sifat-sifat baginda SAW yang sama dengan ku, Hindun menjawab:
Tubuh Rasulullah SAW besar, wajahnya berseri seperti bulan purnama, tubuhnya lebih tinggi dari ukuran orang biasa yang lebih pendek lebih rendah dari seorang yang tinggi renjong, kepala baginda besar dan rambutnya ikal, jika rambutnya panjang dia akan menyikatnya. Jika tidak disikat rambutnya mengurai tidak pernah melebihi sehujung bawah telinga, kulitnya cerah putih kemerahan, dahinya luas, bulu matanya lentik panjang, kedua leningnya hampir bertemu, antara kedua keningnya terdapat urat yang akan menjadi merah ketika baginda marah.
Hidungnya mancung bercahaya, sesiapa yang tidak memerhati dengan teliti akan mengatakan ia bengkok.
Janggutnya lebat dan pipinya pauh, mulutnya lebar, giginya berjarak, dadanya berbulu halus, lehernya jinjang cerah bagaikan perak, tubuhnya cantik dan tegap, perutnya sama rata dengan dada, dadanya pula bidang.
Antara dua bahunya luas, bahagian tubuh yang tidak berbulu tampak bercahaya, diantara  dada dan pusatnya terdapat bulu-bulu halus bagaikan garisan, tetek dan perutnya tidak berbulu, tangan, bahu dan bahagian atas baginda berbulu nipis.
Tangannya panjang, telapak tangan lebar, tapak tangan dan kakinya tebal, jari jemarinya panjang, di tengah-tengah tapak kakinya tidak menyentuh tanah, kedua-dua tapak kakinya halus hingga tidak melekat air, air yang mengenainya akan terus hilang tidak berbekas.
Ketika berjalan tubuhnya tegap, baginda berjalan seolah-olah menuruni tanah yang curam.
Ketika menoleh, baginda menoleh dengan seluruh badannya.
Baginda sering menundukkan pandangan memandang ke bawah dari mendongak keatas.
Baginda sentiasa melihat sesuatu dengan penuh perhatian.
Semasa berjalan dengan para sahabat, baginda akan membiarkan mereka berjalan di hadapan.
Setiap kali berjumpa dengan seseorang, baginda akan memulakan dengan salam.

(Terjemahan Kitab Shamail Muhammadiyah karangan Imam At Tirmizi)

No comments:

Post a Comment