Pages

Waham Berhadas Dalam Sembahyang

Daripada 'Abbad bin Tamin daripada bapa saudaranya: Bahawasanya telah mengadu kepada Rasullullah SAW oleh seorang lelaki yang diwahamkan kepadanya bahawasanya ia mendapati akan suatu di dalam sembahyang, maka Nabi bersabda:
"Janganlah ia berpindah atau janganlah ia berpaling sehingga ia mendengar suara atau mendapati angin (keluar daripadanya)."

Keterangan hadith:
Seorang lelaki yang diwahamkan (diragukan) sesuatu daripada hadas di dalam sembahyangnya.
Maka Nabi bersabda:
"Janganlah ia berpindah atau janganlah ia berpaling sehingga ia mendengar suara atau mendapati angin (keluar daripadanya)."
Ertinya; Janganlah ia keluar daripada solat, bahkan teruskanlah solat itu sehingga ia mendengar betul-betul akan bunyian suaranya atau mendapat bauannya (iaitu suara kentut).
Bahawasanya kedatangan "waham" (ragu-ragu) tentang berhadas di dalam sembahyang, tiadalah memberi kesan apa sehingga merosakkannya, kecuali kalau diyakini betul-betul berhadas sama ada kerana mendengar bunyi yang keluar atau menghidu baunya.

(Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah - hadith pilihan dari kitab sahih Imam Al Bukhari)
Terbitan Dewan Pustaka Fajar