Pages

Permulaan Kiraan Tahun Hijrah


Bilakah 1 Muharam Tahun 1 Hijri

Setelah kedatangan Islam, ketiadaan asas tahun yang tetap dalam empayar Islam yang berkembang luas  merumitkan urusan pentadbiran dan kerajaan. Oleh itu peristiwa hijrah Rasullah s.a.w telah ditetapkan sebagai asas tahun dalam takwin Islam yang kemudiannya dikenali sebagai takwim Hijri. Penetapan ini telah dibuat semasa pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab selepas 17 tahun berlakunya peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w. Kalendar hijrah dimulakan pada tahun ke16 hijrah, dikatakan juga mula digunakan pada tahun 17 hijrah di zaman pemerintahan ‘Umar ibn al-Khattab r.a.

Terdapat beberapa sebab yang menjadikan ‘Umar r.a. memulakan pengiraan kalendar Islam, antaranya riwayat daripada al-Sya’bi tentang peristiwa Abu Musa menulis surat kepada ‘Umar, dimana beliau telah menerima beberapa pucuk surat daripada ‘Umar yang tidak mempunyai tarikh, sehingga beliau tidak mengetahui bilakah surat itu diutuskan kepadanya. Lalu ‘Umar r.a. menghimpunkan para sahabat Nabi saw untuk membincangan tentang permulaan kalendar Islam. Sebahagian mereka mencadangkan dimulakan pengiraan kalender Islam sempena pengutusan Nabi saw. Sebahagian yang lain mengatakan kita mulakan dengan (tahun) hijrah. Lalu Umar r.a. berkata: “Hijrah itu memisahkan antara kebenaran dengan kebatilan, maka kiralah darinya.” Peristiwa ini berlaku pada tahun ke 17 hijrah. (fath al-Bari, 7/376)

Setelah mereka bersetuju untuk memulakan pengiraan kalender Islam pada tahun hijrah, sebahagian mereka mencadangkan dimulakan pengiraan kalendar dengan bulan Ramadhan, lalu ‘Umar r.a. berkata: “Bahkan mulakan dengan Muharram, kerana ketika itu manusia selesai dari menunaikan haji.” lalu mereka semua bersetuju. Di dalam riwayat yang lain menyatakan yang mencadangkan pengiraan bermula dengan tahun hijrah itu ialah ‘Ali r.a. lalu dipersetujui oleh ‘Umar

No comments:

Post a Comment