Pages

Puji Pujian...

Dulu masa saya kecik-kecik, saya selalu dapat no 1 dalam kelas tadika dan sekolah rendah...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....
Dulu saya dapat 5A UPSR...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya...

Dulu saya dapat tawaran masuk MRSM...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya...

Dulu saya dapat 8A dalam PMR...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya...

Dulu saya dapat tawaran buat kursus medic kat Indonesia...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya...

Tapi bila saya buang semua keduniaan itu dan berikrar untuk turut berjuang menjadi kebanggaan Rasulullah, saya bawa beg dan merantau ke seluruh dunia, saya berhenti di Afrika untuk belajar ilmu agama, dan balik ke Malaysia dengan kesan-kesan Sunnah Rasulullah di badan saya...

Semua orang mencemuh dan memandang rendah kepada saya....

"Ada ke patut budak lulusan MRSM masuk pondok? Dah la sijil tak diiktiraf, belajar jauh-jauh sampai Afrika pulak tu? Nanti nak makan apa? Bodohnya... Memalukan mak bapak, peluang besar jadi orang besar dilepaskan pulak..."

Kata mereka....

Tapi...

Pada suatu Subuh...

Saya pergi ke masjid bersama ibu saya di mana saya merupakan imam di masjid itu...

Saya bacakan surah Abasa...

Dan sebak ketika sampai ayat:

Yaumayafirrul mar'umin akhih.....

Wa ummihi...wa Abih....

Selesai solat, semasa perjalanan pulang...

Ibu bertanya kenapa saya sebak ketika sampai di ayat itu?

Saya jelaskan....

Ayat itu menceritakan tentang huru hara mahsyar sehinggakan seorang insan itu akan lari daripada saudaranya...

Ibunya...

Ayahnya....

Isterinya...

Anak-anaknya...

Saya katakan...

Di dunia ini, bila kita jadi kaya, orang puji kononnya kita berjaya...

Bila kita gunakan dunia untuk mengejar akhirat, orang akan kata kita gila...

Sedangkan di mahsyar nanti, semua "kata-kata orang" tu langsung tak
bernilai kerana ibu, bapa, anak, isteri, saudara yang di dunia ni sangat rapat dengan kita pun, kelak di mahsyar mereka akan saling melarikan diri daripada berjumpa kerana takut dituntut......

Maka saya sebak kerana saya risaukan apa keadaan saya di mahsyar kelak...

Pujian orang ramai selama berbelas-belas tahun tu langsung tak bagi manfaat pada saya...

Kejian selama bertahun-tahun kerana mengorbankan dunia demi agama juga  tak bagi mudarat pada saya...

Lalu kenapa manusia masih mengejar pujian orang ramai dan takut dengan celaan mereka?

Ibu sekali lagi memeluk saya, tersenyum sambil menangis dan berkata....

"Sejuk perut mama dapat anak macam bangcik..."

Maka itulah kali pertama dalam hidupku saya berasa sangat gembira akan "pujian" ibuku...

Pelbagai pencapaian demi pencapaian yang saya dapat DULU, saya tidak pernah merasa gembira seperti ini walaupun dulu juga saya dipeluk cium ibu dan dipuji....

Wahai hamba Allah...

Apa sebenarnya yang kalian kejar?

Apa pula sebenarnya yang kejar kalian?

Mengapa kalian masih mengejar pujian sia-sia manusia...

Sedangkan malaikat maut pula tidak pernah lelah siang malam mengejar kalian?

Wahai  saudaraku...

Apakah kalian sedar nafas kalian hanya berbaki beberapa lagi?

Sebelum lubang kubur kalian akan digali?
Apa yang aku dan kalian ada.. untuk Allah dan Rasul bangga?

*self-reminder*
Masalah KITA yg masih bernyawa ni....dah ambik bekal kah belum...atau masih leka dengan mainan2 sekeliling kita.....

Bak kata kalam
saiyidina Ali r.a...."Hidup di dunia ini ramai yg terlena, akhirat nanti baru terjaga."

Jangan kita masuk dalam golongan yg "ramai" tu....sebab yg ramai tu kononnya 'normallah' di akhir zaman ni...

Masuklah dlm golongan yg sedikit...sbb yg sedikit itu akan masuk syurga...selama2nya.....
"pesanan utk KITA...saya sekali yg banyak dosa ni"

#MutiaraKata

Doa Ibu Bapa Untuk Anak Menghadapi Peperiksaan


DOA IBU BAPA UNTUK ANAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak anak kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Ikhlaskan hati anak anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang mereka lakukan ini semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah.

Ya Allah,

Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu Mu ya Allah.

Ya Allah,

anak anak kami akan menduduki peperiksaan SPM dan peperiksaan2 lain ya Allah. Kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah anak anak kami dalam peperiksaan yang akan mereka hadapi ya Allah.

Ya Allah,

Peliharalah kesihatan anak anak kami dihari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka
menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan,jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan.

Ya Allah Ya Tuhan Kami

Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu.

Jadikanlah anak anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang
di akhirat. Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.

Ya Allah, jadikanlah anak anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertakwa.

Ya Allah,

Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak anak sahabat ku ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Ya Allah,

Sesungguhnya, anak kami inilah harapan kami. Kami mahu mereka Berjaya dalam redha Mu ya Allah.  Berikanlah taufik dan hidayah Mu yang berkekalan ya Allah.

Ya Allah,

Jadikanlah anak kami anak yang soleh ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah. Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.

Ya Allah,

Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.

Ya Allah,

Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini. Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan  mendengarnya. Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.

#HimpunanDoa

Jom Berselawat...


Sudahkah kita berselawat hari ni...
JOM BERSELAWAT....
ِ
اللهم صل على محمد وآل محمد

"Allahumma shollii wa sallim 'alaa 
nabiyyinaa Muhammad"

Ya Allah, limpahkanlah shalawat dan 
salam kepada Nabi kami Muhammad SAW

Nikmatnya Hidup Sentiasa Berselawat

#HadisRasulullahSAW #AlwaysBackToAllah 

Sunnah Rasulullah SAW # 5

بسم الله الر حمن الر حيم

#simplesunnah
1) Masuk tandas dgn memakai alas kaki
2) Buang air dgn duduk
3) Jangan lama didalam tandas
4) Jangan makam atau minum didalam tandas

Sunnah Rasulullah SAW # 4

بسم الله الر حمن الر حيم

#simplesunnah
1) Datang awal ke masjid
2) Berjalan kaki ke masjid
3) Berwuduk dari rumah
4) Membaca doa masuk & keluar masjid

Sunnah Rasulullah SAW # 3

بسم الله الر حمن الر حيم

# simplesunnah
1) Minum dengan tangan kanan
2) Minum duduk
3) Minum niat kerana Allah & membaca Bismillah

Sunnah Rasulullah SAW # 2

بسم الله الر حمن الر حيم

#simplesunnah
1) Kibaskan tempat tidur
2) Permulaan tidur dgn mengiring sebelah kanan
3) Kepala mengadap kiblat
4) Membaca doa tidur

Sunnah Rasulullah SAW # 1

 بسم الله الرحمن الر حيم

#simplesunnah
1) Masuk tandas dgn kaki kiri & keluar dgn kaki kanan
2) Tutup kepala bila masuk tandas

Permulaan Kiraan Tahun Hijrah


Bilakah 1 Muharam Tahun 1 Hijri

Setelah kedatangan Islam, ketiadaan asas tahun yang tetap dalam empayar Islam yang berkembang luas  merumitkan urusan pentadbiran dan kerajaan. Oleh itu peristiwa hijrah Rasullah s.a.w telah ditetapkan sebagai asas tahun dalam takwin Islam yang kemudiannya dikenali sebagai takwim Hijri. Penetapan ini telah dibuat semasa pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab selepas 17 tahun berlakunya peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w. Kalendar hijrah dimulakan pada tahun ke16 hijrah, dikatakan juga mula digunakan pada tahun 17 hijrah di zaman pemerintahan ‘Umar ibn al-Khattab r.a.

Terdapat beberapa sebab yang menjadikan ‘Umar r.a. memulakan pengiraan kalendar Islam, antaranya riwayat daripada al-Sya’bi tentang peristiwa Abu Musa menulis surat kepada ‘Umar, dimana beliau telah menerima beberapa pucuk surat daripada ‘Umar yang tidak mempunyai tarikh, sehingga beliau tidak mengetahui bilakah surat itu diutuskan kepadanya. Lalu ‘Umar r.a. menghimpunkan para sahabat Nabi saw untuk membincangan tentang permulaan kalendar Islam. Sebahagian mereka mencadangkan dimulakan pengiraan kalender Islam sempena pengutusan Nabi saw. Sebahagian yang lain mengatakan kita mulakan dengan (tahun) hijrah. Lalu Umar r.a. berkata: “Hijrah itu memisahkan antara kebenaran dengan kebatilan, maka kiralah darinya.” Peristiwa ini berlaku pada tahun ke 17 hijrah. (fath al-Bari, 7/376)

Setelah mereka bersetuju untuk memulakan pengiraan kalender Islam pada tahun hijrah, sebahagian mereka mencadangkan dimulakan pengiraan kalendar dengan bulan Ramadhan, lalu ‘Umar r.a. berkata: “Bahkan mulakan dengan Muharram, kerana ketika itu manusia selesai dari menunaikan haji.” lalu mereka semua bersetuju. Di dalam riwayat yang lain menyatakan yang mencadangkan pengiraan bermula dengan tahun hijrah itu ialah ‘Ali r.a. lalu dipersetujui oleh ‘Umar

Ganjaran Syurga.

بسم الله الر حمن الر حيم

Ganjaran Syurga Membuang Kayu Dijalan

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَقَدْ رَأَيْتُ رَجُلًا يَتَقَلَّبُ فِي الْجَنَّةِ فِي شَجَرَةٍ قَطَعَهَا مِنْ ظَهْرِ الطَّرِيقِ كَانَتْ تُؤْذِي النَّاسَ

“Aku telah melihat seseorang yang bersenang-senang di dalam syurga kerana dia telah membuang kayu yang berjuntai dijalan dan kayu tersebut menganggu orang yang lalu”
HR Muslim No 4745

Pengajaran:

1. Islam menuntut umatnya melakukan amal kebaikan dalam apa jua keadaan dan situasi termasuk membuang kayu di jalan yang boleh menganggu keselamatan dan kesejahteraan orang lain

2. Menghilangkan kayu dari jalan juga membawa maksud, setiap muslim hendaklah berusaha menjauhi atau menghilangkan sesuatu yang memudaratkan sama ada pada dirinya atau pada orang lain.

3. Tabiat membuang sampah dari kenderaan di atas jalan boleh menganggu kesejahteraan dan keselamatan pengguna. Hindarilah perbuatan yang boleh menyusahkan orang lain. 

4. Jangan memandang remeh suatu amalan yang kecil kerana dengan Rahmat Allah ada yang masuk syurga kerana melakukan amal membuang sesuatu yang membahayakan pengguna jalan raya

#HadisRasulullahSAW