7 orang yang dinaungi akan mereka oleh Allah pada naunganNya pada hari yang tidak ada naungan kecuali naunganNya sahaja ialah
- Imam yang adil
- Pemuda yang hidup terdidik pada ibadat Tuhannya
- Lelaki yang hatinya bergantung dengan masjid-masjid
- 2 orang lelaki yang berkasih sayang pada Allah - berjumpa dan berpisah kerana Allah
- Lelaki yang meminta kepadanya oleh perempuan yang mempunyai kemulian dan kecantikan, maka ia berkata : bahawa aku takut kepada Allah, Tuhan seru sekalian alam.
- Lelaki yang bersedekah dengan sedekah yang ia sembunyikan hingga tiada mengetahui oleh tangan kirinya apakah yang dibelanjakan oleh tangan kanannya
- Lelaki yang mengingati Allah dengan ikhlas maka mengalirlah dua matanya kerana menangis
(Mukhtasar Ibnu Abi Jamrah - hadith pilihan dari kitab sahih Imam Al Bukhari)
Terbitan Dewan Pustaka Fajar